dupavisitometer

manusia ke 7 biliun


mengikut registrar united nations (UN), bayi diatas mungkin adalah penduduk bumi yang ke 7 biliun, selain baby yang diberikan nama nargis yang dilahirkan di lucknow, uttar pradesh, India. samada filipina atau india tidak penting, yang penting populasi bumi sekarang, mulai 31 oct 2011 sudah mencecah 7 biliun manusia.

manusia yang 6 biliun adalah Adnan Mevic, seorang bayi berketurunan bosnia yang dilahirkan pada 12 oct 1999, dalam tempoh 11 tahun, penduduk dunia sudah bertambah 1 biliun orang. 

inilah yang menjadi keresahan setiausaha agung UN, ban ki moon kerana menurutnya, ia bukan sekadar nombor, ianya berkaitan dengan manusia.

menurut ban ki moon lagi, dimana dan bilaman pun dia dilahirkan, yang pastinya dia telah lahir ke dalam dunia yang penuh pancaroba dan penuh kontradik. begitu banyak makanan, tetapi masih banyak yang tidur dalam kelaparan, begitu banyak yang hidup bermewah-mewahan, tetapi begitu banyak juga yang hidup melarat, katanya. 

kata ban lagi, 7 biliun orang yang memmerlukan makanan yang cukup. bekalan tenaga yang cukup. peluang yang seimbang untuk pendidikan dan peluang pekerjaan. jaminan hak dan kebebasan. kebebasan bersuara. kebebasan dan hak untuk membesarkan anak-anak mereka dalam suasana yang aman dan selamat.

secara mudahnya, apa yang anda mahukan yang terbaik untuk diri anda - gandakan 7 biliun kali. 



Sumber: Khaleej Time - AFP - "World Population Reaches 7 Billion" (96).

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...