| By : Abaidullah ( Gabungan Rakyat Malaysia New Zealand) |
Kami rakyat Malaysia yang berada di New Zealand pada masa ini berasa amat terkejut dengan cara Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia serta barisan Kabinetnya menangani isu BERSIH pada 9 Julai yang lalu. Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara dan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan ugama kami dengan ini membantah sekeras-kerasnya cara Kerajaan Malaysia berhadapan dengan isu BERSIH. Kami sedih mendengar Kerajaan Malaysia yang sanggup membunuh dan mencederakan rakyatnya sendiri. Kami membantah perbuatan kejam ini kerana kami sayang negara dan seluruh rakyat Malaysia.
Ramai rakyat New Zealand yang menumpang marah kepada YAB Perdana Menteri serta barisan Menteri Kabinet kerana memberi arahan kepada Polis untuk melakukan perbuatan kejam terhadap rakyat sendiri. Imej baik Malaysia di luar negara kini merosot teruk akibat tindakan kejam YAB Perdana Menteri, Kabinet dan Polis Malaysia. Betapa ruginya rakyat Malaysia kerana mempunyai Perdana Menteri dan barisan Kabinet yang tidak sayangkan rakyat sendiri. Mereka hanya sayang rakyat pada waktu pilihanraya sahaja. Jelas sekali sayang palsu yang dibuat-buat hanya untuk memenangi pilihanraya. Selepas mendapat kuasa mereka membunuh dan mencederakan rakyat yang telah memberi mereka kuasa.
YAB Perdana Menteri, Kabinet dan Polis tidak perlu berperang dengan rakyat sendiri. Mereka tidak perlu menggunakan belantan atau gas pemedih mata atau water canon. Mereka tidak perlu menggunakan air berasid atau penumbuk atau penampar terhadap rakyat. Mereka hanya perlu sekeping hati bersih yang dilimpahi perasaan kasih sayang terhadap rakyat. Hati yang bersih akan memimpin fikiran dan seluruh anggota untuk bertindak secara waras dan bukan bertindak kejam. Tugas kami sebagai rakyat Malaysia ialah menashat YAB Perdana Menteri Malaysia, Kabinet dan Polis supaya menunjukkan sifat kasih sayang terhadap rakyat Malaysia.
Kasih sayang tidak boleh dibina di atas darah yang mengalir. Kasih sayang tidak boleh dibina di atas pembunuhan rakyat. Kasih sayang tidak boleh dibina di atas kecederaan rakyat. Kasih sayang tidak boleh dibina di atas kesakitan rakyat. Hanya kebencian dan dendam sahaja yang ada. Betapa ruginya YAB Perdana Menteri Malaysia kerana membeli kebencian dan menjual kasih sayang. Mungkin nasihat ini sudah terlambat untuk YAB Perdana Menteri Malaysia dan barisan Kabinetnya kerana terlanjur perahu boleh diundur tapi kalau terlanjur perbuatan amat buruk padahnya.
Sebelum ini kami rakyat Malaysia di New Zealand berasa tidak perlu memberi nasihat kepada YAB Perdana Menteri dan Kabinet yang mewakili kerajaan Malaysia kerana kerajaan Malaysia nampaknya mahu melakukan perubahan positif demi kemajuan Malaysia. Namun begitu cara kerajaan Malaysia menangani isu BERSIH amat memalukan kami sebagai rakyat Malaysia yang berada di luar negara. Kerajaan Malaysia adalah wakil kami dan cermin kami walau pun di pelusuk dunia mana kami berada. Jadi setiap salah laku kerajaan akan memberi kesan negatif pada kami sebagai rakyat Malaysia di luar negara. Membunuh dan mencederakan rakyat sendiri adalah amat memalukan.
|
dupavisitometer
Mengapa kejam pada rakyat sendiri
tembak tear gas ke hospital: kerana mulut badan binasa, low
yang terlepas cakap, terlepaslah sudah. belum apa-apa, tak tau hujung pangkal, dah buat penafian. sedang di zaman FB dan youtube ini, setiap patah kata penipuan, mungkin akan memakan tuannya kembali.
