dupavisitometer

Siakap Tapah Gelama Ikan Duri Banyak Rasuah Baru Boleh Jadi Menteri

Kalau berbohong, memang sudah jadi mainan orang politik. Secara lazimnya , mereka ini opprtunis. Apakah dia opportunis? Opportunis ialah orang yang suka mengambil peluang walaupun peluang itu terbuka untuk orang lain, semata-mata untuk keuntungan dirinya sendiri. Kalau dalam ekonomi, macam kapitalis.
Sebagai orang politik, taktik menggunakan helah, cakap panjang-panjang sampai hilang awal punca dan akhir kalam adalah antara cara-cara resepsi yang efektif. Penafian akan dibuat dengan begitu keras, dan jika kebenaran terselah menikus seribu bahasa. Maka benarlah juga dalam puisi 'Melayu' karya gemulah Usman Awang yang terkenal itu. Apa katanya? Katanya,
Melayu itu berani kerana Salah Melayu itu takut kerana benar
Itulah lumrahnya. Bagi yang cerdik sikit, minta dibuat kajian, tunggu hasil laporan, minta pendapat, tunggu arahan ketua, tunggu nasihat mufti, tunggu fatwa ulama', tunggu hari raya, tunggu lepas umrah, tunggu anak kahwin, tunggu nak pegi haji, tunggu nak buat derma amal.
Hipokrasi tahap tertinggi.
Kelmarin, selasa 17 Mac sekali lagi menunjukkan indeks rasuah di Malaysia ini sudah kritikal. Sudah berakar-umbi (sebab yang kena rasuah adalah akar-umbi) dan tidak boleh dipulihkan. Sayang, walau sudah diingatkan berkali-kali, rasuah ini perosak bangsa, mengapa ada juga yang mengamalkannya.

2 comments:

besi said...

kat awani semalam...senior hang ada cakap...rasuah itu haram...tidak kira apa bentuk pun..
pemimpin yg rasuah mestilah ditolak
oleh perwakilan....Datuk seri DR Zahid Hamidi...

Ras Raka said...

Betullah yang dia ckp tu. Tapi kena kat orang lain boleh la ckp. kalu kena kat batang hidung sendiri?

Pandai-pandailah bawa diri atau guna hikmat alam semesta peringkat ke lapan.

Tak kena, bolehla tepuk tangan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...