dupavisitometer

malaysia corruption perceptions map 2011 (euromonitor)

global corruption index mapping - euromonitor 11/1/12
pada 11 jan 2012 yang lalu, euromonitor international, sebuah laman market research telah mengeluarkan satu data berkenaan persepsi indeks rasuah global. sebanyak 183 negara telah diambil nota persepsi dan skor adalah 0 hingga 10, melambangkan 10 paling kurang rasuah dan 0 melambangkan paling kuat rasuah.

malaysia pada skor 4.0 hingga 4.49 (warna peach)

untuk berlaku adil, ini adalah serba sedikit berkenaan fakta peta persepsi rasuah tersebut:-
  • malaysia adalah skor paling baik dikalangan negara asean, benua asia dan afrika.(terkejutnya)
  • index rasuah malaysia lebih kurang sama dengan negara-negara jaziratul arabiah yang kebetulan juga kebanyakkannya adalah negeri-negeri pengeluar minyak. (tak terkejut sangat)
  • new zealand dengan skor paling tinggi 9.5 (biru gelap) dan kukuh di tangga pertama sejak 2006. (kagum)
  • sekiranya kita mempunyai persepsi bahawa rasuah itu sangat teruk di negeri indonesia, china, india, pakistan dan kebanyakkan negeri-negeri amerika selatan, maka persepsi itu harus dibetulkan semula sebab jarak skor kita dan mereka sebenarnya hampir sama dan sangat rapat. ( i have corrected mine)
  • somalia dan korea utara mempunyai skor paling rendah, sebab ada bukti penyelewengan bantuan dana antarabangsa. (jahatnya...)
jadi, samada hendak percaya atau tidak, terpulang. namun data ini sekurang-kurangnya boleh menjadi 'guide' kepada kita untuk sama-sama membanteras rasuah dan salahguna dana rakyat, bukan sahaja demi menjamin kehidupan yang lebih baik di masa hadapan, malah sebagai cita-cita suci kita untuk menjadi rakyat malaysia yang berintegriti, amanah dan seterusnya bersih jiwa.

pru bersih & adil: relaiti atau ilusi (masalah kempen)

husam kata ilusi. nazri kata realiti. rashid kata spr tak salah. semua yang dituntut bersih itu, spr dulu lagi dah mintak. tetapi dihalang. bila husam mintak tunjukkan siapa yang halang, rashid bersilat lidah. dia sudah tua. setelah melalui sekurang-kurangnya 4 kali pru, dia barangkali telah lelah dengan selok belok pru malaysia.

spr bersih. spr ikut peraturan. kerajaan adil. tak manipulasi pru, kalau tidak, kelantan pas tak boleh perintah selama 20 tahun lebih. nazri cakap macam menterilah. ikut prosedur dan tatakerja pegawai kanan kerajaan. husam banyak 'counter' dan berhujah dengan fakta nak bagi pas menang. nak bongkar apa yang tidak adil dan tidak bersih dalam pru malaysia. akhirnya, wacana ini pusing-pusing sampai tak jumpa akar pokok. yang jumpa batang pokok, daun pokok, kulit pokok, pucuk pokok dan tanah pokok.

banyak cerita persempadanan semula, waktu kempen, pengundi hantu, undi pos, dan daftar pengundi ragu. 

yang hendak dilihat apa? kita ambik contoh masalah tempoh kempen pru yang dibincangkan.

tuan-tuan, bukan tempoh kempen yang jadi masalah, tapi yang jadi masalah ialah pengisian kempen. 

bila masuk time kempen, maknanya sudah tidak ada eksekutif / legislatif kepartian. yang ada hanya ada khidmat awam yang berkhidmat dengan Yang di-pertuan Agong. eksekutif yang naik ikut parti semua dah bubar bila perdana menteri bubar sidang parlimen dan sidang dun. kabinet tak ada. bila kabinet tak ada, maknanya takda menteri yang jaga kementerian. masalahnya, time kempen yang kementerian dok sibuk kempen untuk umno/bn kenapa? kementerian penerangan dan apa-apa instrumen kerajaan sekalipun kenalah berkempen pada benda yang baik, yang bermanfaat yang ditawarkan oleh parti bertanding dalam pru. 