didalam insiden menembak tear gas ke hospital tung shing, menteri low secara confidentnya menyatakan tiada tembakan dilakukan secara terus ke premis hospital, atau lebih kurang begitulah kenyataannya sebagai quick response pasal event bersih 709.
tetapi, semalam, sekumpulan doktor antaranya Dr. Johari Bux membuat joint statement dengan doktor-doktor hospital tung shin yang lain yang mengesahkan bahawa memang terdapat tembakan tear gas secara tepat ke premis hospital.
makanya, kenyataan dan kesimpulan awal low itu dilihat sebagai satu kenyataan yang bangang, tergopoh-gapah dan lebih kepada aksi menjilat dan mengampu dari nak memberikan maklumat yang tepat kepada rakyat.
sebagai maklumbalas terhadap joint statement para doktor tersebut, low hari ini mengarahkan satu kajian atau siasatan penuh dilakukan berkaitan perkara tersebut.
menteri low kelihatannya sudah tidak begitu confident untuk memberikan response jika dibandingkan dengan kenyataan awal sehari sebelumnya.
sebagai maklumbalas terhadap joint statement para doktor tersebut, low hari ini mengarahkan satu kajian atau siasatan penuh dilakukan berkaitan perkara tersebut.
menteri low kelihatannya sudah tidak begitu confident untuk memberikan response jika dibandingkan dengan kenyataan awal sehari sebelumnya.
berikutan joint statement itu juga, KPN telah memberikan assurance bahawasanya mana-mana anggota yang tidak mengikut SOP dalam menangani illegal assembly akan dikenakan tindakan, memetik sumber berita buletin utama 14/07/2011.
kenytaan ini telah menimbulkan persoalan dikalangan masyarakat awam bahawa memang ada terdapatkah anggota yang tidak mengikut SOP?
Sub - Bersih
nampaknya, cerita bersih masih lagi hangat dan membakar netizens. banyak pengalaman - pengalaman peserta bersih yang dinukilkan untuk tatapan bersama, yang menghancurkan tembok kecurigaan masyarakat majmuk malaysia yang disiarkan dalam internet ini. apa yang hendak dipelikkan, sebab ini zaman internet, mana yang tak sah, boleh disahkan, mana yang sah boleh dipersoalkan, tanpa batasan.
dan, inilah para-para mamat-mamat sensitif putrajaya kena perhati elok-elok.
dan, sesungguhnya amat kesallah dengan propaganda-propaganda media-media perdana belaan yang semakin mengamalkan directive information, dengan memaparkan berita-berita dan analisis yang selektif dan berupa kosmetik untuk mebaikkanpulih rupa yang buruk. itu tidak mengapalah, tetapi dengan memetik dari sumber yang separa fasik, yang makan upah, serta para pengkhianat, itu terlebihlah sudah.
mereka, sudah jauh menyimpang dari tanggungjawab dan aspirasi rakyat. mereka menafikan hak maklumat dan berita yang bebas, seimbang dan bertanggungjawab.
mana mungkin berita sumbernya dari seorang yang diupah? dan mengapa mengambilkira pendapat dan analisis dari pemimpin yang tidak bertanggungjawab, yang khianat dengan amanah rakyat, yang bacul untuk turun dari kerusi yang dimenangi atas nama parti, bukan atas namanya sendiri, yang membusuk hingga ke tulang.
akhirnya, yang paling malang, sedang rakyat marhaen mengikat perut dengan belanja kelengkapan yang meninggi, mereka masih boleh lagi memebeli cincin bernilai 25 juta!!
bukalah mata hatimu wahai para marhaen.
bersih
Akhirnya, dengan sebegitu banyak songeh kiri dan kanan, kuning dan merah, bersih datang juga ke kuala lumpur. memang banyak teka dan teki, sama banyak dengan dakwa dan dakwi. banyak kalau dan begitu juga dengan jika. kalau begitu, bolehlah begini. jika begitu, beginilah kita.
