dupavisitometer

musuh kepada pas adalah kawan kepada ameno...masalahnya, siapakah dia musuh pas? siapakah dia kawan ameno?

dalam hal yang semakin panjang dan meleret-leret, iaitu hal serbuan gereja di DU, hampir sampai ke kemuncaknya apabila berlaku tuduh menuduh antara ameno - pas (mustafa ali) yang berkemungkinan akan berakhir dan ditelanjangkan di mahkamah.
bermula dengan serbuan yang berdasarkan makluman awam, yang diluluskan oleh hassan ali, yang telah menimbulkan polemik yang mana dikatakan cuba memurtadkan orang-orang islam miskin dengan bantuan-bantuan kewangan dsb. polemik bertambah parah, apabila ngo paling melayu ditanah melayu iaitu perkasa menuduh pas dan ameno sebagai sebuah parti politik amat kebulurkan undi kristian, berikutan tindakan ameno yang menikus dan tindakan pas yang memanggil hassan ali  untuk penjelasan berikutan arahan serbuan dikeluarkan oleh hassan ali. 

hassan ali, seperti mana dengan puak-puak dan yb-yb lompat yang lain, secara tiba-tiba dan keras memainkan pula isu akidah dan kemurtadan, disebabkan itulah isu yang paling sensitif dan paling memeberikan laba publisiti kepada mereka, antaranya si katak ezam, si katak nordin dan si katak zahrin. 

sedangkan, pintu siasatan, dan pintu muzakarah antara jais-gereja masih luas terbuka, demi menjaga keharmonian masyarakat. begitu juga dengan majlis zakat nasional, yang dimaklumkan hasil kutipannya berjuta milliun, yang sedang menanti untuk diagihkan.

perihal pembahagian zakat pun satu hal juga. 

berbalik pasal ameno lawan pas tadi, sdr mustafa ali secara tiba-tiba mengeluarkan pendapat bahawa dia mempunyai bukti untuk mengaitkan bahawa yang menjadi dalang kepada serbuan di DU itu. Ameno seperti singa yang luka, menuntut mustafa ali untuk meminta maaf atau kita bersemuka di mahkamah.

jadi, secara harfiahnya, perjalanan kesah serbuan ini beginilah lebih kurangnya:-

ameno - bagi report salah ke jais - jais minta approval hassan ali - dapat greenlight - serbua - mmg ada org islam join majlis gereja - kecoh satu malaya - tuduhan cubaan memurtadkan - pas akan jumpa jais dan gereja - hassan ali kena panggil - mustafa tuduh ameno dalang - ameno dan mustafa jumpa di mahkamah. 

alangkah baiknya isu sesensitif ini ditangani dengan sebaik-baiknya.

cuma sekarang, tindakan mustafa ali ini semacam nak membela hassan ali sebab menuduh ameno 'feed wrong infrmation' untuk jais dan hassan ali buat keputusan serbuan. hassan ali mungkin tau atau mungkin tidak tau pasal 'wrong information' ini. wallahu'alam. cuma hassan dan mustafa ini, saki baki UG dalam pas.
adalah mustafa ingin membela hassan atau membuka pekung hassan? kalau begitu, siapakah musuh sekaligus kawan kepada ameno? adakah mustafa atau hassan


mustafa mahu seret ameno ke mahkamah - harakahdaily 23ogos2011

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...