media kena jadi akses pada rakyat untuk dapat tawaran-tawaran parti yang bertanding. 

rashid cakap jugak tempoh kempen pendek sebab nak berlaku adil pada parti-parti kecik kononnya. alamak tuan, parti kecik itu dia kempen ikut sekadar kekuatan politik dialah, dan dia bukannya nak kempen menang 2/3 parlimen. jangan sebab nak beratkan dia, parti giant / pakatan / barisan ini pulak kena potong hari kempen. 

ada parti yang mengadu tak tahan dengan kos dan belanja kalau tempoh kempen makin panjang. senang sahaja jawapannya. itulah padah bila rasuah jadi instrumen dalam kempen. ajar pengundi kenal dan mesra rasuah masa kempen. bila dah kering modal rasuah, sebab adanya rasuah pulak dalam rasuah, tanggunglah sendiri dosa yang dibuat atas pilihan sendiri. senang cerita, takda duit tak payahlah kempen.

tempoh berkempen penting untuk sesebuah pru. sebab, dalam waktu berkempen sahajalah maklumat jadi free-flow dan bakal-bakal yg baik-baik belaka. pengundi pun nak bermesra dengan bakal yb kalau tak dapat seminggu, dua minggu pun jadilah. sebab, bila menang, yb ini sumpah haram tak nampak muka dah, sampailah masa kempen 5 tahun lagi.

algiers yang makin sejuk


dia dah sehat, alhamdulillah...
 jam pukul 1105 malam. baru lepas dinner. lobi hotel ibis mulai isnin lalu tak sunyi dengan kunjungan bisnes. sudut kecil rehlah dan mini barnya sesak. semua orang singgah untuk buat deal bisnes. ya, sejak 2002, algeria, terutamanya algiers sudah jadi emerging economies. banyak yang datang european. french. italian. spaniard, dan juga seorang dua portugese. 

dan itu termasuklah aku. cuaca sejuk diluar hotel, yang semakin hari semakin dingin, menyebabkan banyak orang memilih untuk diam di dalam perkarangan hotel. dan, aku semput dengan asap rokok yang berkepul-kepul. ya, di sini mereka masih tidak kenal dan tidak impose zon larangan merokok. 

sepertimana bekas koloni-koloni peranchis yang lain, di sini (dan aku percaya seluruh algeria) semuanya ada french connection yang sangat menebal. paling mengujakan ada berita dari peranchis eric cantona masuk bertanding jadi presiden, lawan sarkozy. heh!

dan paling hot, iklan revolusi oleh syarikat telekominikasi baru peranchis yang offer free call, sms, dan mms selama beratus jam untuk new sign-up yang baru rilis semalam. offer itu melingkupi sign up dari 50 negara, termasuklah bekas negara-negara bekas kuasa penjajah itu dan wilayah-wilayah eropa. diberitakan 80% pengguna telekomunikasi sedia ada sudah convert ke moderator telekomunikasi baru itu. 

syarikat itu dulunya adalah paid tv operator, yang revolt dan hampir bankrupt, dan akhirnya ambil langkah drastik dengan menyusun semula pelan bisnesnya dan decide untuk buat telekomunikasi revolusion. peranchis tidak takut dengan revolusi. malah, kebanyakkan bekas-bekas jajahan takluknya juga bebas melalui revolusi, dan seperti algeria, revolusionernya diangkat sebagai mujahid yang gugur dalam menuntut kemerdekaan algeria, dan diabadikan disebuah museum yang juga merupakan sebuah national monumen diatas bukit di port of algiers.

di algiers, dimana-mana pun ada polis. dengan sedikit maklumat, rupa-rupanya kehadiran begitu banyak polis yang melakukan sekatan adalah kerana algeria mulai ogos 2010 telah mengaktifkan semula ordinan darurat domestik yang 'dikuburkan' pada tahun 2002, sebagai langkah berjaga-jaga dengan fanomena 'arab spring' di negeri-negeri jirannya. sebagai sebuah negara yang dalam fasa perkembangan ekonomi yang mula bertumbuh kencang, kehuru-haraan adalah satu harga yang amat mahal untuk menggantikan kestabilan yang sedia ada, mungkin.

itu, serba sedikit pasal algiers dan makin sejuk. aku akan bertolak pulang ke dubai esok, pukul 215 petang, waktu algeria.

