dupavisitometer

Davos Dan Pasaran Kerja Malaysia

Berita buruk pasaran kerja Malaysia 2009 klik sini.
Pakar-pakar ekonomi dunia dan Kepala negara ramai-ramainya sedang bersidang di Davos, Switzerland untuk sepanjang minggu ini. Sepanjang dua hari persidangan, kita dapat menyaksikan bagaimana Putin dan PM China 'membelasah' Geithner, s/u perbendeharaan Obama dan juga Erdogan menyelar Shimon Peres atas tindakan Israel ke atas Gaza.
Itu hanya sampingan. Perkara pokok yang dibincangkan adalah perihal ekonomi dunia yang semakin menguncup, antaranya. (Seperti yang dinyatakan oleh Pengerusi IMF):-
1. Pertumbuhan ekonomi dunia akan menguncup 2% untuk jangkamasa 3 tahun dari sekarang.
2. Mungkin ini krisis ekonomi global terburuk sejak 'The Great Depression', tetapi tiada siapa yang hidup dari zaman itu untuk mengakui hal ini dan membuat perbandingan jelas situasi masa
itu dan sekarang.
3. KDNK dunia terus menguncup, aktiviti pengeluaran dan pembuatan dunia menjadi perlahan. 4. Pasaran kredit (Bank) tidak berupaya lagi memberi suntikan modal. 5. negara membangun (yang berasaskan industri pembuatan) akan menerima kesan paling besar. 6. kemudiannya, pasaran kerja. (hilang kerja) 7. Suntikan modal oleh kerajaan (Bailout) bukan jalan penyelesaian jangka panjang.
8. Contohnya, Jepun pada tahun 1999, melakukan suntikan modal kepada Syarikat-syarikat yang terkesan dengan krisis matawang Asia, tetapi akhirnya mengakui ianya gagal untuk mengembang ekonomi syarikat tersebut untuk jangkapanjang dan terjejas berganda untuk krisis kewangan global kini.
9. Mengakui pasaran modal kapitalis sedang mengalami keruntuhan. 10. membentuk satu mekanisme ekonomi yang mempunyai daya bingkas dan daya pulih yang efektif. 11. Perancangan, perlaksanaan campur sedikit tuah, mungkin krisis ini dapat diatasi dengan lebih cepat. 12. Pengembangan ekonomi berasaskan ketenteraan hanya mengakibatkan kesan yang lebih buruk, daripada segi kewangan dan kemanusiaan.
Dengan berita-berita 'gloomy' ini, masih ada suara-suara sumbang, kononnya ada ekonomi negara kecil seperti Malaysia tidak akan terjejas, kalau terjejas pun lambat terkesan. Mimpi.
Ada ura-ura lagi mahu menaikkan harga gula. Perancangan apa ini? Tadbir urus apa ini? Tidak salah mengaku bodoh sekali-sekala.

Bota Dan Perak Yang Berantakkan.

Bagi yang tak tahu, wilayah Bota ini ada dua, Bota kanan dan Bota kiri. Jadi, disebabkan wilayahnya pun dua, maka janganlah kita terkejut sangat kalau-kalau YB-nya beralih angin, sebab kalau dia tak selesa di kanan, dia boleh duduk di kiri. Tak jadi masalah.
Baru-baru ini, ADUN Bota buat kejutan (Pada UMNO itu kejutan, pada PR pastilah tak berapa nak terkejut) dengan 'beralih' dan menyertai PR. Setelah segala macam andaian dan persepsi yang melanda, jelas, yang berpindah tetap berpindah. Yang kena tinggal haram nak muhasabah diri. Yang disertai mengaut kemenangan moral.
Nyatanya, memang pimpinan UMNO negeri Perak sekarang berantakkan. Pengerusi pada mulanya mahu letak jawatan, sekarang sudah kena dibincang balik. Yang pasti, siapalah yang sanggup jadi kambing hitam.
UMNO Perak rata-ratanya masih lagi terluka berbajukan pembangkang yang berduri, kemudiannya bersusah-payah menyabung duit dan strategi untuk pemilihan parti. Sepanjang proses itu, tidaklah dinafikan adanya kehilangpercayaan, ketidakpercayaan, kedengkian, golongan opportunis dan golongan adu-domba yang saling melepaskan pucuk agenda dan matlamat masing-masing. Dan, sepanjang proses itu juga pastilah ada yang tersadung dan melepas. Dan, percayalah, yang tersadung dan melepas itu pasti mengulit api dendam yang tak kunjung padam.
Mereka bercakap-cakap seperti mereka tiada masalah, tapi perbuatan dan tindak-tanduk mereka macam mereka ada masalah. Siapa yang mereka hendak tipu?

