dupavisitometer

palestine kini ahli unesco


palestine secara rasminya diterima menjadi ahli unesco. palestine, dalam usahanya mendapatkan pengiktirafan sebagai sebuah negara di PBB, telah mendapat sebanyak undi sebanyak 107 menyokong, 14 menetang dan 52 berkecuali. keseluruhannya berjumlah 173 undi, dan palestine memerlukan sekurang-kurangnya 81 undi untuk diterima menjadi ahli unesco.

namun begitu, seperti yang dijangkakan, keputusan ini mendapat tentangan awal daripada israel laknatullah dan proksinya, amerika syarikat. telah tedapat suara sumbang dari amerika bahawa unesco bakal kehilangan 22% nilai tajaan daripada amerika yang berjumlah USD 80 juta untuk agensi tersebut. amerika juga telah menyuarakan kebimbangan bahawa pelan damai israel-palestine mungkin akan menemui jalan buntu sekali lagi. 

israel diterima masuk menjadi ahli unesco pada 1949, setahun selepas pencerobohan terhadap tanah shuhada palestine. dilucutkan keahlian oleh unesco pada tahun 1974, atas tuduhan menghancurkan historical sites di baitulmuqaddis namun keahlian tersebut diperbaharui pada tahun 1977, selepas proksinya, amerika mengugut untuk menarikbalik tajaan bernilai USD 40 juta terhadap agensi tersebut.

palestine kini menumpukan usaha untuk mendapatkan keahlian PBB dan Majlis keselamatan PBB. Palestine, yang kini menjadi ahli UNESCO berhasrat supaya monument penting yang merupakan hak palestine diiktiraf sebagai world heritage, supaya monumen - monumen ini tidak lagi dikawalselia secara bersenjata oleh israel. 

Semoga palestine berjaya mendapatkan mendapatkan keahlian PPB dan majlis keselamatan PBB. berharap sangat pak sheikh-pak sheikh arab yang kayo gilo boleh payung unesco lebih sikit supaya amerika hilang taring dengan USD 80 jutanya itu.


Sumber:-

Wiki : UNESCO
Khaleej Time: Palestine becomes UNESCO Member
voice of america: UNESCO grants Palestine full membership
(302)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...