berita dari tanahair, adel sudah sihat dan sudah check-out dari hospital. lapangnya hati. seronok dengar suaranya yang mengomel entah apa-apa, merengek-rengek dengan bondanya. bondanya pun kedengaran sangat happy dan bersemangat, walaupun beban kerja ofisnya menimbun menuggu, yang terpaksa dihentikan seketika demi menjaga kesihatan dan keselamatan adel. begitu besarnya dia berkorban, dan begitu tinggi jualah aku menghargainya.

aku, algiers dan adel

 
so, when is our meeting? soalku pada walid ben salah, seorang tunisian schooled in chicago pagi 8hb jan 2012, di ruang minum hotel ibis, algiers, algeria. jam menunjukkan pukul 9 pagi. walid adalah host bines visit aku kali ini, dan menjaga semua urusan meeting dengan so called 'algerian bisnes tycoon'.

mr. muhamad, just relax, this is algeria, there is no business meeting until lunch. lorr...memang benar, algerian lebih suka menghabiskan masa pagi mereka dengan keluarga dan hal-hal bisnes, dan mana yang tidak penting, terutamanya bisnes meeting boleh tunggu sehingga lunch.

algiers adalah ibukota algeria. algeria adalah tempat asal zizou. sebelahnya morocco, ada nourouddine naybet. algeria takde offspring mcm tunisia dan libya. algeria sudah merasa 'offspring' itu 15 tahun lepas. dan algerian lebih suka untuk memendam duka sejarah hitam itu. algerian 99% muslim. bekas kolonial peranchis. bahasa no 1 arab, no 2 french. kalau fluent english, tak berguna kat sini. nak amik taxi dari aeroport (airport) pun payah, kena guna bahasa isyarat.
polis cukup banyak. traffic jam memang giler, hotel yang 5 minit dari aeroport pun jadi sampai satu setengah jam. aku tak faham, namun aku hormat kenapa. algiers dingin. sangat dingin. nasib masa datang dubai dulu isteriku ada pack sekali long john dan mafia kot beli masa pegi china tahun lepas. terima kasih sayang.

channel tv semua dalam bahasa peranchis. aduii. BBCje yang dalam english. jadi, seminggu ni layan news je la jawabnya. tadi bbc highlight pembebasan anwar ibrahim atas tuduhan liwat. bbc tak cover, semua komen pakatan yang masuk. government samada diorang tak quote atau memang takde menteri bagi komen, sukar dipastikan. cukup sampai situ, aku tak nak komen pasal itu. takda mood. 

yang berat dalam kepala aku, adel. semalam bondanya telefon badan adel panas. terus pegi hospital. badan adel panas, cecah 40 celcius. demam sebab jangkitan virus. aku rasa nak pitam. aku rasa lemah. aku nak terbang balik kota damansara. tak sanggup aku dengar. yang paling penting, tak sanggup aku biarkan adel sakit. biarlah aku yang sakit, biarlah aku yang tanggung. kasihan sangat pada isteriku. dia berkorban. dia sungguh-sungguh jaga adel. aku tahu dia takut, panik, sedih dan rasa helpless. aku pulak jauh. sangat jauh sampai cross dua 3 benua. sudahlah delay 7 jam lebih dari malaysia time.
tapi, Alhamdulillah adel hari ini suhunya dan turun 37 celcius. satu perkembangan yang paling baik bagi aku, walaupun adel masih warded. ikut kata bondanya, doktor nak pastikan adel sampai tak demam. kasihan pada bondanya. bersengkang mata jaga adel. mainan emosinya berat. makan minumnya entah macamana? kalau aku ada boleh la aku support.

babah sentiasa mendoakan bonda dan adel sentiasa dalam keadaan selamat dan sejahtera. adel cepat sembuh ya, sebab adel lah penghibur duka lara bonda dan babah. dan untuk isteriku, aku sanjung tinggi setiap pengorbananmu sayang. inilah dugaan dan babah harap bonda bersabarlah.

hati jadi sayu mengenangkan mu.

semoga esok lebih baik, dan algiers sudah tidak punya apa-apa.

salah siapa tok ketua nafi bantuan jamban 'tarik'?