Yuna

Kita tak perlu jadi Simon Cowell dalam American Idol.
Kita tak perlu jadi Paul Moss dalam OIM. Kita tak perlu jadi hakim untuk mana-mana 'realiti shows'.
Untuk mengenal bakat tempatan yang sebaik ini. Jangan risau, dia tak nyanyi nasyid.
Sila dengarkan Yuna

Budak Kelantan : Buchek Dan Jaha

Budak Kelantan. Ini bukan cerita pasal budak baik-baik. Ini cerita budak-budak jahat. Jahat yang melampau (bergantung kepada tafsiran sendiri. Pada hemat aku, ambil rasuah, salah guna kuasa dan mungkir suruhan Allah itu jauh lebih jahat), namun masih lagi dalam relung realiti. Buchek dipotretkan budak baik. Sisi putih kehidupan yang lurus. Tiang agama dijaganya baik-baik, walaupun baru lepas stim ubat batuk. Buchek juga dipotretkan belia yang sempurna, lulusan IPTA, dan ada awek cun. Buchek juga kecewa dengan pasaran kerja semasa, dan mempunyai persepsi, nak kerja gomen, kabel kena kuat. Jaha budak yang maha jahat. Sisi hitam kehidupan yang gelap. Kerjanya, tak habis-habis menjual perempuan, berzina, layan ubat batuk dan layan pil kuda. Kata Jaha, rezekinya murah dengan perempuan. Jaha pernah masuk sekolah Henry Gurney, masuk penjara belum lagi. Di Kuala Lumpur, Jaha samseng. CM dan Pertama Kompleks. Di situlah medan kuasa Jaha. Ayat perempuan disitu. Kena belasah pun disitu. Kawan-kawan Jaha kata dia jahat stail American. Watak Jaha kalau tidak mengucap, barangkali sudah amat hampir jadi kafir. Jaha dan Buchek ditemukan. Untuk apa? Untuk sama-sama mengenal fitrah yang suci. Fitrah kebenaran, fitrah buruk baik, fitrah betul salah dan fitrah kepada Yang Malikul-Haq. Manusia boleh saja jauh tersesat, tetapi bila terdesak dan hilang arah pandu, fitrah itu datang dengan sendirinya dalam keadaan yang jelas dan penuh kerelaan. Budak Kelantan adalah satu cerita yang jauh menyimpang dari cerita-cerita tipikal Malaysia. Malahan, Indonesia dan Thailand pun setakat yang aku tahu, belum ada lagi. Filem ini dialognya minimal. Selebihnya, dimonologkan oleh hati kecil Buchek dan Jaha sendiri. Nilai-nilai murni dalam cerita ini diselindung baik-baik dengan lakonan-lakonan yang bersifat jahat dalam norma Agama, budaya bangsa dan adat Melayu. Akhirnya, jadilah Budak Kelantan garapan dan serlahan idea yang original oleh penulis, pegarah dan pelakon-pelakonnya.

