dupavisitometer

Idea Untuk Hidup

Aku pernah dengar orang cakap, kering duit boleh pinjam. Kalau kering idea?
Nak cari mana? Bila kena masanya kita hilang idea, kita akan jadi bangap, lembam, sugul, mandom dan semua-semua yang negatif. Betul, kering idea nak cari mana? nak pinjam kek sapo? kek lombu?
Baik sesiapapun, sentiasalah berdoa, jangan sampai kita terputus idea. Mohon pada tuhan, diberikan cahaya ilham. Kerjakan akal selumat-lumatnya untuk mengerah idea. Idea ini kadang-kadang macam tebu, kena perah, kalau tidak mana datangnya frasa "Brainstorming'? kadang-kadang macam angin, entah dari mana, tiba-tiba datang dan mendamaikan, tanpa pinta, tanpa periksa.
Aku bukan penulis, aku bukan insan seni, jadi idea padaku kurang penting. Di situ silapnya. Idea yang baik, membawa kepada kualiti hidup yang lebih baik. Idea ini adik-beradik kreativiti. kalau tidak, kenapa slogan jenama super PHILIPS "idea's for life"?
Percayalah, kehidupan kita kini bermula dengan idea orang lain yang inginkan hidup yang lebih baik, lebih sempurna dan lebih superior.
P/s: Kaki kelentong lagi banyak idea!

Kerja Itu Ibadah Dan Pengorbanan

Kerja itu Ibadah dan pengorbanan, dan aku mengerti dengan sebenar-benar erti. Kerja itu ibadah, kerna dengan kerja aku itulah aku punya rezeki untuk hidup. Dan, untuk Aidiladha kali ini, kerja ada definisi lain, kerja datang dengan pengorbanan. Aildiladha kali ini aku di Kuala Lumpur. Seorang. Masih lagi terdengar suara ibu yang amat aku rindui dihujung talian, yang memberikan maaf dan 'pelepasan' untuk aku tidak balik ke kampong. Aku: Orang kena standby la mak, lagipun orang bujang, memang kena standby. Mak: Abiss..bujang tak raye ke? cuti ada banyak lagi. Kenapa tak balik. Gaji bukannya dapat lebih pun. Aku: Ish, kerja tu kan ibadah, tanggungjawab. Mak jugak dulu yang ajar, tanggungjawab tu amanah. Lagipun kali ini aje. Kat kampung kan semua dah balik. Mak: Ye la, ye la, kamu aje yang takde. Kalo macam ni, kawin nanti bini kamu tah tahan ke tidak. Aku: Kawin? sapa yang nak kawin? Tak tahan tak payah kawin...Alaa, krismas nanti balik la.Sampai tahun depan. Mak aku faham, aku disini mengejar cita-cita.

Isnin

Bagi sesiapa yang bekerja, yang mencari rejki diatas bumi tuhan ini, yang dikatakan 'periuk nasi', yang dikatakan 'bread & butter', pasti ada rasa malas/jemu/benci/bosan/untuk melangkah ke hari Isnin. Sebab, mulai juma'at malam, sampai ke ahad malam, kita tidak terbeban dengan segala macam perkara yang melibatkan kita rasa benci, iaitu kerja. Kerja kita bukan mudah. Kerja kita ada disiplin, disiplin diri dan disiplin kerja. Kerja kita ada persekitaran, persekitaran emosi-dalaman-luaran kita sebagai individu, dan persekitaran emosi-dalaman-komuniti kerja kita sebagai elemen luaran. Kerja kita ada politik. Samada kita sebagai orang yang menguasai politik itu atau sebagai orang yang dikuasai olehnya. Kerja kita ini juga ada risiko, samada risiko jangkapendek atau risiko jangka panjang. Jangkapendeknya kena jerkah/marah/smash/backhand/dengan bos, dan jangkapanjangnya kena berhenti/buang kerja. Kerja kita juga ekonomi. Datang awal, balik tepat pada masanya. rugi tunggu lama-lama di kantor. Bukan kompeni mau bayar lebih. Semua ini terbeban. Dan dengan ini kita menghukum Isnin sebab Isnin adalah hari/tempoh/masa yang terhampir dengan beban ini dan juma'at merupakan hari terakhir untuk kita pikul beban ini. Selagi hidup, berterusanlah begini. Merungutlah kita, sampai kita mati.

Muay Thai Chaiya


Muay Thai Chaiya- Selain dari aksi Tomoi Chaiya yang berkeletup-keletup mematahkan tangan, kaki, dan tengkuk lawan, filem yang ditayangkan di Thailand 30 Ogos lalu menawarkan sesuatu yang lain. Filem ini meletakkan tomoi atas apapun alirannya, sebagai satu industri, industri hiburan, sukan dan disisi gelap, perjudian dan dunia jenayah bawah tanah.

Kata pengkritik, gerak Tomoi Chaiya yang dipersembahkan dalam filem ini bukan yang asli, seperti mana dalam filem Pahayut, kerana ada gerak-gerak asli lebih ganas dan lebih mencederakan. Gerak kaki Tomoi Chaiya juga jauh lebih kompleks dan mengelirukan berbanding apa yang ditonjolkan dalam filem ini.

Hai, rasanya apa yang ditunjuk dalam filem tu dah cukup ganas, cukup padu dan cukup mengkagum, rupa-rupanya tak cukup lagi.

Cerita ini lebih baik dari Ong-Bak, sebab ada pertarungan dalam gelanggang (by Law) dan pertarungan luar gelanggang (street Law). Gelanggang gelap selalunya diperhati dan disunting sebagai kaki-kaki pukul untuk kumpulan-kumpulan samseng. Disinilah persahabatan tiga sahabat Piak,Pao dan Samor teruji.

Dalam persimpangan yang maha kusut hingga tidak terjumpa jalan pulang.

"Tuan Tol" Dan "Lintah" - Anwar Ridhwan (AR)

Entah kenapa, sisipan Cerpen (Cerita Pendek) Berita Harian, siaran Ahad (9/12/07) menyiarkan dua cerpen karya Anwar Ridhwan, “Tuan Tol” dan “Lintah”. Satu di ruangan sastera dan satu lagi di suratkhabar sisipan. Bagi yang kurang kenal dengan tulisan-tulisan Anwar Ridhwan, cukuplah kalau kita sekadar mengenal “Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman”. Satu novelette pilu seorang “Tok Selampit” yang hidupnya ketagih untuk bercerita yang akhirnya ditolak oleh masyarakat kerana “Tok Selampit” sudah ditinggalkan zaman, tewas dengan suasana baru dan kedahagaan hiburan bentuk baru. Dan apabila dua cerpen sinikal dengan pangkahan-pangkahan halus, refleksi untuk situasi politik-sosial terkini, cerita pendekya kali ini terasa segar dan tidak melebih-lebih. Tidak sarat dengan maklumat, tidak celaru dengan mainan emosi watak yang kadang-kadang banyak bermonolog dari bercerita. Ceritanya ringkas, kehidupan kita sehari-hari yang kadang-kadang terfikir juga aku, ceritanya kalau tidak dari AR sendiri, barangkali ini rakan-rakan terhampir atau masyarakatnya yang terhampir. Cari dan simpanlah keratan cerpen itu, untuk sebagai bukti kebobrokan kita dalam hal rasuah dan perkauman ini rupa-rupanya bukan salah sesiapa, tapi kepincangan kita untuk menghargai erti tanggungjawab dan kebenaran. Tanggungjawab kita sebagai seorang Melayu dan erti sebenar-benar erti kita sebagai seorang warganegara Malaysia.
Apabila HAMKA menulis novelet tersohor Indonesia, "Tenggelamnya Kapal Van Der Wjik", ramai pemuda-pemuda Indonesia waktu itu, samada melalui tulisan mahupun bertanya dengan tuan punya tubuh dengan soalan ini:- "Kisah yang tuan ceritakan ini, seakan-akan nasib yang menimpa saya..." "Barangkali kisah tuan ini, kisah tuan sendiri..." Memang secara naturalnya, seorang penulis tidak dapat tidak menulis melalui pengalaman, samada pengalaman dirinya sendiri mahupun pengalaman orang lain yang dianyam bersama-sama apa yang 3 perkara kita persetujui, iaitu bakat, kreativiti dan imaginasi. Inilah bendanya. Sama juga seperti karya-karya tersohor sasterawan negara kita, Shahnon Ahmad, Arenawati, A.samad said, Muhammad Haji Salleh, Pak Sako, Abdullah Hussain, puisi-puisi Usman Awang dan yang lain-lain, samada yang diperaku dengan gelaran dan anugerah ataupun hanya mendapat sanjungan rakyat.(Aku) Maka, dengan meneliti karya-karya besar dan klasik ini, kita bagaikan dapat meggambarkan realiti dan fantasi fragmen zaman yang dipersembahkan. semacam kita yang pula yang turut sama dalam cerita itu sebagai mata atau pencerita ketiga. Zamannya tidak jauh, kurang lebih 50 tahun yang dulu, dan isunya tetap sama, dalam skala kecil, kisah konflik individu-masyarakat ataupun dalam skala besar, konflik masyarakat-individu.Bunyinya saja yang sama, pengolahannya berbeza-beza dan lazat, berkadaran dengan 3 perkara yang kita persetujui tadi. Cubalah, dan rasakan keperitan, kemarahan, kepiluan, kegembiraan, dan keseimbangan modal insan, dalam watak-watak utama karya-karya besar-agung-klasik ini. Yang pasti, karya besar ini tiada tanding-taranya. Kalau kita lupa, dan aku selalu aku war-warkan ini...kalau boleh, barang sesiapa pun jua orang melayu diluar sana...bawakan aku satu, ataupun berpuluh-puluh puisi tentang cinta dan kekasih yang lebih tinggi penggunaan bahasanya, lebih terpacul nilai dramatiknya, lebih halus 'jiwa' kemelayuannya daripada puisi "Kekasih" oleh Usman Awang.