aku selalu melihat sesebuah negeri itu adalah seperti sebuah keluarga kecil di sebuah kampung. ada rumah kecil buruk, ada halaman, ada tangga, ada ruang tamu, ada bilik, ada dapur kayu. ada tempat simpan kayu api, ada tempat simpan tempurung, ada ditanam pokok bunga untuk menambah seri, tanda rumah kecil itu berpenghuni. 


kalau bapaknya seorang penoreh, maka adalah tempat alat-alat menorehnya. ada pisau getahnya, ada kasut getahnya, ada baju menorehnya, ada getah 'blendar' seutas dua, ada golok, ada parang, ada 'put', ada guni angkut getah bila nak ngutip.


rumah kecil itu pulak adalah ayam itik seekor dua, sami, cabai kunyit sepokok dua, kereta sorong, moto honda cub 7kupang, basikal-basikal tua untuk anak-anak pegi sekolah.

itu semua material. yang membentuk dan mengikat keluarga kecil penoreh getah itu ialah keharmonian yang ada. yang wujud. tidak tertulis, namun getaran rasanya amatlah kuat. dalam keharmonian itu ada ketaatan, ada kenakalan, ada kemanjaan, ada keluh-kesah, ada kebimbangan, ada kasih sayang, ada amarah, dan kadang-kadang hari itu berlalu tenang, setenang angin sepoi-sepoi bahasa yang singgah menampar tiap-tiap muka keluarga kecil dihujung kampung itu.

ada bapak, ada emak, ada abang, ada adik, ada kakak tua, ada kakak tengah. 

keluarga kecil itu sebenarnya adalah semangat sesebuah negara besar.

tapi bila tok ketua datang, menafikan hak keluarga itu untuk dapat jamban 'tarik' dari kementerian kesihatan atas sebab si bapak mengundi pas sejak pulohan tahun yang lalu, maka jika si bapak menghimpunkan seluruh ahli keluarganya bersiap-siap, beli tiket bas dan turun ke kuala lumpur siap dengan kain rentang yang ditulisnya sendiri seikhlas hati lepas balik menoreh semalam, siapakah yang hendak engkau salahkan? 

tok ketua?

benda kecik pada engkau, mungkin benda besar bagi kami. benda besar pada engkau mungkin benda kecik pada kami. 

engkau tidak peduli, kami peduli apa?
tak sampai ke petang, ada berita enam sekeluarga mati kemalangan sebab bas terbalik. mereka syahid.

hadirnya Ahmad Adel Al-Kalbaani setahun yang lalu


bonda, mak yong & ahmad adel 07/12/2010
Alhamdulillah. aku megucapkan setinggi-tinggi syukur ke hadrat-Mu Ya Allah, penguasa sekalian alam.

ok, we decide to make it on 3rd Jan 2011. Just come on 9am for operation preparation, and don't worry, everything will be fine. itulah kata-kata dr. dev menon pada 27 dis 2011 ketika aku dan isteri membuat keputusan proses kelahiran melalui pembedahan. for 1 jan birth date, the operation charges will be double, and it was the same for 2nd Jan 2011 because it was sunday. sebenarnya dalam 37 minggu, baby ok dan sempurna untuk kelahiran normal. cuma sudah takdir, dalam minggu akhir dia berpusing dan dalam keadaan menelentang. untuk mengurangkan risiko kelahiran, kami bertawakkal kepada Allah untuk bersetuju dengan kaedah pembedahan. itu pun pada malam-malam akhir isteriku sudah pun sakit-sakit nak bersalin agaknya, yang aku sendiri pun habis akal nak menenangkan dirinya. 

akhirnya, 3jan tiba jua. malam itu tidurku tidur ayam, kadang-kadang hendakkan hari cepat siang, kadang-kadang hendakkan hari lambat siang. hatiku rusuh. hatiku mengelamun. hatiku berbunga-bunga. hatiku tenteram. hatiku berdialog. kalaulah hatiku itu manusia, dia barangkali menderita krisis emosi yang ekstrem malam itu. namun aku sedari tahu, isteriku, bakal si ibu lagi rusuh jiwanya. boleh ke kita ni? macamana esok abang? Insha'allah semuanya dimudahkan Allah. bertawakkallah. kepada-Nya lah kita berserah. aku cuba berlagak tenang dan yakin, sedang dalam hati, hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.