namun, semuanya telah menyampaikan mesej dengan jelas pada lawan masing-masing.
yang disekat untuk turun, akhirnya turun dengan jumlah yang boleh dikira lumayan. dari pandangan mata dah nampak yang berhimpun tu dah lebih 5,000 orang. janganlah terlalu daif dalam berfikir, dan janganlah terlalu mengamalkan sikap denial, tak bagus untuk kesihatan. yang disekat telah melontarkan mesej yang keras bahawasanya, mana yang ditakrifkan sebagai hak kami, akan kami tuntut.
dan pihak yang menyekat, juga telah menghantar mesej yang jelas, bahawa, ini bukan caranya, dan ini juga bukan lagak seorang rakyat yang bertanggungjawab. kita sudah punya saluran, jadi gunakanlah saluran tersebut. jika terdapat kelemahan disana-sini, sama-samalah kita memperbaikinya. namun, tiada kompromi jika kamu melanggar batasan. baru nak langgar pun dah kena.
adakah ini senario bermasyarakat terkini?
17717
Pilihanraya Masjid Dan Keasyikan Utusan Komen Pasal PAS
Sehari dua yang lalu, DAP Penang keluar idea yang sangat radikal. pilihanraya masjid. Wah, ini sesuatu yang baru, sedang rakyat masih lagi terkial-kial nak biasakan dengan struktur kempen dan mengundi dalam PRU. mahasiswa pun sama, nama saja mahasiswa, banyak yang bengong pasal pilihanraya universiti.
Utusan, seperti biasanya dengan penuh bangang menyiarkan komen-komen defensif bagi orang-orang yang pasif pasal hidup bermasyarakat. belum tahu hujung pangkal, dah kata akan melaga-lagakan kariah. tolong jangan samakan minda kariah dengan minda UMNO korang ok. minda UMNO korang tu memang penuh dengan opportunis, dengki mendengki, rasuah, dan politik wang. yang orang yang mengamal sahaja yang beria-ia benar menuduh. taktik serkap jarang ni dah biasa sangat dah penang tu. apasal duku masa kho soo kun tu memerentah, korang menikus dan tido pasal isu melayu? sebab dulu makan cukup sekarang dah cukup? padan muka.
Namun begitu, usaha kerajaan DAP Penang itu sekali pikir elok, dua kali pikir tak payah pun takpa. sebab dalam islam ni, bukan siapa AJK masjid yang penting, yang penting jemaah tu penuh jer sepanjang masa, bukan terhad kepada hari juma'at sahaja. segala usaha dan belanja untuk menjayakan pilihanraya masjid eloklah disalurkan ke-tempat lain dan ke-tempat yang memerlukan. aku tengok pengemis kat penang tu bangsa cina pun ada, satu pemandangan yang sangat-sangat 'rare' kat K.L ni.
dan, terlanjur aku mengutuk surat-khabar berat sebelah yang bikin otak aku kebas, Utusan, aku nak sangat menasihatkan para-para jurnalis, ketua editor dan sesiapa sahaja yang berkenaan yang kerja kat sana, korang tak geli ke komen pasal PAS? cukuplah PAS dengan harakahnya, yang korang nak jadi sisi gelap harakah apasal. macam spiderman, harakah tu spiderman merah, korang spiderman hitam. slogan korang pencetus apa ntah, so korang teruskanlah jadi pencetus. bukan tukang buat fitnah dan verita karut dan analisis karut.
bukan standard korang tu. tu standard blogger, facebook, bukan korang.
korang orang bayar la untuk baca, bukan baca free. jadi standard kena tinggi sikit. apasal takda cerita pasal UMNO? UMNO dan lumpuh takda cerita ke? takpun cerita nurjazlan pengerusi UDA pun ok maa. banyak UMNO penang nak tumpang komen.