Jujur Dan Ikhlas

Jujur dan Ikhlas. Dua patah kata maksud dan katalaku yang murni. Jujur dan ikhlas tidak boleh dibuktikan dengan perbuatan, dan bukan sewenang-wenangnya diluah dengan kata-kata. Ianya sampai dengan niat dan dengan dengan niat itu ditafsir pula oleh pihak-pihak yang terkesan dengan niat itu. Kalau tafsirannya kurang jelas, maka niat yang jujur dan ikhlas itu ditafsir pula sebagai benda dan perilaku yang lain dan dalam keadaan yang ekstrem, negatif. Perbuatan jujur dan ikhlas adalah rahsia. Rahsia kepada sipembuat dan rahsia kepada sipenerima niat. Dalam politik, jujur dan ikhlas ini disisi gelap. Sebab memang secara semulajadinya, politik itu bersifat oportunis, dan antogonis. Memang pantang dalam politik, niat yang ikhlas itu benar-benar ikhlas, dan niat jujur itu adalah sebenar-benar jujur. Barangsiapa yang mengakui ini dalam kancah politik (dan lebih malang kalau ianya seorang politikus), maka ia tanpa sedar telah mebuka kelemahannya untuk sesuatu yang provokatif dan manipulatif. Dan ianya bukan latiff. Bukan latiff Borgiba. Itu dalam politik, dalam hidup dan percintaan, ianya jauh lebih kompleks. Niat jujur dan ikhlas, jika tidak sampai, emosi terjejas dan fikiran akan korup dengan prasangka.

Kata-kata Tentang Kuasa

Cuba kita baca perihal-perihal kuasa dari perspektif penulis-penulis/filusuf-filusuf agong dunia. Sebab kita negara-bangsa yang separuh kapitalis-separuh berpusat, pemikiran ini nampaknya sesuai. Bila baca petikan kata ini, cuba-cubalah padankan yang mana paling tepat untuk menggambarkan pemerintahan-politik kita kini. Silalah nikmati... Power tends to corrupt, and absolute power corrupts absolutely. * Lord Acton Power is not only what you have but what the enemy thinks you have. * Saul Alinsky I was allowed to ring the bell for five minutes until everyone was in assembly. It was the beginning of power. * Jeffrey Archer We thought, because we had power, we had wisdom. * Stephen Vincent Benét Power doesn't have to show off. Power is confident, self-assuring, self-starting and self-stopping, self-warming and self-justifying. When you have it, you know it. * Ralph Ellison Power is not something that can be assumed or discarded at will like underwear. * John Kenneth Galbraith Our sense of power is more vivid when we break a man's spirit than when we win his heart. * Eric Hoffer Those in possession of absolute power can not only prophesy and make their prophecies come true, but they can also lie and make their lies come true. * Eric Hoffer I hope our wisdom will grow with our power, and teach us, that the less we use our power the greater it will be. * Thomas Jefferson Power is the great aphrodisiac. * Henry Kissinger You only have power over people so long as you don't take everything away from them. But when you've robbed a man of everything he's no longer in your power--he's free again. * Alexander Solzhenitsyn Power can be taken, but not given. The process of the taking is empowerment in itself. * Gloria Steinem

Meneliti Hidup

Mari kita luangkan masa kita yang entah berapa harganya ini(Katanya tidak ternilai), untuk meneliti hidup kita seketika. Apa yang telah dijalani, diperoleh, dingini, disesali, dimungkiri, dan lain-lain lagi.
Mungkin kita mahu:
1. Agama kita duduk ditempat yang tertinggi, lahiriah baik, batiniah baik.
2. Bercakap lebih benar dan lebih berani, dengan harapan melalui kebenaran itu, kitar hidup kita lebih jelas, ikhlas dan jujur.
3. Mencapai apa yang kita ingini, kalau pun bukan kehendak, biarlah hanya cukup sekadar keperluan kita sahaja.
4. Keadilan dan kesaksamaan itu sentiasa berdamping dengan kita, supaya dengannya kita, mahupun saudara-saudara kita tidak tertindas dan kehidupan kita tenang.
5. Bantuan itu sentiasa ada, samada wang ataupun bukan wang, sebab bantu-membantu itu tanggungjawab kita, kalau tidak sebagai HambaNYA, tapi sebagai warganegara dan warga dunia yang baik.
Dan, apakah realitinya?

Kalau kita dapat mencapai kesemua diatas, kita sudah utopia, kita sudah hadhari, kita sudah "World-Class", kita sudah romantik, kita sudah Hablul-minna-nas dan apa-apa lagi yang terpuncak.

Sekarang, mari kita teliti lagi, apakah langklah-langkah kita untuk ke arah itu? sudahkah kita mulakan?
For review, we enjoy our so-called petrol subsidize under the price of USD 67 per barrel. Crude Oil market closed at USD 97 per barrel yesterday. With no clear decision from govt, we likely must be prepared to adjust our lifestyle to this changes.
Do we prepare? Do we satisfied? Do this fit with our income?
and now, turn to your heart, speaks not only the truth but truth and shame the devil.

Terdetik Dalam Hati.

Baru-baru ini aku bertemu saudara-saudara lama. 10 tahun lamanya tak jumpa. Macam-macam berita, khabar, perangai dan kelaku. Yang dulu ganas, sekarang dah tak ganas, yang dulu bingai, sekarang dah pandai, yang dulu huru-hara, sekarang sudah berdisiplin. Yang dulu seorang menempuh dunia, kini dah jadi nakhoda keluarga. Yang dulu pelawak dan gila-gila, kekal lawak dan gila-gila. 'funny man will be funny forever"

10 November Dan Bersih

Seperti yang diduga, 10 Nov banyak mengundang cerita. Laman-laman web/Blog kegemaran ras raka 90% bercerita tentang "Bersih". Dan perdebatan tentang kewajaran tingkahlaku pemerintah, penguasa dan penganjur berterusan tanpa titik henti. Provokasi, salah lapor, berani, berjaya, dan macam-macam lagi. Mari kita fikir jauh sikit, jangan jauh sangat, cukup sampai suasana sejurus selepas pilihanraya, apabila TV3 / RTM umumkan pecahan 3/2 Parlimen jatuh ke Pemenang baru. Apakah rupanya pentadbiran ke-esokkan harinya? harga petrol barukah kita? Kira langsaikah PTPTN kita?Apakah nada penjawat-penjawat awam kita masih sama seperti sebelumnya, iaitu setia dengan pemerintah? berbondong-bondongkah parti yang itu masuk parti yang ini? Apakah rupanya? Apakah perasaannya? Mungkin kita boleh tanya sisa-sisa rakyat CUBA yang masih hidup yang boleh bercerita suasananya pada hari gerakan revolusi Fidel Castro dan kawan-kawannya. Menyaksikan perarakan dan ucaptama penuh bisa tentang kepercayaan bahawa keadilan rakyat sudah tertegak. Bagaimana ya?

