dupavisitometer

2012, tahun baru dari sharjah, uae

fireworks tu menjunam dari atas ke bawah burj khalifa.

banyak yang aku fikirkan tatkala malam akhir 2011 menginjak detik 12 malam di sharjah, emiriyah arab bersatu. aku tidak kemana-mana, hanya duduk di aparment, menonton tv selang seli dengan internet, untuk mengetahui sambutan tahun baru 2012 dari malaysia. aku tidak pernah hadhir kemana-mana sambutan tahun baru sebelum ini, jadi kenapa aku harus bermula di sini?

lagipun, apa yang seronok jika seluruh jiwa dan ragaku dan ingatan melayang jauh ke malaysia, pada isteriku ummi kalsum dan putera tercinta, ahmad adel al-kalbaani, ibu di rambai 7, abah dan emak di kampung choh, rawang.

jika hanya sekadar menelan dan memeluk hedonisme, walaupun dalam bahasa arab, apa gunanya? 

dalam tempoh menginjak 'new year' di bumi emiriyah arab bersatu ini (di sini lambat 4 jam dari malaysia), fb dan blog 'flood' dengan berita upsi. apakah yang akan berlaku selepas 01/01/2012, hanya Allah sahajalah yang maha mengetahui.

namun, walau apapun perseteruan politik kita, aku tetap tidak bersetuju dengan kaedah kekerasan, kerana kekerasan hanya pilihan perdamaian alam kebinatangan. jika kita tidak setuju dengan kekerasan regime zionis di bumi palestine, kenapa kita harus rela dan setuju dengan kekerasan di bumi melayu ini? itu prinsipnya dan cukuplah aku hentikan kekesalan itu setakat itu sahaja. 

jika australia berbelanja hampir 4 juta paun sterling untuk pertunjukan 'melodic-fireworks' untuk 2012 countdown, aku rasa kerajaan emiriyah arab bersatu ini lagi banyak belanjannya. tahun ini sambutan diadakan di burj khalifa, bangunan tertinggi dunia. walaupun aku jauh berpuluh batu dari tempat sambutan, masih kelihatan dengan jelas persembahan 'melodic-fireworks' itu dari apartment ku di sharjah. juga fireworks kecil-kecillan sepanjang jarak yang nampak dek mataku.

semalam, access top floor atau lebih tepatnya helipad apartment dibuka dan dibenarkan untuk penghuni untuk melepak dan menyaksikan persembahan fireworks di sekitar sharjah atau dimana-mana saja yang seluas mata memandang. 

aku tahu apartment aku ada helipad. tapi aku tak faham kenapa apartment aku kena ada helipad, sebab kalau dilihat kepada kebanyakkan penghuninya memang tak mampu nak pakai helikopter. tapi itulah sharjah dan kebanyakkan bangunan tinggi di sharjah, dubai dan abu dhabi, memang ada helipad. dan helipad ini sangat-sangat berguna bila nak tengok newyear countdown. hahaha.

1 comment:

Anonymous said...

Hola! I've been following your web site for some time now and finally got the bravery to go ahead and give you a shout out from Atascocita Tx! Just wanted to tell you keep up the fantastic work!

my web blog: Bauchmuskeltraining

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...