Wayang


Kata Pak Awang, Wayang itu bayang. Disebabkan watak wayang itu diperbuat daripada kulit lembu, sebab itulah dinamakan ‘wayang kulit’. Yang dilayang-layang depan kelir (aku dengar kelir la, tak tau cakap Kelantan apa) itu, adalah cerita dewi sita dengan raja rama dan cerita-cerita manusia seluruh alam. Pak Awang, entahlah apa nasibnya, secara ‘paksa’ menerima dua orang anak angkat, merangkap pewaris yang bakal mewarisi perjuangan sekaligus punca rezekinya, iaitu persembahan wayang kulit. Satu lelaki bernama Awi, dan satu perempuan bernama Melor. Mungkin juga nasib Pak Awang senasib dengan wayang kulit itu sendiri, mendapat pewaris yang serba kekurangan. Awi si buta, dan Melor si sengau. Kecacatan maha besar untuk dua elemen penting dalam mana-mana persembahan iaitu audio dan visual. Namun, siapa sangka, Awi dan Melor merupakan gandingan terbaik untuk kelangsungan wayang kulit Pak Awang yang tertegak dek kerana minat mereka kepada wayang kulit yang mendalam. Pak Awang walaupun sedar dalam serba kekurangan, tanpa jemu cuba juga mendidik Awi dan Melor agar perjuangannya tidak mati. Dalam Wayang, kecintaan tiga watak ini terhadap wayang kulit lebih menonjol dari kecintaan Awi-Melor. Yang lain-lain, agak mudah diduga. Konflik budaya Melayu – Islam yang ditonjolkan seakan-akan memberikan ‘kemenangan’ mudah kepada budaya Melayu. Sedangkan, dalam ‘wayang’ Islam itu ‘dikalahkan’ kerana pembinaan wataknya yang begitu. Watak yang lebih sibuk membetulkan kepincangan masyarakat, daripada kepincangan diri sendiri. Entah mengapa, watak antagonis- Jusoh digambarkan jumud agama, dengki, gatal, ekstrem dan sentiasa memikirkan dan melakukan perkara-perkara jahat dan tidak senonoh yang terang-terang dilarang oleh Islam. Malang, watak Jusoh yang berpotensi untuk menyokong cerita dan memperbetulkan persepsi khalayak terhadap wayang kulit dicorakkan sedemikian rupa. Seakan-akan wayang kulit ini halangan kemajuannya hanyalah perbatasan hukum-hakam Islam, bukannya perkembangan teknologi dan arus modenisasi global yang menghakis kebudayaan itu sendiri secara perlahan-lahan. Juga, kebekuan Pak Awang sendiri untuk menerima modenisasi dalam persembahan wayang kulitnya, sepertimana yang cuba dilakukan oleh Awi, atas alasan warisan mesti tinggal warisan. Mana-mana Kebudayaan yang berbentuk kesenian, untuk terus hidup, setelah dicabar oleh pengaruh-pengaruh luar dan global, perlu disesuaikan dengan kehendak ‘pasaran’ masyarakat terkini, untuk kekal relevan. Yang asli dikekalkan, idea-idea baru disuburkan.

Walaupun Awi dan Melor itu pincang, sekurang-kurangnya dalam ‘wayang’ mereka ada. Barangkali diluar sana, secara realitinya wayang kulit memang mempunyai Awi dan Melornya sendiri, yang serba sempurna.

Budak Kuala Terengganu (KT)

Budak-budak di KT telah bersuara. Suaranya bergema. Pihak yang mendengar atau tidak, itu cerita lain. Yang pasti budak KT sudah bersuara. Suara-suara budak KT bukan sekadar termakan dakyah pembangkang dan hujah-hujah bangang, tetapi inilah caranya mereka berfikir. Mereka berfikir dulu, kemudiannya bersuara. Apa yang mereka fikirkan? Barangkali :-
- Berpolitik untuk jadi kaya itu salah.
- berpolitik untuk tembolok sendiri itu dosa.
- Berpolitik dengan engkar agama itu bala.
- Kaya dengan berpolitik bermakna kamu mencuri hak orang lain.
- Sudahlah mencuri, mengapa dikaut licin, tiada tinggal untuk kami.
- Berpolitik untuk mudah dapat 'cable' kerja, kontrak dan subsidi.
- Yang mana yang tak layak menjadi layak.
- Yang betul-betul layak diketepikan.
- Yang tak layak dijadikan layak itu selalunya
- keturunan mereka yang berpolitik.
- Yang layak, diketepikan itu selalunya kami,
- yang dihantar belajar tingi-tinggi.
- untuk membela keluarga kami yang sederhana demi hidup yang lebih baik.
- Kemudiannya dihalang dengan pelbagai cara dan segala-mala peraturan.
- Dan bebanan hutang-hutang yang katanya kami dulu diberikan pilihan.
- Yang mana akhirnya kami fikirkan ini adalah satu bentuk penindasan.
- Yang mana tidak perlu kami fikirkan terlalu jauh kehadapan.
- Kami, yang dihantar belajar tinggi-tinggi ini.
- Selalu memendam rasa yang kami layak untuk sesuatu yang lebih baik.
- Jika mereka tidak mahu memberikan.
- Maka ada baiknya kami yang membuat pilihan.
- Pilihan yang kami buat setelah kami buat pertimbangan.
- pertimbangan setelah apa kami suarakan, kamu padamkan.
Budak KT itu wakil kami. Tunggu. Suara kami pasti bergema. * Kurang-lebih, mereka katakan 45% pengundi-pengundi di KT adalah dibawah umur 41 Tahun.