Kerja

Disebabkan minggu-minggu yang huru-hara, dihimpit urusan-urusan personal dan kerja, yang kalah adalah urusan kerja. Kerja jadi tunggang terbalik, demi memuaskan tuntutan personal. Dengan itu, sindiran tajam bos masih terngiang-ngiang. Katanya: " Ada beza antara orang yang TAK BUAT kerja dan TAK RETI buat kerja." Sedalam mana maknanya?

Berani Kerana Benar

Bercakap benar, kena berani. Tak cukup berani, makanya kita tak cukup benar. Apapun keputusannya, kena berani bila berkata yang benar. Kebenaran adalah hak. Disebabkan hak, ianya suci. Sesuatu yang suci tiada was-was dan keraguan. Bercakap benar kena berani. Sebab yang benar ini, selalunya yang pahit-pahit. Apa itu yang pahit-pahit? yang pahit-pahit adalah segala yang hak dan mutlak. Jika engkau berbuat salah, bukan hak engkau untuk menutup salah, tapi hak mutlak engkau untuk mengaku dan memperbetulkan salahmu itu. Dengan mengakuinya, engkau tidak jatuh hina, malahan di situ integriti dirimu terbina. Ada beza antara berterus-terang dan berkata benar. Setiap yang berkata benar itu berterus terang, tapi belum tentu setiap yang berterus-terang itu terang kebenarannya. Jadi, aku menyeru, para politikus-politikus muda dan tua tanahair, berkata benarlah tanpa selindung, tanpa agenda, tanpa dusta, tatkala kalian bersidang yang entah untuk apa. Untuk Agama, Agamamu tak hadhari sangat. Untuk bangsa, bangsamu tak kemana sangat. Untuk negara, yang pilihanrayanya dah dekat sangat.

What a week...and weekend, please speed up!

Wooiiii!!!, what a week eh? weekend, please knock on my door soonest possible!!!Please! Please! Please! i've never been this stress / punched / knock down as long as i remembered, other than to walk through along the final exam weekdays, long-long ago before, during my yester-years of study. You read it as you feel it. This week has take me on toll by:- -Be an auditor to the most difficult department to audit to. Why? i'm auditing the bosses. -Just move out to old house, with no clear date to move in to the new house. -Bill for crash motocycle early this week have came to my nose, and the worse is, it came on the right time, when i was totally broke!. - Shipment has been heirwired, the plan has gone upside down, and the responsible party is looking me as their punching beg, Dush! Dush! Dush! i've been knocked down three times. Not to mentioned, latest domestic news has disrupt the integrity of the PDRM, ACA, and ministry involve, and for the most of all, our separation of powers, is proven now, not so separate. What a week!

Godfather: Tom Hagen Vs. Jack Woltz

In this movie, as a head of Corleone family, one of five notorious New York mafia families in the 40’s, Don Corleone has an adviser, also known as Consigliore, which happens to be his adopted-lawyer son, Tom Hagen. Consigliore will advise/consult the Don on every strategic decision the family has to make, either the action legitimate or not. There was one request, from Don godson, Johnny Fontaine ask Don a favor to save his singing-soon-to-be acting career, and the Don, as an immediate response, has ordered Tom fled to Hollywood on the next day to reason with Jake Woltz, a well-connected Hollywood movie producer. Following Scene / dialogue are between the Don and the Consigliore, but never been showed in the movie. INT NIGHT: AIRPLANE (SUMMER 1945) HAGEN on the Constellation. He reaches into his briefcase, and takes out several pictures and papers. One photograph is of a smiling man, JACK WOLTZ, linked arm in arm with fifteen movie stars on either side, including a lovely young child star to his immediate right. HAGEN considers other papers. INT NIGHT: DON'S OFFICE (SUMMER 1945) DON CORLEONE looks, and then moves HAGEN into an embrace. He straightens his arms and looks at TOM deeply. DON CORLEONE : “Remember my new Consigliore; a lawyer with his briefcase can steal more than a hundred men with guns”

Godfather 1: Meeting of The Head of the Five Families

Tengok gambar sebelah. Nombor 2. Don Corleone dalam meeting dengan 5 kepala Mafia. Ini sedutan Skrip, Draf ketiga. EXT DAY: BANK BUILDING (SPRING 1946) Day in Manhattan. An impressive Bank Building in the financial center of New York. Many limousines are parked, uniforms and plain-clothed CHAUFFEURS waiting quietly. INT DAY: BOARD ROOM (SPRING 1946) The Board Room of a bank, daylight shines in the windows. CARLO TRAMONTI, an impressive, handsome middle-aged man, sits quietly, smoking a Di Napoli cigar, OUR VIEW moves to a MAN sitting to his left, and a little to the rear, and settles on JOSEPH ZALUCHI, a moon-faced amiable-looking man; as the view continues, around the table, we HEAR: DON CORLEONE (O.S.) : I want to thank you all for coming. I consider it a service done to me personally and I am in the debt of each and every one of you. Especially those of you who have traveled from such distances as California, St. Louis, Kansas City; and New Orleans... The VIEW PASSES to FRANK FALCONE and ANTHONY MOLINARI, both younger than any of the others; then on to DOMENICK PANZA, short and squat sitting in a wheelchair; then around the table to DON VINCENENZO FORLENZA, who is whispering to his JEWISH ASSISTANT; the VIEW PASSES on to ANTHONY STRACCI, an older man, sipping from a drink and smoking a cigar; OTTILIO CUNEO, in his middle sixties with a jolly round face; then DON PHILLIP TATTAGLIA, a delicate older man with dyed hair and a pencil mustache; and finally, EMILIO BARZINI, in his early sixties, a man to 'respect'; whom we had seen at CONNIE's Wedding. DON CORLEONE : Ah well, let's get down to business. We are all honorable men here, we don't have to give assurances as if we were lawyers. (he sits, gazes out at them, and sighs) How did things ever go so far? Well, no matter. A lot of foolishness has come to pass. It was so unfortunate, so unnecessary. The VIEW examines the room once again, as the DON speaks. A large, clicking board is changing numbers at various times, and two tapes, showing the fluctuations of the Market during the day's trading, and projected above. DON CORLEONE pauses; and TOM HAGEN hands him a cold drink. DON CORLEONE : Tattaglia has lost a son; I have lost a son. We are quits. Let there be a peace... (he gestures expressively, submissively, with his hands) That is all I want... BARZINI : Don Corleone is too modest. He had the judges and politicians in his pocket and he refused to share them. His refusal is not the act of a friend. He takes the bread out of the mouths of our families. Times have changed, it's not like the old days where everyone can go his own way. If Don Corleone had all the judges and politicians in New York, then he must share them or let others use them. Certainly he can present a bill for such services, we're not Communists, after all. But he has to let us draw water from the well. It's that simple. DON CORLEONE : My friends, I didn't refuse out of malice. You all know me. When have I ever refused an accommodation? But why, this time? Because I think this drug business will destroy us in the years to come. It's not like whiskey or gambling or even women which most people want and is forbidden them by the pezzonovante of the Church and the Government. But drugs? No. Even policemen, who help us in gambling and other things would refuse to help us in drugs. But...I am willing to do whatever all of you think is necessary. DON ZALUCHI : I don't believe in drugs. For years I paid my people extra so they wouldn't do that kind of business...$200 a week. But it didn't matter. Somebody comes to them and says, "I have powders, if you put up three, four Thousand dollar investment, we can make fifty thousand distributing." Who can resist such a profit? There's no way to control it, as a business...to keep it respectable. (rapping the table) I don't want it near schools! I don't want it sold to children. That is an infamita. (thinking) In my city I would try to keep the traffic in the dark people, the colored. They are the best customers, the least troublesome, and they are animals anyway. They have no respect for their wives or their families or themselves. Let them lose their souls with drugs. But something has to be done, we can't have everybody running around doing just what they please, like a bunch of anarchists. BARZINI : Then, are we agreed; the traffic in drugs will be permitted, but controlled; and Don Corleone agrees to give it protection in the East. DON CORLEONE nods. BARZINI : That's the whole matter then, we have the peace, and let me pay my respects to Don Corleone, whom we have all known over the years as a man of his word. (noticing TATTAGLIA is uneasy) Don Philip? TATTAGLIA : I agree to everything here, I'm willing to forget my own misfortune. But I must hear strict assurance from Corleone. When time goes by and his position becomes stronger, will he attempt any individual vendetta? They all look at the DON; especially HAGEN, who feels that DON CORLEONE has given a great deal, and must have something else in mind. Slowly the DON rises. DON CORLEONE : I forego my vengeance for my dead son, for the common good. But I have selfish reasons. My youngest son had to flee, accused of Sollozzo's murder, and I must now make arrangements so that he can come home with safety, cleared of all those false charges. That is my affair, and I will make those arrangements. (with strength) But I am a superstitious man...and so if some unlucky accident should befall my youngest son, if some police officer should accidentally shoot him, or if he should hang himself in his cell, or if my son is struck by a bolt of lightning, then I will blame some of the people here. That, I could never forgive, but...aside from that, let me swear by the souls of my Grandchildren that I will never be the one to break the peace we have made.

