dupavisitometer

trick pilihanraya umno: kaedah hanya calon konfem menang yang menjerat diri

2 ke 3 hari lepas, kedengaran idea bengong dari pemuda umno yang disuarakan oleh kj, bahawa pemuda umno hanya akan meletakkan akan mengemukakan calon yang konfem menang sahaja untuk bertanding dalam pru13 yang akan datang. 

objektif cadangan ini dikemukan mengundang banyak pertanyaan dari jawapan dan 'kurang' mendapat sambutan dan komen dari pelbagai peringkat pimpinan umno sendiri, dan sekiranya ter'highlight' dalam media arus perdana, bolehlah kita kira sebagai satu penghormatan atau satu 'laluan' untuk kuota ketua pemuda dalam arus perdana.

kenapa kurang sambutan? sebab idea yang diketengahkan amatlah asing kepada amalan dan praktis politik dalaman umno. ini idea gila. kalau tidak gila, ideanya sedikit gila. sebab, kaedah 'calon konfem menang' ini adalah secara harfiahnya adalah berdasarkan merit. terfikirkah kita bahawa umno ini sebuah parti yang hidup dengan kaedah ampoo dan rasuah dan politik wang. tiada ruang untuk merit. 

cara politik mereka adalah wang,projek dan kronisme. kalau hendakkan merit, sudah lama umno itu berubah dan bersatu padu. malang, umnolah satu-satunya parti yang tak kunjung padam dengan kontroversi dan perpecahan, sedangkan kepada merekalah orang melayu meletakkan harapan untuk pimpinan yang telus dan kompetant.

satu kombinasi yang sedikit 'off'.

hari ini, lanjutan dari idea 'gila' ini, Kj memberikan reaksi bahawa sekiranya PM kata dia bukanlah calon konfem menang, dia terima dengan hati terbuka, sekarang, ketua pemuda pun sudah tidak konfiden dengan nasib politiknya sendiri.

apa yang boleh kita harapkan lagi dengan umno? mungkin sebagai rakan ketawa kita...har har har har har....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...