PAS/ UMNO / 08-09 / Political Bump.

* Writing done under the perception of:- - UMNO is biggest Malay – based political party - PAS come in second. - PKR comes in third. - Malay as a biggest majority vote if any party wish to rule a government. - BN as current and for the last 51 years ruler coalition. - PR as a current alternative coalition. After they lose 5 states and some of the crucial parliament’s seats since March 08, UMNO seems holding it back for a while and quite busy to strategize themselves on the following issue:- - Intra-party defeated Cause and effect analysis. - Sensitive keynotes among BN components. - Negative public perception on country’s mismanagement. - Rising the domestic petrol price from RM 1.92 to RM 2.70 - Overthrown attempt by PR in September 08. - Permatang Pauh by Election. - UMNO leadership election in Dec 08, which later postponed to March 09. - Power and presidency transition. And, how they strategize? By doing this I supposed:- - Constantly questioned the PR 5 states administrations and make sure it was well-informed to the public. - Proposed to tighten Malaysian community unity from the primary schools by using only Bahasa Melayu, which manage to silent all sensitive demand from BN and non-BN pressure group. - Constantly questioned PAS and most of the PKR Malay leader stands and comments, in any Malay’s unity and privilege right related issue. - And any stands and comments released by PAS and Malay PKR leader will customized either they are in-line with the greater good of Malay majority or against them. - Constantly pictured the PR as a fragile coalition. - Shows that UMNO have a rocky intra-party relation but all are under control. Result? If we excluded the gloomy economical factor in 2009, now we’re able to see UMNO, PAS, PKR Malay leader have been quite busy to prove themselves to the public and convinced the public again. UMNO/BN (as Power Competitors) will not stop to strategize to bring down the PR, as same as PR never stop to bring down BN for the last 10 years since 1998 political fiasco. Hopefully PR coalition stays focus on delivering all expectations given to them before March 08 and handles the political pressure wisely. Result will speak by itself, and PR should know this before it’s all too late. For BN though, they should try harder to make things better than before, and ease the current uneasy perception felt by the public, not focusing on putting a huge hurdle to a group of people who willingly to offer something better than what they’ve offering now. We knew this is politic after all, and that is the game. But, who plays better? Hold back my friends, time will tell.

Politik Pembangunan / Politik Keinsanan.