Pakatan Caspian

16 Oktober yang lalu, telah wujud di dunia ini satu pakatan. Pakatan Caspian. Russia, Iran, Kazakhstan, Azerbaijan, dan Turkmenistan. Siapa sangka, negara-negara yang kita dengar dalam lawak "Tiga Abdul" sudah berpakat-pakat demi survival dan strateginya tersendiri. Siapa negara-negara ini? mengapa mereka begitu berani? apa yang kita tahu mengenai ahli pakatan ini? Ini semua negeri yang amat banyak hasil mahsyulnya, bukan sahaja dari segi sumber semulajadi, tapi juga dari segi modal insan. Samada kuantiti, mahupun kualiti. Walaupun Russia dan Iran yang agak menonjol di pentas politik dunia, namun 3 negara yang lain juga kaya sumber semulajadi asli, minyak, arang, dan mineral. Nampaknya, Sekutu United States kena cari jalan lain untuk menyerang Iran, sebab ruang udara dan darat pakatan ini sudah didaulatkan untuk mereka berlima. United States, negara yang berniaga dengan perang, dengan pasaran modal yang rapuh dan nipis tidak mampu untuk mengukuh sehingga disuntik 130 bilion++ sejak September 07 lalu. Matawangnya juga rendah dan semakin rendah. Ringgit kita semakin kuat, kata mereka. Atau Dolar yang mengecil dengan sendirinya? adakah figura eksport dan urusniaga luar negeri kita sama kuat dengan kekuatan ringgit kini? Ekonomi kita sedang dipacu, agaknya hanya berita dan propaganda. Realitinya, kita makin tersepit. Kadar inflasi kita katanya masih terkawal, tetapi berdasarkan apa? apa petunjuknya? aku tidak yakin inflasi kita terkawal 2%-3%. Kita jauh lebih tinggi. Basis pengiraan isi rumahnya, bank negara dan institusi kewangan lain pada aku tidak telus. Julat pendapatan isi rumah tidak dinyatakan. Yang ada hanya peratus. Ekonomis sosialis dari dulu lagi sudah menolak petunjuk percentage. Percentage hanya nisbah seluruh set. Kita kena ada weighted-Average. Petunjuk kumulatif. Segmentasikan dengan komposisi ekonomi masyarakat desa dan bandar. Then we see the truth, how high the inflation rate shoots up. Gunatenaga dan belanja tetap mobiliti kita sudah war-war untuk dinaikkan. Katanya tiada pilihan. Semuanya kerana harga Crude Oil dunia akan sampai ke USD100 per barrel. Jadi apa? Bila harga Crude Oil ini melambung hanya rakyat sahajakah yang kena menanggung harga yang melambung. Cabang ekonomi kerajaan buat apa? hanya duduk menganga dibelasah dengan kenaikan harga Crude Oil? Rakyat adjust lifestyle, goverment kena adjust apa? Kedengarannya macam ekonomi komunis. Ini bukan komunis. Samada sistem ekonomi campuran mahupun kapitalis, yang dibebankan adalah End User dan yang kaya adalah producer. itu belum ada elemen rasuah. Kalau ada elemen rasuah, Ruler dan Producer sama-sama merompak hak orang lain. Lagi satu, Si Samy Vellu. Kamu wakil rakyat ke, wakil Syarikat?

MEMORIAM IN BRIEF'

Hidup aku semasa dan selepas Aidilfitri 2007 secara ringkas: - Masuk kerja balik 23/10 - Sampai k.l 21/10 - Tayar Motor hilang kena parap dengan (aku syak) penagih. - Aku lebur RM 120 beli tayar baru tanpa Sport Rim. - 22/10 aku cuti kecemasan, nak settel pasal motor. - Malam Raya ke-5, mat rempit dari Sauk langgar kereta aku. Nasib umur budak tu panjang, aku ingat dah jadi statistik. - Aku kena pindah rumah hujung Oct ni. Ingat nak bukak markaz baru di Bangsar. - Seperti biasa, bila masuk kerja aje, kerja banyak menimbun-nimbun dan bertepek-tepek. - Oh ye, kawan perempuan aku kawin 20/10 (Sabtu) - namanya siti Aziah dah selamat melangsungkan perkahwinan. Alhamdullillah, dah tercapai cita-cita dia. Aku doakan bahagia ke-anak cucu. - Abang kembo aku baru hantar tanda, langkah awal ke alam rumahtangga. Tahniah Cikgu Lan dan Cikgu Suriani. - Aku, Duan dan Keroll, kekal bergaya macam ini juga. Jangan main-main, kitorang banyak duit.

MINAL-AIDEEN-WAL -FAEZEEN

Hari ini hari akhir untuk Ramadhon 1428H di ofis. Dari pagi rasa nak bekerja dah tak ada, yang jelas nampak jalan nak masuk kampung aku dengan bayang-bayang sesak lalulintas yang bakal aku hadap sikit masa nanti. Aku naik ofis balik 22 Oct. Cuti sampai seminggu. Kapal sudah disusun baik, dan minyak sudah dalam tangki. Kapal datang, isi minyak. Moga tiada yang ralat major, sebab kalau ralat yang minor, Insyaallah, aku sudah sediakan payung dan back-up plan. Mahu cuti panjang, kena pikir settllement dua bulan, itu pesan lojistik ko-ordinator aku. Macammana ini? aku bayar tol untuk merasa nikmat bersesak-sesak buntut ke buntut (kereta) bila raya? Ini baru namanya Urustadbir Bijak (Smart Governance) yang dipraktiskan oleh pemerintah kita. Kita rupanya tiada pilihan, bersesak untuk kemana-mana. Nasib baik kita sudah ada yang keangkasa, mungkin pada satu ketika kita kemana-mana pun dengan jet melintas angkasa. Nanti Duan datang dari LCCT, aku ambil di K.J, ambil Pak Itam dan Adik Ilah. Meneruskan perjalanan balik kampung, sambil dengar Radio Hot.fm. Kita dengar lagu raya sepanjang jalan dengan ranjau sepanjang jalan juga. Walauapapun yang bakal terjadi pada persekitaran kita menjelang hari raya, semuanya terpisah dengan cerita lain, hanya cerita raya sahaja yang mendapat tempat. Sebab dalam sambutan Aidilfitri ini, tunjangnya Agama, pokoknya keluarga, dan daun dan rantingnya budaya. Ya, Islam dan budaya Melayu ini bukankah simbiosis? Mana-mana pun tidak mendefinasikan mana-mana. Selamat Hari Raya Aidilfitri 2007 Maaf Zahir Batin P/s: Old Cliffordian kiranya mau bersua dimalam raya dikampung Talang untuk menegok meriam dan bergurindam kisah lama, kisah Mat Ober!!