akhirnya, jam 530 aku bangun. solat taubat dan solat hajat semahunya. sesungguhnya, tiadalah daya upaya kami Ya Allah tanpa izin dan rahmat-Mu Ya Allah. 

pukul 830, kami sudah sampai diperkarangan hospital. dengan semua rujukan dan appointment letter, terus naik ke tingkat 3. sebelum masuk labour room, kami direhatkan di wad ibu dan kanak-kanak. kemudian doktor bius datang, kalau tak silap elizabeth namanya. kalau salah pun, kita anggap sajalah elizabeth namanya. Dr. elizabeth berbasa-basi lebih kurang, dan mungkin nampak nervous di wajah aku dan isteri. setelah berpuas hati dan sessi penerangan serba sedikit, kami menuju ke labour room.

dr. elizabeth datang, tanya aku nak join ke tidak. aku memberanikan diri dan meyakinkan diri sendiri dan menjawab, ya...saya join sekali. go change your cloth for labour room. kami masuk tepat pukul 930 pagi.

pakaian rasmi labour room, sejuk biliknya.
bakal bonda dan babah yang nampak cool tapi nervous giler
hanya mampu senyum...dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu
dr. dev lewat sedikit sampai ke labour room, traffic jam katanya. 5 minit kemudian, selepas procedural brief sedikit sebanyak, isteriku pun dibawa masuk dulu the operation theater. 15 minit kemudian, aku pun dipanggil masuk. pembedahan sudahpun bermula. aku duduk disisi kanan kepala bahu isteriku, menggengam tangan dan menenangkan hatinya yang curios dan suspens. dia sudah dibius pinggang kebawah, tidak merasakan apa-apa. kadang-kadang aku bangun, nak tengok apa yang dr. dev buat. aku mampu tengok 2 kali imbas. selebihnya, aku kembali menenangkan isteriku, dan yang lebih utama menenangkan diriku. dalam hati tidak putus-putus ayatul kursi dan selawat ke atas junjungan, agar semuanya dipermudahkan.

akhirnya, terdengar sedikit kecoh dengan laungan he's coming, he's coming. Alhamdulillah, aku bertakbir di dalam hati, putera kami sudah selamat dilahirkan. adalah satu perasaan yang menakjubkan melihat puteraku itu dikeluarkan dari perut bondanya dan dibawa ke tangan dr. kanak-kanak yang bertugas. apabila ditepuk-tepuk beberapa kali, akhirnya pecah suara halus yang tidakkan aku pernah lupakan. dan serta merta kebahagiaan itu aku rasakan memercik ke seluruh ruang operation theater.

Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ya Allah, Ahmad Adel Al-Kalbaani selamat dilahirkan pada 03/01/2011 pukul 1038 pagi. aku melaungkan azan dan iqamat yang dituntut sunnah. air mata jatuh berderai-derai. akhirnya, disaat yang ditunggu-tunggu, Ahmad Adel dibawa ke pangkuan bondanya. maka buat pertama kali, bersualah si anak dengan bonda yang dikasihinya.

ahmad adel al-kalbaani dan bonda ummi kalsum abdullah.
selanjutnya, bermulalah kehidupan keluarga kecil kami. kini sudah genap setahun umurnya si adel. babah jauh di sharjah, emiriyah arab bersatu, namun kenangan dan kehangatan perasaan sewaktu menyambut kelahiranmu sepertinya dirasakan baru semalam. hari ini si adel sudah lincah berjalan dan pandai pula merengek-rengek menuntut kemanjaan bondanya. 

si adel adalah cucu sulung untuk keluargaku, kemudiannya diikuti oleh hazeem (abahnya roslan zainuddin), dan yang terbaru hana amani (hamdan dan hahimah). untuk tahun 2011, opahnya halila bt. md desa champion di kampung rambai 7 dengan kehadiran 3 orang cucu sekaligus. alhamdulillah. sementara sebelah bondanya, adel adalah cucu sulung lelaki, cucu ketiga selepas kakak tasha dan kakak dedek. bertambah juga kemeriahan keluarga abah, atuk Imam Hj. Abdullah dan nenek, mariam bt. jabal.