Secara kasar dan peribadinya, biarlah kita katakan cara-cara berpolitik yang sedang bergetar dalam negara kita ini, sejak 52 tahun yang lalu, adalah politik pembangunan dan politik keinsanan. Walaupun banyak cara-cara berpolitik yang lain untuk ke puncak kuasa, namun yang dominan di negeri ini adalah politik yang dua ini.
Ada bermacam-macam cara untuk berpolitik. Antaranya, politik peperangan, pecah-perentah, ber-kenegaraan dan ber-kebangsaan. Secara umumnya, cara-cara berpolitik bergantung kepada kumpulan majoriti dan tahap kesepakatan sasaran politik itu sendiri.
Politik keilmuan belum ada lagi. Mahu belajar ilmu politik banyak. Mahu belajar ilmu sepak-terajang politik lagi banyak.
Jika kita ambil negeri kita contohnya, komposisi majoritinya adalah kaum dan kehendak. Keharmonian antara kaum-kaum mestilah selari dengan kehendak-kehendak kaum-kaum tersebut. Ini syaratnya, dan inilah peraturannya. Suka atau tidak, kenalah terima. Kita boleh mempersoalkan hal-hal sampingan, tetapi inilah persoalan-persoalan pokok yang menyelesaikan banyak perkara jika ditangani dengan betul.
Ah, sudah kehabisan masa. Untuk itu, di lain masa, kita bicara lagi.

Gaza Di Palestina / Pengkhianatan / Negara Arab

Dalam letupan, darah, dan airmata Gaza, sukar bagi kita untuk memikirkan:- - Apa lagi yang terdaya oleh kita selain daripada berdoa, menyumbang dan memboikot. - Kenapa Negara Arab tidak berdaya membuat sesuatu yang lebih baik untuk Palestina, - Sekurang-kurangnya melakukan sekadar apa yang kita harapkan? Kenapa? - Kerana kita merasakan Negara Arab itu mampu. - Kalau tidak kerana ketenteraannya, sekurang-kurangnya secara ekonominya dan dengan kekayaan hasil mahsulnya.
Katakan berhujah keranan mereka masih lagi 'lumpuh' dek kerana jatuhnya kerajaan Islam Uthmaniah dulu, hinggakan sampai sekarang pun sukar berdamai dan memilih untuk hidup sendiri-sendiri., dan katakan kita terima hujah tersebut.
Tetapi, mengapa berlanjutan sampai sekarang? - Adakah permusuhan itu terlalu lama dan mempunyai parut yang dalam? - Hilang teruskah jalan untuk mereka bersatu?
Samada Sekular atau Semi-Sekular, pasti Islam yang akan dijunjung. atas nama Islam pun mereka masih berdalih, apa lagi yang boleh kita harapkan mereka dengan pengkhianatan ini?
Mereka sepertinya meminta-minta untuk diturunkan bala kepada diri mereka sendiri.

P36 / Kuala Terengganu / Enemy To My Enemy, Is My Friend

Katakanlah Begini;
Musuh politik UMNO dulu,kini dan janganlah kita harapkan selamanya: PAS Musuh politik UMNO kini (Selepas Pak Lah di takhta kuasa): Tun M Musuh Politik UMNO Dulu, 1998-1999 (Masihkah Kau Ingat?): Anwar Ibrahim.
Musuh Politik PAS dulu,kini dan janganlah kita harapkan selamanya: UMNO Musuh politik PAS kini (Selepas Pak Lah di takhta kuasa): UMNO Musuh Politik PAS Dulu, 1998-1999 (Masihkah Kau Ingat?): UMNO
Jika prinsip 'enemy to my enemy, is my friend' di ambilkira, makanya:-
- PAS is a friend to Anwar Ibrahim and Tun. M. - They have joined the bandwagon. - Current PM only stir-up the mess. - UMNO in some way, manage to create a creeping enemy for themselves. - PAS always have one and steady enemy. - PAS significantly is a strong platform for UMNO new-born enemy. - PAS is the one who always got caught in between, repeatedly. - And, I'm personally hope PAS should know this better.