MINGGU-MINGGU YANG MENYENANGKAN

Minggu ini, dan minggu depan, adalah minggu yang menyenangkan, lagi membahagiakan. Yang beribu,berbapa, berkeluarga, inilah mingu-minggunya. Mana yang dirindukan, mana yang didambakan, semuanya akan kembali dan menyeri. Dengan Keizinan-Nya. Bagi anak rantau, kembalinya ke kampung halamannya kali ini, tidakkan sama dengan kembalinya yang selalu. Kali ini lain, kembalinya kini ada kemaafan dihujungnya. Namun, merindukan orang yang pasti tidakkan kembali, yang telah kembali ke-sisi Ya-Rabbi yang Maha Mengetahui letak duduk hamba-Nya...adalah yang paling sukar untuk digambarkan dengan rasa dan tidakkan dapat dilukis dengan kata-kata. Dan demi kasih rindu dan dendam... Allahyarham Hj.Mohd Desa B. Ngah Isa Allahyarham Muhd. Zulhelmi B. Zainuddin Allahyarhamah Adik Nurin Jazlin Bt. Jazimin (Manakan aku dapat membayangkan kezaliman keatasmu) Al-Fatihah...

PELAYARAN

Laut luas misterius. Laut-laut sepanjang perairan pantai timur, timur sabah lagi misteri. Disana, ada laut luas, open sea.

Ombak menghempas, begitulah iramanya berjuta-juta tahun dulu, sejak laut tercipta yang entah bila, kita pun tiada tahu.

Dengan laut kita kenal Adidas, kita kenal minyak petrol, naik haji, terjajah dan merdeka kembali.

Laut ini misteri, disebabkan kemisteriannya itulah, laut sering di"metafora"kan dengan perkara-perkara hiperbola, kedalaman cinta contohnya.

Dan demi laut, aku abadikan potretnya.


HIKAYAT CAKERAWALA PURBAKALA

Kesultanan melayu, dengan sejarahnya yang panjang adalah warisan poltik-sosio kita mana yang mengaku Melayu. Kesultanan dan pensultanan adalah cara hidup. Didalamnya ada kata pemutus. Perintah dan tindak. Kalau dalam gelung budaya, ia tertinggi sekali letaknya kerana Kesultanan pada waktu itu adalah pusat pemikiran dan informasi rakyat. Semuanya terletak diatas batu jemala patik, ampun, beribu-ribu ampun Tuanku. Dalam sejarahnya yang panjang, sejarah kesultanan Melayu ini ia telah menyaksikan semuanya, untuk kita ambil iktibar, ambil peduli dan ambil tahu. kegemilangan, pembunuhan, perang, perbalahan, pilih bulu, favortisme, konspiran, dugaan, kekalahan, dugaan, dengki, perebutan kuasa, rasuah seks, dendam, iri hati, keraian, kebaikan hati, pesta, majlis ilmu, ilmu kebatinan, ilmu hitam, kekejaman, dan semua-muanyalah yang pernah terfikir dek pikiran kita. Cuma, untuk kesan-akibat perbuatan yang lalu itu, kita masih juga mengulang kesilapan yang sama, entahlah kenapa? Mungkin sebab kita ini manusia lupa ataupun kita hanya menganggap sejarah itu sesuatu yang mati dan sejuk, yang tiada apa-apa padanya dan tiada untung pula kepada kita.

DAMIAN ANAK LEBAI YUSOFF


Sesiapa yang pernah menonton filem ABANG (1980-Rahim Razali), pasti kenal dengan watak Damian Lebai Yusoff. Damian adalah rakan sepermainan Fuad(Rahim Razali), yang kembali berdamping dan berkhidmat untuk Fuad sekembalinya Fuad ke Tanahair.Untuk apa?
Damian bergandingan dengan Fuad, untuk menyelesaikan masalah-masalah lalu keluarga Fuad, dan cukup berahsia pula dengan mereka demi menjayakan master-plan Fuad.
Ketika Fuad menyelesaikan masalah Farid(Ahmad Tarmimi Sariegar), Damian ada disisinya, mendepaninya bersama.

Ketika Fuad menyelesaikan masalah dengan Faizal(Ahmad Yatim), Damian juga ada memasang telinga.
Ketika Fuad hampir menjayakan master-plannya, Damian ada juga disisi.
Bagaimana watak Damian ini diwujudkan dan diolah? memang rahsia pembuat filem-filem lama.
Dan barangkali ada benarnya, apabila kita menguruskan hal-hal keluarga yang rumit-rumit, ada eloknya kita bawakan orang luar yang kita percayai dan hormati sebab orang luar agaknya jelas dengan apa yang kita kabur.

BINATANG BABI BUAS

Takziah kepada keluarga arwah adik Nurin Jazlin. Semoga dengan Limpah dan kurnia yang Maha Esa, Adik Nurin Jazlin akan ditempatkan dikalangan hamba-hambanya yang dirahmati. Namun, majoriti rakyat negara ini, pasti merasakan marah dan emosional dengan apa yang telah dilakukan keatas arwah. Mengapa begitu kejam? Mengapa begitu sadis? Kalau pesalah ini mental, masalah mental apa yang teruk sangat, sampai tergamak jadi penzalim? Benarlah, ini bukan manusia, tapi binatang babi buas!!!

HILMI DAN SEBUAH INTERMESO

Konserto Terakhir - Abdullah Hussain - bagaimana kisahnya? Bagi sesiapa yang pernah dekat dengan kisah Hilmi dan konsert terakhirnya (dia tidak sempat jadi maestronya) pasti merasa pilu dengan liku-liku hidup Hilmi. Mula dengan tukang kebun, lari, belajar muzik, berguru muzik, akhirnya jadi meastro orkestra. Konserto terakhirnya juga membuatkan kita mahu Hilmi dengan orang ini, mahu dia buat itu, buat ini, memangdangkan penderitaan yang pernah dialaminya. Tapi, babak akhir merobah semuanya. Buat hati jadi sejuk. Darjat dan tidak putus asa,

MARHABAN YA RAMADHAN AL-MUBARAK

Marhaban Ya-Ramadhan!
Marhaban Ya-Ramadhan!
Marhaban Ya-Ramadhan!
Waktu untuk berpuasa dan beribadah tiba sudah...

ERTI MERDEKA

Mana yang dulu? perayaan sebelum atau perayaan selepas. Fiesta merdeka ke 50, bila keraiannya? 30 hari sebelum 31 ogos atau 30 selepas 31 ogos? Aidilfitri mudah dijangka keraiannya, 30 hari selepas 1 syawal.
Samalah juga halnya, bila ditanya apakah yang paling penting, Merdeka..atau mengisi Merdeka?
Kata orang, mengisi dan mempertahankannya lebih susah dan mencabar. Jika begitu, apakah usaha menuntut merdeka itu lebih mudah? Apakah generasi yang mengisi merdeka lebih berani mati sebagaimana generasi datuk neneknya dulu? jika itu juga mencabar, maka apa gunanya membanding keduanya?
Program mencari Anak Gemilang Malaysia Astro adalah contoh nyata perbandingan yang tidak berguna ini. MAnakan kita boleh mengukur jasa orang. Jangan jadi bodoh, nak ukur dengan apa?

SERIUS

Bila aku ghairah gila nak buat blog, ada jangkaan yang aku araskan pada penyampaian blog aku itu nanti.Idea kena asli, bukan ciplak, bahasa kena melayu betul, bukan campur-campur, bukan slanga, dan bukan kata pendek, sebab aku amat menghormati Bahasa Melayu sebagaimana aku menghormati kewujudan Tanah Melayu dan Bangsa Melayu. Ketiga-tiga elemen ini pada aku duduk sama tinggi dan setara, tiada yang perlu didahulukan, tiada yang perlu lebih dipentingkan.
Ketiga-tiganya sama penting, ketiga-tiganya sama dihormati.Bahasa Melayu bahasa ibunda, Tanah Melayu tanah ibunda, Bangsa Melayu bangsa saudara, ya..kita yang bersaudara.
Bila sudah ada blog,ada masalah lain pula. Kawan-kawan kata, aku tak macam aku, percakapan dan tulisan aku, berbeda. Bila dibaca, kedengarannya aku ini manusia serius, rigid dan kaku. Apa yang terluah hanya kekecewaan pada bangsa, persekitaran dan praktis-praktis sosio-ekonomo-politiko semasa yang sumbang.