adel dan opah rambai 7, 03/12/2011
kelahiran bulan januari, mak yong 02/01 & adel 03/01
itulah kenangan seumur hidup yang sangat manis yang dikurniakan oleh Allah SWT untuk jadi pembakar semangat dan sumber kekuatan meneruskan hidupku di perantauan. aduh, sedih juga terlepas hari lahirnya yang pertama, namun demi tanggungjawab dan peluang untuk satu kehidupan yang lebih baik, insha'allah akan aku tabahkan hati menjalaninya. sesungguhnya semua ini adalah suratan, dan siapalah aku untuk mengeluh.

setinggi-tinggi penghargaan buat emak di kampung, abah dan emak di RRI, di subang. juga buat adik-beradik tersayang dan seluruh sanak saudara yang menghulurkan bantuan dan pertolongan tatkala ahmad adel dan bondanya amat memerlukan sepanjang ketiadaan suami dan babah disisi.

serta setinggi-tinggi kalungan kasih sayang dan ucapan terima kasih buat isteri tersayang yang sanggup berkorban meniti dugaan hidup berjauhan untuk sementara waktu, demi sama-sama menuju kepada satu kehidupan yang lebih baik di suatu masa kelak, insha'allah.

selamat hari lahir wahai puteraku ahmad adel al-kalbaani. babah sangat-sangat menyayangi dirimu, dan babah sangat-sangat bersyukur dengan kehadiran adel, pengikat kasih sayang keluarga kecil kita, dunia akhirat, insha'allah. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ya Allah, penguasa sekalian alam.

dato' salleh majid, Al-Fatihah

Al-Fatihah
Al-fatihah buat Allahyarham Dato' Salleh Majid yang telah pulang ke rahmatullah pada 02/01/2011, pada pukul 1020 pagi tadi. beliau adalah mantan pengerusi bursa saham kuala lumpur (bskl) dan pada pendapat aku salah seorang pakar ekonomi melayu yang fasih akan persekitaran ekonomi melayu yang dungu.

dulu aku selalu membaca ruang tulisannya, samada di utusan melayu atau berita harian aku dah lupa, yang merekodkan permasalahan realiti usahawan dan peniaga-peniaga melayu. melalui kolum tulisan itu, Allahyarham selalu mengutip permasalahan usahawan dan peniaga-peniaga melayu yang ditemuinya secara langsung, dan kemudiannya mengulas dan menganalisis permasalahan tersebut dalam nada tulisan yang cukup santai, mengigit dan mudah difahami.

antara yang aku masih ingat ialah tulisan dan catatannya berkenaan seorang sahabat peniaganya yang tabah untuk bangun dari kehancuran bisnesnya pasca krisis kewangan 97-98. antara lain diceritakan bagaimana, sahabatnya ini mencuba pelbagai usaha untuk bangun dari kehancuran itu, waima terpaksa menjual harta untuk meneruskan hidup, dengan berniaga pisang gorang ditepi jalan, berniaga di pasar malam, sehinggalah menjual lilin-lilin setanggi wangi aromaterapi. menurut allahyarham, semangat yang tak kunjung oleh sahabat peniaga melayunya itulah kekuatan roh dasar ekonomi baru yang dilupakan oleh kerajaan.

ya, kebanyakan pandangan allahyarham adalah sangat kritis dan sinis terhadap kerajaan. antara yang boleh kita kongsikan ialah tulisan ini yang dicatatkan sekitar mei, 2009:-
__________________________________________________________________________________

Dulu, dalam tahun 1970-an, kedudukan Malaysia dengan negara-negara seperti Taiwan, Korea Selatan, Singapura lebih kurang sama saja. Kini, selepas 30 tahun, kita sudah jauh ditinggalkan mereka.

Gaji pekerja di negara-negara tersebut jauh lebih tinggi daripada kita. Di negara kita daripada 1991 sehingga 2003, dikatakan purata gaji naik hanya 1 peratus sedangkan negara-negara tersebut pada satu masa sama dengan kita naik 10 peratus.

Gaji akauntan 1978 yang baru mula kerja RM2,000, sekarang gaji mula akauntan pun RM2,000 juga.

