dupavisitometer

menteri nkra yang tak tahu apa yang dia 'nkra'kan

*puad zarkashi pun join sekali dalam berita seram ini

notes:-

tsu koon adalah menteri nkra. menteri yang jaga prestasi menteri-menteri yang jaga kementerian. setiap kementerian ada nkra. nkra ekonomilah, keselamatanlah dan pelbagai mak nenek lagi hantu yang bernama nkra ini.

jadi, apabila seorang menteri yang sepatutnya memantau 'prestasi' selalunya kewangan dan pencapaian qualitatif (yang boleh ukur) sesebuah kemeterian pun 'have no idea' dengan salah belanja dan salah beli kementerian-kementerian yang dia patut pantau, kita mungkin boleh membeikan pandangan yang pelik tentang bagaimana kementerian-kementerian ini membelanjakan peruntukan yang diberikan. 

memang sedikit lawak apabila tsu koon sendiri minta sprm pula yang siasat, sebab 'first layer of checking' seharusnya tsu koonlah yang memantau. 

adakah audit negara audit benda yang tidak didalam nkra kementerian? itu lagi pelik.sekadar bertanya. 

sumber: utusan 31/10/11 "elak tanggapan negatif"

palestine kini ahli unesco


palestine secara rasminya diterima menjadi ahli unesco. palestine, dalam usahanya mendapatkan pengiktirafan sebagai sebuah negara di PBB, telah mendapat sebanyak undi sebanyak 107 menyokong, 14 menetang dan 52 berkecuali. keseluruhannya berjumlah 173 undi, dan palestine memerlukan sekurang-kurangnya 81 undi untuk diterima menjadi ahli unesco.

namun begitu, seperti yang dijangkakan, keputusan ini mendapat tentangan awal daripada israel laknatullah dan proksinya, amerika syarikat. telah tedapat suara sumbang dari amerika bahawa unesco bakal kehilangan 22% nilai tajaan daripada amerika yang berjumlah USD 80 juta untuk agensi tersebut. amerika juga telah menyuarakan kebimbangan bahawa pelan damai israel-palestine mungkin akan menemui jalan buntu sekali lagi. 

israel diterima masuk menjadi ahli unesco pada 1949, setahun selepas pencerobohan terhadap tanah shuhada palestine. dilucutkan keahlian oleh unesco pada tahun 1974, atas tuduhan menghancurkan historical sites di baitulmuqaddis namun keahlian tersebut diperbaharui pada tahun 1977, selepas proksinya, amerika mengugut untuk menarikbalik tajaan bernilai USD 40 juta terhadap agensi tersebut.

palestine kini menumpukan usaha untuk mendapatkan keahlian PBB dan Majlis keselamatan PBB. Palestine, yang kini menjadi ahli UNESCO berhasrat supaya monument penting yang merupakan hak palestine diiktiraf sebagai world heritage, supaya monumen - monumen ini tidak lagi dikawalselia secara bersenjata oleh israel. 

Semoga palestine berjaya mendapatkan mendapatkan keahlian PPB dan majlis keselamatan PBB. berharap sangat pak sheikh-pak sheikh arab yang kayo gilo boleh payung unesco lebih sikit supaya amerika hilang taring dengan USD 80 jutanya itu.


Sumber:-

Wiki : UNESCO
Khaleej Time: Palestine becomes UNESCO Member
voice of america: UNESCO grants Palestine full membership
(302)

manusia ke 7 biliun


mengikut registrar united nations (UN), bayi diatas mungkin adalah penduduk bumi yang ke 7 biliun, selain baby yang diberikan nama nargis yang dilahirkan di lucknow, uttar pradesh, India. samada filipina atau india tidak penting, yang penting populasi bumi sekarang, mulai 31 oct 2011 sudah mencecah 7 biliun manusia.

manusia yang 6 biliun adalah Adnan Mevic, seorang bayi berketurunan bosnia yang dilahirkan pada 12 oct 1999, dalam tempoh 11 tahun, penduduk dunia sudah bertambah 1 biliun orang. 

inilah yang menjadi keresahan setiausaha agung UN, ban ki moon kerana menurutnya, ia bukan sekadar nombor, ianya berkaitan dengan manusia.

menurut ban ki moon lagi, dimana dan bilaman pun dia dilahirkan, yang pastinya dia telah lahir ke dalam dunia yang penuh pancaroba dan penuh kontradik. begitu banyak makanan, tetapi masih banyak yang tidur dalam kelaparan, begitu banyak yang hidup bermewah-mewahan, tetapi begitu banyak juga yang hidup melarat, katanya. 

kata ban lagi, 7 biliun orang yang memmerlukan makanan yang cukup. bekalan tenaga yang cukup. peluang yang seimbang untuk pendidikan dan peluang pekerjaan. jaminan hak dan kebebasan. kebebasan bersuara. kebebasan dan hak untuk membesarkan anak-anak mereka dalam suasana yang aman dan selamat.

secara mudahnya, apa yang anda mahukan yang terbaik untuk diri anda - gandakan 7 biliun kali. 



Sumber: Khaleej Time - AFP - "World Population Reaches 7 Billion" (96).

