dupavisitometer

serba ringkas: pas, umno dan pkr

pas

selepas pru 12, pas makin mendapat tempat. mungkin sebab dalam PR, namun sokongan bukan islam semakin menarik. pas ada kelantan sejak 1990. ada tok guru nik aziz. namun selalu goncang bila dapat majoriti. ada batu dalam kasut sibuk nak bergabung. sedangkan sebelum ini, umno ingin pun tidak dengan pas. apa yang tidak di kata umno pada pas? golongan professional dan anak muda makin terbuka dengan pas. pas banyak rahsia. safnya rapat. namun, masih kurang konkrit melantun imej di persada antarabangsa. umno nampak liberal, pas masih fundamental. pas banyak sangkut dekat hal remeh temeh. hal yang tak patut masuk media perdana yang akhirnya jadi 'peluru' nak tembak pas balik. pas pun macam tak baik dengan institusi agama negeri. kalau pasal parti tu tak mengapalah, tapi ini pasal Islam, pasal baitulmal, pasal zakat, pasal murtad, pasal nak tolong orang miskin, tidakkah boleh merendah diri sikit, ikut prosedur atau ikut angin institusi negeri cari selesaian terbaik.

 umno

kawan-kwan umno dalam bn cedera teruk dalam pru 12. umno jadi penyelamat. namun, umno semput undi dalam bandar. umno sekarang sudah jadi parti kampung. pimpinan akar umbinya sebelum 2008, sombong nak mampus. jarang turun bertanya khabar rakyat. 2008 banyak umno heavyweight menang sebab undi pos, kemudian kira banyak kali. umno banyak terlepas stronghold. lepas 2008, banyak cendawan ngo bersuara macam umno. ironinya, zaman tun M, ngo jadi pondan. lepas zaman tun m, ngo macam dapat taring. sebagai pemerintah, umno banyak susun think tank cuba serap tekanan ekonomi luar. namun, kronisme, rasuah dalam dan luar umno, persepsinya makin teruk. banyak 'jin-jin komisien' merayau-rayau cari projek, cari 'payment'. dulu pun ada, cuma sekarang makin terang. dan, banyak umno heavyweight persona bikin lumpur palit semua dalam umno. baru macam nak dapat sokongan dengan bermacam transformasi alal optimus prime, nak 'roll out' sana sini, sudah kena pancung dengan puak-puak decepticons dalam umno sendiri. samada sabotaj atau memang suka buat tindakan buduh, tidaklah dapat dipastikan.

  pkr

ini parti multi-racial. ironinya, pkr lagi 1malaysia dari umno dan pas. ini parti bini, anak dan kawan-kawan anwar ibrahim, namun begitu jentera pimpinan yang bukan kawan-kawan, bini dan anak anwar ibrahim boleh terima keadaan ini. kenapa? sifirnya mudah, sebab zaman tun abdullahz hanya pkr hanya ada satu 'seat' sahaja, permatang pauh. lepas 2008, pkr macam malik mahu langgar king (umno). satu keadaan yang normal. anwar jadi unsur neutral dalam hubungan pas-dap. tapi, pkr banyak sangat katak tak bermaruah. lompat sana-lompat sini sampai pecah telur. kalau anwar kuat, orang-orangnya tak lompat, kata sesetengah orang. mungkin betul. orang umno pun bising-bising kat luar. head to head dengan anwar, ramai tak sanggup. takut berbuih mulut, mungkin. pkr ada biasan imej umno, imej mca dan imej mic. ini tidaklah pelik, sebab banyak pimpinan heavyweight pkr asal usulnya dalam kem bn juga. 

p/s: itulah serba ringkas. sebab 'feel'nya sekarang macam tiap-tiap hari nak PRU 13. suis je tak tekan lagi. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...