lebih kurang sama tarikh, BNM mengumumkan kadar kdnk dan prestasi kewangan negara untuk suku kedua 2011, iaitu untuk tempoh Apr-June 2011. semuanya kureng memberangsangkan, sebab pasaran=pasaran utama (iaitu pengimport-pengimport utama negara) mengalami kemurungan ekonomi yang disebabkan oleh hutang.
kita masih ingat, pada ketika itu, the pigs(portugal,iceland,greece dan spain sedang bergelut mencari dana tambahan. pada ketika itu juga, china mengalami kenaikan inflasi dan memperkenalkan langkah-langkah yang kewangan yang ketat untuk mengekang kenaikan inflasi tersebut.
pada masa sama, kerajaan malaysia juga tidak pernah jemu-jemu memperkenalkan komestik-realistik polisi=polisi dan arahtuju ekonomi dengan berselindungkan dengan tema transformasi. dalam komen terbaru, bank negara masih menjangkakan ekonomi malaysia secara asasnya masih disokong oleh perusahaan asas, dan masih mengharapkan segala projek mak nenek transformasi oleh kerajaan itu mendatangkan hasil.
disebabkan BNM tidak memberikan cukup kredit kepada projek-projek transformasi oleh kerajaan ini, sensasi berita telah beralih kepada tindakan kerajaan untuk menubuhkan jawatankuasa pemantauan pilihanraya, sebagai langkah kerajaan menenangkan kehangatan isu tuntutan 'bersih' serta isu pendaftaran pati dan juga isu 'mismah' yang bisa mengukuhkan persepsi bahawa proses demokrasi yang ada kini kotor dan dimanipulasikan oleh perkakas-perkakas dan kuda-kuda tunggangan kerajaan.
kasihan, isu ekonomi yang sebegitu penting ditenggelamkan oleh berita-berita hanyir politik. dasar hipokrit dan hipokrasi tingkat nasional.
No comments:
Post a Comment