dupavisitometer

AF7 & Pakej Stimulus Ekonomi 09: Berusaha Untuk Yang Menjadi Yang Terbaik

Maaf, siri-siri AF (Akademi Fantasia) ini sampai sekarang masih diikut orang walaupun nyata ia hanya konsisten menghasilkan hampas industri hiburan sekangkang kera ini. Mungkin khalayak tv negara ini yang memang mudah dipuaskan. Lihat sahaja sinetron-sinetron hampas dari Indon. menonton promonya sahaja sudah boleh meloyakan tekak. Entah, lain padang lain belalang, lain orang lain pula bangang-nya.
Namun, AF itu memang sudah menjadi konsepnya untuk 'buat yang terbaik' hingga ungkapan itu sudah jadi klise, dan mungkin ya, peserta-pesertanya memang bersungguh-sungguh didalam AF.
Bersungguh-sungguh untuk menjadi hampas.
Begitu juga dengan pakej stimulus yang diumumkan tadi. Dengarnya 60 Billion. Atas sebab kekangan masa, aku belum ada kesempatan untuk mengulas. Mungkin sedikit masa lagi. Namun, aku percaya, semua perancangan itu dilakukan untuk mencari yang terbaik dan kesenangan dan keselamatan rakyat terbanyak. Kita tidak boleh selamanya prejudis dengan kerajaan dan harus menyokong dan sama-sama mengembleng daya fikiran untuk menjayakannya.
Namun, sejak-sejak akhir ini, keputusan-keputusan kerajaan amatlah mengecewakan.
Lihat sahaja bagaimana ia menangani krisis kenaikan harga minyak dunia dan juga isu-isu politik sosial kini. Boleh lemah semangat dibuatnya. Isu politik itu bila-bila manapun jauh lebih senang kalau nak dibandingkan dengan isu-isu ekonomi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...