P36 / Kuala Terengganu / Lagu Lama / Nafas Baru

Apa yang kita fikirkan bila mendengar satu orang/kumpulan yang menggubah lagu lama samada internasional dan tempatan sehingga mereka sanggup memberi nafas baru kepada lagu tersebut? Contohnya apa yang dinamakan gubahan semula, featuring, re-pakej dan remix? antara spektrum persepsinya ialah:-
- Lagu itu merupakan inspirasi dan mempunyai daya pengaruh yang kuat. - Keyakinan akan keupayaan menghasilkan sesuatu yang lebih baik daripada versi asal. - Satu bentuk pernyataan (statement), keinginan (desire), dan perjuangan (struggle) agar lagu lama itu terus relevan. - Jalan pintas untuk mendapat publisiti atau pengenalan (recognition) dalam masa singkat dan memperoleh manfaat daripadanya. - Meraih sokongan baru daripada peminat lama dan baru.
Jika spektrum persepsi ini diambilkira, ada baiknya kita luaskan spektrum ini kepada politikal Propaganda dalam konteks tempatan semasa, yang mana majlis resepsinya kita nanti-nantikan, iaitu Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu (Jan 09) . Jika kita luangkan masa untuk meneliti semua ini, pastinya kita akan mendengar lagu-lagu lama ini diputarkan balik dengan nafas baru yang lebih tajam dan agresif, bergantung betapa rapatnya kita dengan berita-berita politik dan sumber berita-berita politik tersebut.
Sebagai contoh mudah dan murah, UMNO nampak gayanya tidak menunggu lama untuk melancarkan album re-pakej mereka, sehingga kadang-kadang lagu-lagu lama PAS pun dimasukkan sekali dalam album tersebut. Dan, ini menimbulkan persoalan adakah PAS juga sedang merancang mendendangkan lagu lama mereka?
Ada baiknya kita mengenal perbezaan jelas dalam istiqomah pilihanraya dan istiqomah perjuangan. Jika kita sedikit terbuka dan sedikit berfikir, barangkali tidak sukar kita membezakan yang mana istiqomah pilihanraya dan mana pula istiqomah perjuangan. Bukanlah bermaksud untuk mengutuk UMNO itu terlalu buruk perlakuannya, cuma strategi mereka boleh diagak (predictable) dan pasti terhidu kepentingan-kepentingan pihak tertentu (yang bakal bertanding Mac 09), dan bukanlah juga bermaksud untuk mengatakan PAS itu terlalu baik, cuma dalam PAS itu ada majlis musyawarrah yang aku fikir pasti memberatkan kepentingan jemaah dari kepentingan peribadi. Wallahu'alam.
Perbezaan pendapat itu biasa, dan kita sepatutnya menerima perbezaan pendapat itu secara sihat dan dengan berlapang dada. Cuma dasar yang menyebabkan kita berbeza pendapat itu yang penting. Samada kita berbeza, berpatah arang dan berkerat rotan demi kepentingan kita sendiri atau untuk semua saudara muslim kita.
Saudara muslim yang aku maksudkan melangkau jauh daripada definisi kaum kerabat siapa, bangsa apa dan sempadan negara mana, iaitu saudara-saudara muslim kita yang mengucap kalimah syahadah seluruhnya.

Tentang Cinta

Cinta. Katanya ikatan kasih sayang. Antara dia dengan si dia yang lain. Katanya perasaan yang itu terpendam. Terlindung dan sukar dimengerti oleh mana yang tidak merasa, jelas dan faham bagi mana yang merasa. Bagi yang tidak merasa, semuanya tak tercapai akal, manakala bagi yang merasa semuanya tepat dan bermakna.

T.Alias Taib mengibaratkan cinta itu api kerinduan yang menyala-nyala didalam hati dan terpancar ke mata. Kehangatannya terasa di mana-mana.

Usman Awang mengibaratkan cinta itu syurga ilusi, yang bisa sahaja terpadam oleh realiti.

P.Ramlee kata cinta itu irama dan lagu, tak terpisah lagi. Bagi yang kesampaian, kebahagiaan terpercik ke merata bahagian. Bagi cinta yang tak kesampaian, yang berkecai-kecai itu tinggal kenangan.

2009

Selamat datang 2009. Pahit manis, turun naik, suka duka 2008, jadikan pengajaran dan iktibar.
Barang yang lepas usah dikenang, jika dikenang merosak jiwa. Setiap jiwa yang aku ketemu sepanjang 365 hari 2008 masihi ini;
Pertemuan berlaku
di penjuru matamu
yang ungu
lalu membiru
Pertemuan berlalu
di penjuru dadaku
yang sayu
lalu terharu
T.Alias Talib Kuala Terengganu, 1974

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...