(84) maybe he's next


presiden syria, bashar al-assad yang kini menghadapi pemberontakan rakyat yang bangun berikutan mood revolusi tunisia, mesir dan libya, mengingatkan kuasa barat 'westerner' bahawa sebarang campur tangan dalam politik domestik syria akan menyebabkan 'gempa' di rantau middle east. 

ini disebabkan oleh, menurut bashar, syria adala sebuah negara yang mempunyai lanskap politik serta sejarah yang berlainan dengan mesir, tunisia dan libya.juga, faktor syiria merupakan hub ekonomi middle east juga perlu diambilkira, dan westerner barangkali tidak mahu melihat sebuah lagi afghanistan dilahirkan di tengah-tengah middle east.

rakyat syria yang telah bangun menentang kerajaan pimpinan bashar dikatakan telah meningkat tekanan, dan seramai 50 orang awam telah menjadi mangsa dalam tempoh 48 jam ini.

bashar al-assad telah berkuasa selama 11 tahun (2000-hingga kini) dengan mewarisi permerintahan bapanya, hafez al-assad yang sebelum itu memerintah syria selama 29 tahun (1971-2000). bahsar al-assad mewarisi perjuangan domestik bapanya menentang ikhawnul muslimin sejak 1950, dan dia berkata akan terus menyambung perjuangan bapanya itu.

bashar al-assad telah menghalang media antarabangsa memasuki syria sejak tercetusnya pemberontakan rakyat tersebut. 

sumber: Syria's Assad warns Western powers

serba ringkas: pas, umno dan pkr

pas

selepas pru 12, pas makin mendapat tempat. mungkin sebab dalam PR, namun sokongan bukan islam semakin menarik. pas ada kelantan sejak 1990. ada tok guru nik aziz. namun selalu goncang bila dapat majoriti. ada batu dalam kasut sibuk nak bergabung. sedangkan sebelum ini, umno ingin pun tidak dengan pas. apa yang tidak di kata umno pada pas? golongan professional dan anak muda makin terbuka dengan pas. pas banyak rahsia. safnya rapat. namun, masih kurang konkrit melantun imej di persada antarabangsa. umno nampak liberal, pas masih fundamental. pas banyak sangkut dekat hal remeh temeh. hal yang tak patut masuk media perdana yang akhirnya jadi 'peluru' nak tembak pas balik. pas pun macam tak baik dengan institusi agama negeri. kalau pasal parti tu tak mengapalah, tapi ini pasal Islam, pasal baitulmal, pasal zakat, pasal murtad, pasal nak tolong orang miskin, tidakkah boleh merendah diri sikit, ikut prosedur atau ikut angin institusi negeri cari selesaian terbaik.

 umno

kawan-kwan umno dalam bn cedera teruk dalam pru 12. umno jadi penyelamat. namun, umno semput undi dalam bandar. umno sekarang sudah jadi parti kampung. pimpinan akar umbinya sebelum 2008, sombong nak mampus. jarang turun bertanya khabar rakyat. 2008 banyak umno heavyweight menang sebab undi pos, kemudian kira banyak kali. umno banyak terlepas stronghold. lepas 2008, banyak cendawan ngo bersuara macam umno. ironinya, zaman tun M, ngo jadi pondan. lepas zaman tun m, ngo macam dapat taring. sebagai pemerintah, umno banyak susun think tank cuba serap tekanan ekonomi luar. namun, kronisme, rasuah dalam dan luar umno, persepsinya makin teruk. banyak 'jin-jin komisien' merayau-rayau cari projek, cari 'payment'. dulu pun ada, cuma sekarang makin terang. dan, banyak umno heavyweight persona bikin lumpur palit semua dalam umno. baru macam nak dapat sokongan dengan bermacam transformasi alal optimus prime, nak 'roll out' sana sini, sudah kena pancung dengan puak-puak decepticons dalam umno sendiri. samada sabotaj atau memang suka buat tindakan buduh, tidaklah dapat dipastikan.

  pkr

ini parti multi-racial. ironinya, pkr lagi 1malaysia dari umno dan pas. ini parti bini, anak dan kawan-kawan anwar ibrahim, namun begitu jentera pimpinan yang bukan kawan-kawan, bini dan anak anwar ibrahim boleh terima keadaan ini. kenapa? sifirnya mudah, sebab zaman tun abdullahz hanya pkr hanya ada satu 'seat' sahaja, permatang pauh. lepas 2008, pkr macam malik mahu langgar king (umno). satu keadaan yang normal. anwar jadi unsur neutral dalam hubungan pas-dap. tapi, pkr banyak sangat katak tak bermaruah. lompat sana-lompat sini sampai pecah telur. kalau anwar kuat, orang-orangnya tak lompat, kata sesetengah orang. mungkin betul. orang umno pun bising-bising kat luar. head to head dengan anwar, ramai tak sanggup. takut berbuih mulut, mungkin. pkr ada biasan imej umno, imej mca dan imej mic. ini tidaklah pelik, sebab banyak pimpinan heavyweight pkr asal usulnya dalam kem bn juga. 

p/s: itulah serba ringkas. sebab 'feel'nya sekarang macam tiap-tiap hari nak PRU 13. suis je tak tekan lagi. 

light painting (khat)

sila klik (blog serious - obefiend) untuk lebih banyak gambar dan maklumat pasal hasil seni kreatif ini.


 

madah pembinasa by valossa vicious

aku jumpa 'madah pembinasa' dalam blog valossa vicious (black spiral) yang aku rasa 'fresh' dan ada sentiment. gambar sekadar hiasan dan tidak relevan.

madah pembinasa
by valossa vicious (24 april, 2011)

mulut manis
bibir merah rekah
hati hitam haram jadah.


rambut sama hitam
punggung sama legam
belakang sesama tikam.


berdiri sama tinggi
duduk sama rendah
betina sama kekah


buai laju-laju
sampai pokok sana
apa dalam baju
woi bajukah lagi tu??

elok sangatlah ni, zul nording join ngo racist extremist perkasa

no comment please. they seem are meant for each other.

(news from malaysiakini - Zul Noordin di lantik Naib Presiden PERKASA a.k.a NGO Bangang)

he is bullshitting everbody, especially those in UMNO, he is a human-frog-human transfromer


he also bulshitting his voters in kulim, in the name of .... so i speak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...