Al-Fatihah |
Al-fatihah buat Allahyarham Dato' Salleh Majid yang telah pulang ke rahmatullah pada 02/01/2011, pada pukul 1020 pagi tadi. beliau adalah mantan pengerusi bursa saham kuala lumpur (bskl) dan pada pendapat aku salah seorang pakar ekonomi melayu yang fasih akan persekitaran ekonomi melayu yang dungu.
dulu aku selalu membaca ruang tulisannya, samada di utusan melayu atau berita harian aku dah lupa, yang merekodkan permasalahan realiti usahawan dan peniaga-peniaga melayu. melalui kolum tulisan itu, Allahyarham selalu mengutip permasalahan usahawan dan peniaga-peniaga melayu yang ditemuinya secara langsung, dan kemudiannya mengulas dan menganalisis permasalahan tersebut dalam nada tulisan yang cukup santai, mengigit dan mudah difahami.
antara yang aku masih ingat ialah tulisan dan catatannya berkenaan seorang sahabat peniaganya yang tabah untuk bangun dari kehancuran bisnesnya pasca krisis kewangan 97-98. antara lain diceritakan bagaimana, sahabatnya ini mencuba pelbagai usaha untuk bangun dari kehancuran itu, waima terpaksa menjual harta untuk meneruskan hidup, dengan berniaga pisang gorang ditepi jalan, berniaga di pasar malam, sehinggalah menjual lilin-lilin setanggi wangi aromaterapi. menurut allahyarham, semangat yang tak kunjung oleh sahabat peniaga melayunya itulah kekuatan roh dasar ekonomi baru yang dilupakan oleh kerajaan.
ya, kebanyakan pandangan allahyarham adalah sangat kritis dan sinis terhadap kerajaan. antara yang boleh kita kongsikan ialah tulisan ini yang dicatatkan sekitar mei, 2009:-
__________________________________________________________________________________
Dulu, dalam tahun 1970-an, kedudukan Malaysia dengan negara-negara seperti Taiwan, Korea Selatan, Singapura lebih kurang sama saja. Kini, selepas 30 tahun, kita sudah jauh ditinggalkan mereka.
Gaji pekerja di negara-negara tersebut jauh lebih tinggi daripada kita. Di negara kita daripada 1991 sehingga 2003, dikatakan purata gaji naik hanya 1 peratus sedangkan negara-negara tersebut pada satu masa sama dengan kita naik 10 peratus.
Gaji akauntan 1978 yang baru mula kerja RM2,000, sekarang gaji mula akauntan pun RM2,000 juga.
Itu sebabnya ramai yang kerja luar negara kerana lebih diiktiraf titik peluh mereka. Lepas itu, bila tiba krisis macam sekarang, ada syarikat ambil kesempatan. Kononnya krisis, jadi kena kurangkan kos, bagi VSS kepada kakitangan supaya boleh ambil anggota yang lebih murah lepas mereka berhenti.
Jepun, Switzerland, semua tak ada hasil bumi tetapi duduk di atas tangga berdaya saing. Kita macam-macam hasil bumi ada tetapi bukannya makin naik, tetapi makin menurun.
Bila suruh buat rumah murah, semua tak mahu kononnya tak untung. Kementerian Perumahan kita entah buat apa pun tak tahu.
Berapa ramai orang yang beli rumah terpedaya. Rosak sana-sini, kopak-kapik dan yang ambil pinjaman rumah tak siap pun beribu.
Bila pemaju tak boleh jual rumah, mereka buat pameran. Yang bingung-bingung, tengok ada potongan sikit pun beli. Patut mereka ini dibiarkan saja.
Nak naik pengangkutan awam, tak cukup koc. Bau busuk dan hapak, tak ada hawa dingin, tak cukup line, nak kena hantar pergi stesen. Kalau tinggalkan kereta, hilang radio.
____________________________________________________________________________________
Al-Fatihah.
sumber:
salleh majid meninggal akibat kanser usus - utusan - 02/01/2011
bila salleh majid buka mulut - syahrilkadir.wordpress.com
No comments:
Post a Comment