KERISAUAN PADA BANGSA

Aku punya seorang teman, yang sentiasa risau dan kecewa dengan kelaku bangsanya. Dia selalu mengharapkan bangsanya jadi istimewa kerana mereka adalah pewaris segala warisan bangsanya.
Dia sering mencari jawapan, kenapa dan mengapa bangsanya yang dulu begitu begini, sudah menjadi macam itu macam ini. Begitu begini bangsanya sudah menjadi sejarah yang tidak terulang, dan macam itu macam ininya pula sudah jadi barah tak terjampi pawang. Bangsanya hampir tertewas.
Dia juga sering kecewa, dengan kelaku para bangsawan bangsanya, yang pada fikirannya menyeleweng, buta dan tewas dengan nafsu yang nafsi, yang korup, yang kroni,yang tamak, yang haloba, yang melepas pucuk, yang menabur pujuk, yang bertalamkan dua muka dan lebih parah sudah jauh dengan ISLAM.
Kerisauannya pada kedudukan bahasa, peluang peniaga muda dan tua, dana dusta, warisan budaya lupa, peluang pendidikan yang tidak imbang, pengagihan dana dan projek yang tercium tidak kenanya. Dia juga kadang-kadang mempersoal tentang kedudukan strategik negerinya yang jauh dari jangkauan bangsanya.
Malang sekali temanku ini telahpun menemui Rabbul-Izati dalam keadaan yang aman dan damai(Sebab dia hamba-Nya yang ta'at barangkali), seminggu sebelum ajalnya, sempat dia berpesan melalui SMS.
"Demi masa, manusia dalam kerugian, kecuali bagi mereka yang berbuat kebaikan,berpesan-pesan dengan kebenaran dan sabar"
Bukankah semua ini yang bangsaku perlukan?

MENCERCA MELAYU

Gurindam Dengan Angan-Angan Bangkitlah, Bangkit! Mengapa tidur lama sangat Dimana dapat mencari negeri yang sekaya negeri kita! Bangkitlah, bangkit! Timah dimasak sudahlah hangat Mengapa dibiar bangsa lain mengambil bijih kita? Bangkitlah, bangkit! Tidakkah ingin menjadi kaya dengan bangat? Mengapa dibiarkan bangsa lain bertanam getah di tanah kita? Bijih dan getah! Bijih dan getah! Inilah jalan kekayaan yang tentu Hasil negeri kita yang besar Bijih dan Getah! Bijih dan Getah! Dari sebab itu Bangkitlah! Janganlah asyik dengan berjoget Lihatlah kekayaan Loke Yew Chow Kit! Hartanya beribu bermiliun ringgit Segeralah tuan jangan lengah Segera berbudi kepada tanah Kerana tanah baik budinya Lambat-laun usaha dan penat kita dibalasnya. Omar Mustafa (Utusan Melayu, 18 Januari 1913) Perhatikan sajak diatas. Perhatikan tarikh dan tahunnya. Perhatikan kritikannya. Perhatikan isu-isunya. Perhatikan realitinya. Lagi 6 tahun, sajak ini berusia 100 tahun. Adakah perubahan dari segi kritikan, isu dan realiti sajak diatas dengan apa yang kita (baca: Orang melayu) lalu sekarang? Sajak ini, jelas, selari dan tidak berlapis. Diksi dan maksud yang disampaikan hanya satu. Tiada penafian, Cuma seruan untuk perubahan, berdasarkan persekitaran, terutamanya tahap ekonomi kita pada tahun 1913. Kesedaran Omar Mustafa sudah pasti lebih awal, Cuma penzahirannya sahaja pada tahun 1913. Mari kita bandingkan persekitaran masyarakat kita, pada tahun 1913 dan kini, 2007:- Kita masih tidur dan kita sudah pun bangkit, malangnya, bertongkat. kita masih membiarkan orang lain membuat untung untuk kita, dan kita masih melepaskan ‘bijih’ yang sudah hangat, dan kita masih biarkan bangsa lain bertanam-tanaman untuk kita dengan harapan mereka akan membalas budi baik kita. Ya, kita masih berjoget, Cuma kini joget kita lebih maju, Loke Yew Chow Kit masih juga yang paling kaya, Cuma sekarang sudah berganti Robert Kuok, dan ya, harta kedua-duanya masih bermiliun ringgit, dimana jika digabung pendapatan semua kontraktor kelas F bumiputera yang ada kini, dan dibanding dengan kekayaan Robert kuok, nescaya Robert Kuoklah yang lebih kaya. Puisi ini sudah 94 tahun. Jika dalam tempoh ini, kita masih lagi gagal mengatasi kritikan, isu dan realitinya, maka puisi ini bukan lagi kritikan dan ingatan, malah ia sebenarnya adalah cercaan yang dituju kepada kita secara tepat. Tahun 2020 nanti, jika kita gagal juga, maka jangan kita berlebih-lebih sangat terkejutnya, sebab kita sudah gagal dengan seruan untuk perubahan dan kemajuan 94 tahun yang lalu. Dimana kelemahan kita? Apa kurangnya kita? Apa yang kita buat betul, dan apa yang kita buat salah? Tiadakah orang mengkaji tindak-tanduk kita? Barangkali jawapannya begini; Kita lemah dalam kesatuan, selain dari kesatuan keluarga dan keturunan. Kita tidak pernah kurang satu apapun, malahan kita lebih, Cuma kita sahaja yang yakin kita ini kurang. Dalam konsep membangun dalam kesatuan, apa yang kita buat betul untuk keuntungan diri kita adalah salah untuk keuntungan kesatuan. Cuma selama ini, segala keuntungan yang kita kaut, mengapa kesatuan tidak ada tempiasnya? Ada orang mengkaji tindak-tanduk kita, sudah ditelanjangkan kekuatan dan kelemahan kita. Cuma, ada kita peduli kajian-kajian itu? Ada kita cuba membaca dan mengkaji? Mana mungkin, Malaysia purata pun membaca 8 helai setahun, kita entah berapa helai. Jika tidak membaca, bagaimana caranya menyeberang ke jambatan ilmu? Untuk mengenal diri,bangsa, dan maha penting, agama kita.

WAKTU UNTUK MELEPASKAN

Kita, apabila sampai pada waktu-waktu dan ketika-ketika yang tertentu, perlu melepaskan atau melihat pergi sesuatu yang kita hargai,impi,perlu, mahu,ingin,sayang,simpan atau mana-mana kata yang bermaksud pemilikan dari kita samada kita suka, atau tidak, dengan rela atau separuh rela. Waktu itu adalah maut.
Bila datangnya maut, masanya sudah cukup. Sudah cukup untuk memilik semua nikmat dunia, terhenti tiap nafas, bungkam tiap rasa. Tinggallah yang hidup berjalan lurus dan terus, tinggallah yang mati menemui Maha Kudus.
Dalam gelap gelita, terdengar satu suara...

MULUT ARTIS

Sabtu. 10 pagi. CNN. Larry King 'Live'. Tamunya Al Pacino . Micheal Corleone. Godfather 1,2,3. Bual bicara tentang promo DVD baru, Filem lakonan Pacino yang diterbitkan sendiri tapi tidak ditayangkan. Katanya, koleksi filem itu asalnya untuk kenang-kenangan, tapi masa dan ketikanya sudah sesuai untuk dijadikan tontonan umum.
Itu kurang penting. Yang penting cara Pacino jawab soalan Larry King. Terkawal, tidak melebih-lebih, dan berhati-hati. Setiap butir katanya, boleh dirasakan ianya datang dari cara dia berfikir, berpaksikan persekitaran dan pengalaman.
Berbeza dengan artis-artis kita. Bila menjawab isu-isu sensitif, selalu terlajak kata, maksud dan emosi. Tahun-tahun kebelakangan ini semakin serius. Adalah satu hal yang amat menyinggung, apabila kita (masyarakat) tertipu dengan frasa-frasa "artis contoh masyarakat", "artis public figure, setiap tingkah lakunya diperhati", "dia popular, sebab itu dia diperhati". Benarkah?
Popular ke tahap mana? Penyanyi Safura pernah dibuktikan tidak popular oleh mahkamah dalam kes saman malu Ifa Raziah. Popular sampai ke mana? Siti Nurhaliza (sebelum Datuk) menyanyi di London, tapi penontonnya hanya khalayak Malaysia. Jadi, popular sampai ke tahap mana, dan hingga kemana?
Siapa yang bermimpi mengaku / menentukan darjah populariti dalam industri ini? artis? karyawan? orang dibelakang tabir? wartawan?
Kalau artis ini role-model masyarakat, peminat, dan golongan muda, kata sepatutnya tidak dari kepala lutut, tapi hendaknya biarlah datang dari kepala yang berakal, dan berfikir.
Malang sekali artis kita hanya berkepala dan berakal, tapi kurang berfikir.