Itu sebabnya ramai yang kerja luar negara kerana lebih diiktiraf titik peluh mereka. Lepas itu, bila tiba krisis macam sekarang, ada syarikat ambil kesempatan. Kononnya krisis, jadi kena kurangkan kos, bagi VSS kepada kakitangan supaya boleh ambil anggota yang lebih murah lepas mereka berhenti.

Jepun, Switzerland, semua tak ada hasil bumi tetapi duduk di atas tangga berdaya saing. Kita macam-macam hasil bumi ada tetapi bukannya makin naik, tetapi makin menurun.
Bila suruh buat rumah murah, semua tak mahu kononnya tak untung. Kementerian Perumahan kita entah buat apa pun tak tahu.

Berapa ramai orang yang beli rumah terpedaya. Rosak sana-sini, kopak-kapik dan yang ambil pinjaman rumah tak siap pun beribu.

Bila pemaju tak boleh jual rumah, mereka buat pameran. Yang bingung-bingung, tengok ada potongan sikit pun beli. Patut mereka ini dibiarkan saja.

Nak naik pengangkutan awam, tak cukup koc. Bau busuk dan hapak, tak ada hawa dingin, tak cukup line, nak kena hantar pergi stesen. Kalau tinggalkan kereta, hilang radio.
____________________________________________________________________________________

Al-Fatihah.

sumber:
salleh majid meninggal akibat kanser usus - utusan - 02/01/2011
bila salleh majid buka mulut - syahrilkadir.wordpress.com

2012, tahun baru dari sharjah, uae

fireworks tu menjunam dari atas ke bawah burj khalifa.

banyak yang aku fikirkan tatkala malam akhir 2011 menginjak detik 12 malam di sharjah, emiriyah arab bersatu. aku tidak kemana-mana, hanya duduk di aparment, menonton tv selang seli dengan internet, untuk mengetahui sambutan tahun baru 2012 dari malaysia. aku tidak pernah hadhir kemana-mana sambutan tahun baru sebelum ini, jadi kenapa aku harus bermula di sini?

lagipun, apa yang seronok jika seluruh jiwa dan ragaku dan ingatan melayang jauh ke malaysia, pada isteriku ummi kalsum dan putera tercinta, ahmad adel al-kalbaani, ibu di rambai 7, abah dan emak di kampung choh, rawang.

jika hanya sekadar menelan dan memeluk hedonisme, walaupun dalam bahasa arab, apa gunanya? 

dalam tempoh menginjak 'new year' di bumi emiriyah arab bersatu ini (di sini lambat 4 jam dari malaysia), fb dan blog 'flood' dengan berita upsi. apakah yang akan berlaku selepas 01/01/2012, hanya Allah sahajalah yang maha mengetahui.

namun, walau apapun perseteruan politik kita, aku tetap tidak bersetuju dengan kaedah kekerasan, kerana kekerasan hanya pilihan perdamaian alam kebinatangan. jika kita tidak setuju dengan kekerasan regime zionis di bumi palestine, kenapa kita harus rela dan setuju dengan kekerasan di bumi melayu ini? itu prinsipnya dan cukuplah aku hentikan kekesalan itu setakat itu sahaja. 

jika australia berbelanja hampir 4 juta paun sterling untuk pertunjukan 'melodic-fireworks' untuk 2012 countdown, aku rasa kerajaan emiriyah arab bersatu ini lagi banyak belanjannya. tahun ini sambutan diadakan di burj khalifa, bangunan tertinggi dunia. walaupun aku jauh berpuluh batu dari tempat sambutan, masih kelihatan dengan jelas persembahan 'melodic-fireworks' itu dari apartment ku di sharjah. juga fireworks kecil-kecillan sepanjang jarak yang nampak dek mataku.

semalam, access top floor atau lebih tepatnya helipad apartment dibuka dan dibenarkan untuk penghuni untuk melepak dan menyaksikan persembahan fireworks di sekitar sharjah atau dimana-mana saja yang seluas mata memandang. 

aku tahu apartment aku ada helipad. tapi aku tak faham kenapa apartment aku kena ada helipad, sebab kalau dilihat kepada kebanyakkan penghuninya memang tak mampu nak pakai helikopter. tapi itulah sharjah dan kebanyakkan bangunan tinggi di sharjah, dubai dan abu dhabi, memang ada helipad. dan helipad ini sangat-sangat berguna bila nak tengok newyear countdown. hahaha.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...