adios, amigoes.(17566)
Satu Orang 7 Batang Pokok, 1 juta orang makanya kita ada 7 juta pokok
ada dengar berita bengong dari buletin utama tv3 pukul 835 malam tadi. re-cap balik, ada saranan yang baik dan mulia tetapi sedikit bengong. sebab, suruh orang tanam pokok untuk menghijaukan k.l yang pada ketika ini nisbah serapan karbon hanya pada kadar 1.5%.
untuk hijau nyaman, kita perlu nisbah 25%. nisbah 25% hanya akan ada apabila ada 7 juta pokok, dan sebagai idea mudah, satu orang kena tanam 7 batang pokok.
sudah kira ke berapa orang yang duduk dekat rumah yang tiada tanah? yang duduk apartment, yang duduk flat. kat mana nak tanam tu? atas bumbung? lagi satu, kalau nak k.l sejuk, kurangkan kereta, tingkatkan sistem public transport.
main sedap ajer suruh orang tanam pokok, lain kali tengok dulu praktikal ke tidak. lagi satu, jangan sedap sangat potong bukit jalan duta tu sampai botak.
PRU 13 Dan PAS
bagi yang ketinggalan, PAS baru sahaja selesai sessi pemilihan pucuk pimpinan parti. Seperti biasa, keputusannya memuaskan hati semua pihak, sebab yang kalah & menang sebagaimana 'spectators' mintak, contohnya husam menang, mat sabu menang, dan nasha kalah.
sebab nasha kalah, orang luar yang berbunyi. dan kalau nasha menang, orang dalam pulak yang berbunyi. entahlah, semuanya gara-gara dikhabarkan tindakan nasha yang dikatakan setelah menyelinap ke kelambu musuh, mimpi nasha selalunya tidak sehaluan dengan hasrat akar-umbi PAS. entahlah, kata orang, aku ikutkan sahaja.
inilah barisan yang akan membawa PAS ke putrajaya, sekiranya PRU 13 itu telus dan bermaruah, ikut kata tok guru nik aziz. strategi PAS kali ini lain, strateginya modified slogan negara islam kepada negara berkebajikan. ikut kata Mat Sabu, slogan itu sesuai dengan fokus PAS untuk menjinakkah bukan islam kepada Islam, dan PAS.
Sebab, kalau Ameno betul-betul buat, PAS dah tak payahlah buat. kita ambil kira mudah macam tu lah. kalau ameno buat, apa susah-susah PAS nak jadi pembangkang atau yang sebelah sana.
kata Husam, dia di timur, mahfuz di utara, salehuddin di selatan, dan mat sabu di barat. macam ada pelan tindakan lengkap. ameno apa khabar? banyak lagi masalah dalaman dan dengki-dengki ketua cawangan yang belom selesai. standardlah parti melayu tegar, kalu takda dengki memang tak sah.
moga, ameno makin kurang kerusi dalam PRU13 ni, dan PAS makin banyak menang. bukan apa, tukar pada kedua terbesar pun apa salahnya? kalau kedua terbesar ni tak ok 5 tahun memerentah, kita tukarlah. kad pengenalan 4 ke 5 kali tukar boleh, inikan pula pemerentah politik.
lainlah kalu sistem demokrasi ni diperkenalkan hanya boleh mengundi sekali sahaja seumur hidup, itu cerita lain, tapi ini tidak, setiap 5 tahun boleh tukar maa. kalau teruk sangat pun, 5 tahun jer. better dari kena tipu / songlap sampai 50 tahun. ada faham ka bhai?
GULA YANG STRESS
14/05/2011
Gula dah pun naik. Tahun depan makin kurang bebeh. KurAng gula kurang diabietec. Tapi pak menteri masih makan Di hotel-hotel?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Gula dah pun naik. Tahun depan makin kurang bebeh. KurAng gula kurang diabietec. Tapi pak menteri masih makan Di hotel-hotel?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Subscribe to:
Posts (Atom)