dupavisitometer

hadirnya Ahmad Adel Al-Kalbaani setahun yang lalu


bonda, mak yong & ahmad adel 07/12/2010
Alhamdulillah. aku megucapkan setinggi-tinggi syukur ke hadrat-Mu Ya Allah, penguasa sekalian alam.

ok, we decide to make it on 3rd Jan 2011. Just come on 9am for operation preparation, and don't worry, everything will be fine. itulah kata-kata dr. dev menon pada 27 dis 2011 ketika aku dan isteri membuat keputusan proses kelahiran melalui pembedahan. for 1 jan birth date, the operation charges will be double, and it was the same for 2nd Jan 2011 because it was sunday. sebenarnya dalam 37 minggu, baby ok dan sempurna untuk kelahiran normal. cuma sudah takdir, dalam minggu akhir dia berpusing dan dalam keadaan menelentang. untuk mengurangkan risiko kelahiran, kami bertawakkal kepada Allah untuk bersetuju dengan kaedah pembedahan. itu pun pada malam-malam akhir isteriku sudah pun sakit-sakit nak bersalin agaknya, yang aku sendiri pun habis akal nak menenangkan dirinya. 

akhirnya, 3jan tiba jua. malam itu tidurku tidur ayam, kadang-kadang hendakkan hari cepat siang, kadang-kadang hendakkan hari lambat siang. hatiku rusuh. hatiku mengelamun. hatiku berbunga-bunga. hatiku tenteram. hatiku berdialog. kalaulah hatiku itu manusia, dia barangkali menderita krisis emosi yang ekstrem malam itu. namun aku sedari tahu, isteriku, bakal si ibu lagi rusuh jiwanya. boleh ke kita ni? macamana esok abang? Insha'allah semuanya dimudahkan Allah. bertawakkallah. kepada-Nya lah kita berserah. aku cuba berlagak tenang dan yakin, sedang dalam hati, hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.

akhirnya, jam 530 aku bangun. solat taubat dan solat hajat semahunya. sesungguhnya, tiadalah daya upaya kami Ya Allah tanpa izin dan rahmat-Mu Ya Allah. 

pukul 830, kami sudah sampai diperkarangan hospital. dengan semua rujukan dan appointment letter, terus naik ke tingkat 3. sebelum masuk labour room, kami direhatkan di wad ibu dan kanak-kanak. kemudian doktor bius datang, kalau tak silap elizabeth namanya. kalau salah pun, kita anggap sajalah elizabeth namanya. Dr. elizabeth berbasa-basi lebih kurang, dan mungkin nampak nervous di wajah aku dan isteri. setelah berpuas hati dan sessi penerangan serba sedikit, kami menuju ke labour room.

dr. elizabeth datang, tanya aku nak join ke tidak. aku memberanikan diri dan meyakinkan diri sendiri dan menjawab, ya...saya join sekali. go change your cloth for labour room. kami masuk tepat pukul 930 pagi.

pakaian rasmi labour room, sejuk biliknya.
bakal bonda dan babah yang nampak cool tapi nervous giler
hanya mampu senyum...dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu
dr. dev lewat sedikit sampai ke labour room, traffic jam katanya. 5 minit kemudian, selepas procedural brief sedikit sebanyak, isteriku pun dibawa masuk dulu the operation theater. 15 minit kemudian, aku pun dipanggil masuk. pembedahan sudahpun bermula. aku duduk disisi kanan kepala bahu isteriku, menggengam tangan dan menenangkan hatinya yang curios dan suspens. dia sudah dibius pinggang kebawah, tidak merasakan apa-apa. kadang-kadang aku bangun, nak tengok apa yang dr. dev buat. aku mampu tengok 2 kali imbas. selebihnya, aku kembali menenangkan isteriku, dan yang lebih utama menenangkan diriku. dalam hati tidak putus-putus ayatul kursi dan selawat ke atas junjungan, agar semuanya dipermudahkan.

akhirnya, terdengar sedikit kecoh dengan laungan he's coming, he's coming. Alhamdulillah, aku bertakbir di dalam hati, putera kami sudah selamat dilahirkan. adalah satu perasaan yang menakjubkan melihat puteraku itu dikeluarkan dari perut bondanya dan dibawa ke tangan dr. kanak-kanak yang bertugas. apabila ditepuk-tepuk beberapa kali, akhirnya pecah suara halus yang tidakkan aku pernah lupakan. dan serta merta kebahagiaan itu aku rasakan memercik ke seluruh ruang operation theater.

Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ya Allah, Ahmad Adel Al-Kalbaani selamat dilahirkan pada 03/01/2011 pukul 1038 pagi. aku melaungkan azan dan iqamat yang dituntut sunnah. air mata jatuh berderai-derai. akhirnya, disaat yang ditunggu-tunggu, Ahmad Adel dibawa ke pangkuan bondanya. maka buat pertama kali, bersualah si anak dengan bonda yang dikasihinya.

ahmad adel al-kalbaani dan bonda ummi kalsum abdullah.
selanjutnya, bermulalah kehidupan keluarga kecil kami. kini sudah genap setahun umurnya si adel. babah jauh di sharjah, emiriyah arab bersatu, namun kenangan dan kehangatan perasaan sewaktu menyambut kelahiranmu sepertinya dirasakan baru semalam. hari ini si adel sudah lincah berjalan dan pandai pula merengek-rengek menuntut kemanjaan bondanya. 

si adel adalah cucu sulung untuk keluargaku, kemudiannya diikuti oleh hazeem (abahnya roslan zainuddin), dan yang terbaru hana amani (hamdan dan hahimah). untuk tahun 2011, opahnya halila bt. md desa champion di kampung rambai 7 dengan kehadiran 3 orang cucu sekaligus. alhamdulillah. sementara sebelah bondanya, adel adalah cucu sulung lelaki, cucu ketiga selepas kakak tasha dan kakak dedek. bertambah juga kemeriahan keluarga abah, atuk Imam Hj. Abdullah dan nenek, mariam bt. jabal.

adel dan opah rambai 7, 03/12/2011
kelahiran bulan januari, mak yong 02/01 & adel 03/01
itulah kenangan seumur hidup yang sangat manis yang dikurniakan oleh Allah SWT untuk jadi pembakar semangat dan sumber kekuatan meneruskan hidupku di perantauan. aduh, sedih juga terlepas hari lahirnya yang pertama, namun demi tanggungjawab dan peluang untuk satu kehidupan yang lebih baik, insha'allah akan aku tabahkan hati menjalaninya. sesungguhnya semua ini adalah suratan, dan siapalah aku untuk mengeluh.

setinggi-tinggi penghargaan buat emak di kampung, abah dan emak di RRI, di subang. juga buat adik-beradik tersayang dan seluruh sanak saudara yang menghulurkan bantuan dan pertolongan tatkala ahmad adel dan bondanya amat memerlukan sepanjang ketiadaan suami dan babah disisi.

serta setinggi-tinggi kalungan kasih sayang dan ucapan terima kasih buat isteri tersayang yang sanggup berkorban meniti dugaan hidup berjauhan untuk sementara waktu, demi sama-sama menuju kepada satu kehidupan yang lebih baik di suatu masa kelak, insha'allah.

selamat hari lahir wahai puteraku ahmad adel al-kalbaani. babah sangat-sangat menyayangi dirimu, dan babah sangat-sangat bersyukur dengan kehadiran adel, pengikat kasih sayang keluarga kecil kita, dunia akhirat, insha'allah. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ya Allah, penguasa sekalian alam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...