PECAH DUA, DAN KEMUDIANNYA APA?

Kenapa dalam negeri kita ini, kalau kita mencari hiburan, kalau tidak menonton filem, kita akan ‘hadir’ ke majlis nyanyian (macam konsert tanpa mengira kecil, besar, mingguan ataupun bulanan). Pernahkah kita bertanya, kenapa kita hanya ada dua pilihan? Kenapa kita tiada ruang yang lebih luas dan lebih riuh-rendah untuk persembahan-persembahan hiburan alternatif seperti “stand-up comedy”, Dekon, baca puisi, muzik eksperimentasi, drama pentas/teater, joget lambak, majlis jual-beli pantun, persembahan syair, gurindam, wayang kulit, atau lain-lainnya, selain dari nyanyian dan filem? Adakah sudah tiba masanya selera seni kita sudah homogen, terperangkap hingga tiada cahaya dihujung terowong yang gelap? Kenapa ‘artis baru’ sekarang gelanggangnya hanya ada dua, kalau tidak buat album, dia mestilah berlakon filem/drama, baru dia diiktiraf artis baru? Dan kenapa pihak sokongan industri (Produser filem/album dan wartawan) semacam ikut khayal dengan definisi ini? Kalau berterusan, bagaimanakah caranya kita hendak melahirkan kreativiti baru dan mempertahankan cebis-cebis yang kita ada kini? Tahukah kita perkembangan hiburan alternatif yang lain dalam negeri ini? Jika jawapannya tidak, maka kita perlu berbuat sesuatu. Samada menerbit minat baru dalam diri kita atau membenarkan diri kita memilih sesuatu yang lain daripada dua yang diatas, terpulanglah. Maha penting, kita kena buat sesuatu. Bila industri hiburan kita ini terpecah kepada dua yang dominan, dan hiburan alternatif ini terpinggir, mungkin pada satu ketika, bila kita berjalan di kota-kota, dan kita berselisih bahu dengan 10 orang, 8 daripadanya adalah penyanyi/pelakon. Daripada 8 ini, 2 kita kenal kerana kualiti bakat yang dimiliki, dan lagi 6 lagi kita kenal kerana kualiti bakat yang dibuat-buat dan diangkat-angkat oleh publisiti murahan, tulisan-tulisan wartawan yang kurang jujur dan pujian lambung tak jatuh-jatuh oleh produser filem/albumnya. Sampai bila kita terus tertipu dengan hasil lakonan / nyanyian yang kurang dari jangkaan dan harapan kita, sedangkan kita tahu kita layak untuk cabang/kualiti hibur yang lebih baik? Sampai bila kita perlu menyokong cabang/kualiti hibur yang disogokkan kepada padahal minat dan keinginan kita pada sesuatu yang baru tidak pernah ditawarkan? Bila industri pening memikirkan kenapa filem/album tiada sambutan, sedangkan pernahkah mereka terfikir memang itu saja kumpulan sambutannya, sedangkan kumpulan lain memang tidak pernah menyambut. Mungkin kumpulan ini adalah kumpulan pendesak/pemerhati senyap yang kecewa dengan tindak-tanduk dan paras kreativiti industri sekarang dan mengharapkan mereka ada alternatif lain? Atau industri memang tidak pernah memikirkannya, dan kumpulan ini memang tidak pernah memerhati.

BOCOR, BOCOR DAN BOCOR LAGI

Awal cerita di Putrajaya, kemudian di Mahkamah, patah balik ke Putrajaya, langsung ke Parlimen, meruap ke mulut ahli parlimen (bocor lawak lucah, seksis), akhirnya Parlimen betul-betul bocor. Ada 15 tempat yang bocor. Kulat sudah bina koloni, dari jauh lensa kamera sudah nampak tompok-tompok hitam. Dulu sudah baik pulih, kos bukan sedikit, RM 90 juta. Lagi RM 10 juta genap RM 100 juta. Kalau tambah nilai pada kantung PTPTN, 8 generasi belajar percuma. Jadi tidaklah Pengarahnya yang kini duduk di tangga JUSA 1 tak nampak macam gila kuasa, gila kutip hutang, dan gila publisiti. Bila bagi orang menimba ilmu percuma, kubur-kubur menteri-menteri kabinet mana yang Islam, kami doakan dilapangkan seluas-luasnya, selagi tidaklah ia derhaka kepada Allah, Rasul, ibu dan bapanya, amin. Balik ke RM 90 juta. Ini selenggaraan kosmetik. Jari mana yang luluskan selenggaraan itu, sampai buta kayu nak sedar mana yang bocor. Kalau asyik jari jadi juri AF5, itulah jadinya. Mana boleh tak nampak, kecuali lepas ‘sign’, tidur. Orang yang waras, mana yang penting? Kosmetik atau bocor? Aku pilih bocor. Tapi kalau pentingkan kosmetik, maka memang betullah mereka-mereka ini agaknya mementingkan lagak, prestij, kelas dan perasaan perasan. Gah, memang Parlimen kena gah, menonjol dari bangunan-bangunan lain. Sebab di sini, perundangan dirangka, didebat, digubal dan diletakkan di batu jemala penguatkuasa. Disini, suara rakyat bergema melalui wakilnya. Satu kawasan Parlimen bukan sedikit jumlah suaranya. Tapi, se-gah mana pun, kalau air asyik menitik-nitik, nampak pincang. Kalau suara yang diwakilkan itu menjelma satu-satu, dan bersuara secara telus, pasti semuanya menolak selenggaraan kosmetik berbanding menampal bocor. Bocor dan kebocoran kini, musuh nombor satu, sebab ia adalah kesan-akibat. Akibat dari pihak yang berwajib kurang hormat dan alpa pada tanggungjawabnya. Mencegah lebih baik dari mengubat. Sekarang kita kena mengubat, apa kata sekarang kita cegah pula orang yang gagal mencegah dulu. Harga kegagalannya, mahal. RM 90 Juta, boleh bagi 8 generasi belajar percuma. Boleh bina rumah anak yatim. Boleh ‘upgrade’ sekolah-sekolah terpencil di Malaysia timur. Boleh buat dana bumiputera untuk berniaga. Boleh buat lebuhraya 4 lorong. Boleh buat subsidi minyak. Boleh itu, boleh ini, sebab Malaysia apa? Malaysia Boleh! Kalau kegagalan pencegahan ini ada unsur rasuah, dan kalau ‘involve party’ tidak bertaubat nasuha, dan kalau pegangan agamanya kuat, maka ia akan sedar, jarinya kelak akan bersuara dan jadi saksi di hadapan Juri Agung dan Hakim yang Maha Adil dan Maha Bijaksana. (Fakta dari Siaran Buletin Utama TV3, 17 Mei 07 @ 8.00 Malam)

ANGIN KENCANG BERTIUP KHABAR

Ini telah dibuktikan. Pilihanraya kita memang ganas. Semuanya terdesak, dan bila terdesak ada rusuhan adrenalin, semangat, dengki, khianat, dan kejujuran. Siapa yang memiliki sifat apa, tak dapat lah aku nak pastikan. Sebab dalam politik demokrasi, sentimennya banyak, strategisnya banyak, rahsia dan selinap-selinapnya pun banyak.
Barangkali, takhta Ijok tidak lama. Angin yang bertiup khabar kini semakin kencang. Mula-mula dari golongan yang tidak penting, kemudian merebak ke orang-orang yang digelar "Players". PM sudah bagi pantun, wakil rakyat sekarang jangan libang-libu jadi calon ke tidak untuk jadi wakil pemilihan akan datang. RTM sudah mula aktif siarkan rancangan arkib "Kawasan Saya". Selepas Ijok, RTM lagi sekali siarkan serangan politik saraf terhadap Keadilan, atau lebih tepat lagi kepada DSAI.
Warta perdana bercetak, sudah 3 kali cuba bagi "limelight" pada berita pemilihan umum. Ada teka-teki, teka-tekuk, yang perlu diselesaikan. Buai laju-laju, sampai pucuk atap, apa dalam baju, sampai malu kau nak singkap?.
Dulu, kesultanan Melayu Melaka, selalu mintak pandangan dan buah fikiran memanda menteri bila nak buat keputusan. Selalunya yang tak penting. Sebab kalau penting, aku pun tertanya, kenapa banyak keputusan sultan dalam hikayat, macam terburu-buru. kalau kurang periksa, boleh periksa dalam Sejarah Melayu, Hikayat Siak, dan Hikayat Raja Donan.
Kini, rakyat adalah raja. sebab dulu sultan lantik Memanda menteri. Maknanya, Memanda menteri adalah ketua eksekutif kepada negerinya. Sekarang, bila demokrasi, kuasa rakyat adalah kuasa raja. rakyat ada kuasa memilih ketua eksekutifnya.
Cuma, dulu raja mintak pandangan Memanda menteri bila nak buang undi, tapi sekarang, memanda menteri pulak yang pandai-pandai suruh "raja" tunggu bila nak buang undi. Bila dan siapa yang memulakan tradisi lapuk yang tak segan mati dek adat ini, tidaklah aku ketahui jua hingga kini.
Sekianlah dihikayatkan.

CERITERA POLITIK

Kempen Ijok bermula panas. Baling sana, rejam sini. Ada menteri kena botol air. Alahai, baru botol mineral, kecoh bagai nak gila. PKR memburu kuasa, BN mempertahankan kuasa. Calon PKR bukan sebarang orang. Calon BN orang biasa. Seperti biasa, pembangkang sibuk mempertikai dan mempersoal, manakala pemerintah sibuk menjawab dan mempertahan. Lagunya sama, politik pembangunan sebelah kanan, dan politik keadilan sebelah kiri. Yang kanan membangun jasad, yang kiri membangun semangat. Penyokongnya kuat. Penyokong kanan memikir ganjaran (sudah-sudah la mengaku berjuang untuk bangsa dan generasi depan, semua orang tahu kamu mencongak ganjaran) Yang kiri memikir perubahan dan kejatuhan.(perubahan sesuatu yang berat, mungkin tidak terpikul oleh kamu. Kejatuhan pula sesuatu yang sedikit ringan, sebab memenuh tanggungjawab pihak yang dijatuhkan itu sudah sedia berat) Demokrasi, ianya satu seni. Seni merebut kuasa, seni mempertahan kuasa, seni membangun negara, seni menjulang maruah bangsa. Demokrasi tunangannya majoriti. Jangan diperkosa kehendak majoriti dengan rasuah, salah guna kuasa dan politk benci-membenci sebab dalam kisah benar ini, demokrasi sumpah tidak akan mengahwini majoriti yang tidak lagi dara, dimana demokrasi akan merana sepanjang hayatnya, mengimpikan segala yang terlepas, manakala majoriti akan terus disetubuh secara haram tanpa rela, sebab majoriti kini kerjanya melacur dan dilacurkan.

MATEMATIKA HIDUP




Ada seorang guru matematik. Seorang professor. Buat kerja pro-bono. Kerja sampai malam. Namanya Mr. Escalante. Hodoh, bergigi jongang, berpenyakit jantung dan diwatakkan lembap. Itu fizikal. Personanya jauh lebih cemerlang. Gigih, bijak, relevan, berani, diktaktor dan yakin. Yakin pada kekurangan, yakin pada masalah, yakin pada usaha dan yakin pada jalan penyelesaian.

Kekurangan pada fikiran Escalante akan mewujudkan masalah, masalah sentiasa menuntut usaha, dan usaha sentiasa membuahkan hasil dan selesaian.

Mengajar di sekolah bermasalah, anak-anak peribumi Chicano, yang berpeluang untuk belajar, dalam keadaan yang serba kekurangan. Serabut dengan masalah perkauman, dadah, kongsi gelap baju petak, kemiskinan, sifat malas, dan paling memuncak ialah bodoh dan dianggap bodoh.

Sekolah tinggi ini cacat jasmani dan rohaninya. Jasmaninya kurang guru, kurang duit, kurang meja, kerusi, dan kurang kemudahan. Roh dan jiwanya dipenuhi oleh guru-guru yang prejudis kepada usaha kebaikan, tidak komited, berkira dalam bekerja, dan menerima keterpaksaan sebagai satu keterpaksaan, bukannya tanggungjawab.

Escalante berjuang sesama muridnya yang dungu, dan berjuang dengan sesama rakan kerja yang dua kali ganda dungu. Bila seseorang yang berkuasa untuk merubah, tetapi memilih untuk tidak merubah, itu satu tingkat dungu yang tertinggi bagi Escalante. Lalu gelanggang pun di buka.

Escalante hadir dan mempersembahkan magis Matematik. Disiplin selesaiannya ringkas dan tidak ortodok. Contoh-contohnya relevan, dan di tangan escalante, Matematik adalah nombor yang bukan nombor, masalah yang bukan masalah, dan selesaian yang bukan selesaian. Yang ada hanya usaha dan kepuasan. Penglihatan murid yang dulu buta matematik (dan dengan kebutaan ini mereka menjadi takut) dibuka oleh Escalante seluas-luasnya.

Semuanya lulus dengan cemerlang. Semuanya mempunyai skor yang sama, dan salah disoalan yang sama. Escalante gembira, anak muridnya apatah lagi. Berhasillah sudah usaha mereka, setimpal dengan pengorbanan. Tapi ada pihak yang curiga, hingga mencadangkan siasatan dilakukan kerana dikhuatiri ada peniruan, curang ketika menjawab soalan.

Tersentak dengan semua ini, dan dinafikan hak, Escalante bangun menetang. Katanya, jika ini keputusan ini dari sekolah yang elit dan murid-murid ini tidak bernama sepanyol dan tidak tinggal di ghetto, kesudahannya pasti lain. Kes ini berunsur perkauman.


Lalu Escalante ditempelak oleh pegawai penyiasat, perkauman hanya terjadi bila minoriti sentiasa menerima curiga majoriti, dan majoriti sentiasa curiga dengan minoriti. Kami tidak mencurigai kamu, dan kamu menerima kecurigaan yang entah dari mana. Kami hanya menjalankan tugas, mengambil kira semua kemungkinan.


Buntu. Dengan kebuntuan ini, tiada siapa yang mengalah. Lalu, dicadangkan ulang periksa dalam masa 24 jam.

Malam sebelum peperiksaan, malam yang penuh dengan kerisauan, penentuan dan ketegangan, antara hasil dan pengiktirafan, ada anak muridnya bertanya, kamu takut kami gagal esok? Escalante menjawab, Tidak, kegagalan esok bukan kekhuatiran aku, aku khuatir kamu gagal di sepanjang hidup.

MEDIUM

Ust. Hasrizal (UH) dan Faisal Tehrani (FT). Antara dua bloggers yang menonjol dalam penulisan tentang Islam (aku rajin merayau disini). Pengetahuan yang dibawa, informatif, komunikatif dan segar. Walaupun bentuk info tentang Islamnya segera, tapi bermakna untuk aku berfikir, mencari dan secara halus mendorong aku untuk mendalamkan pengetahuan aku tentang Islam. Kedua-duanya dikurniakan bakat dalam mencari dan memahami ilmu, dan bakat untuk menulis. Siapa yang rapat dengan karya-karya FT akan tahu letak kekuatannya. Walau guru, rakan komunitinya insan-insan ternama dalam dunia sastera , FT berjaya muncul dalam bentuk dan gayanya penulisannya yang ampuh, tulen dan memikat. T. Alias Taib ada melontarkan ideanya tentang perihal bakat untuk menulis dalam sajaknya bertajuk Bakat (Antologi “Opera”, Cetakan 1988), dan FT ternyata lulus (bagi aku) dalam perihalan-perihalan itu. Penulisan UH sesuai dengan cabang pengajiannya. Tulisannya tentang dunia dan pengetahuan Islam, walaupun hanya sekadar berkongsi pengetahuan dan cerita hidup persekitaran, ianya munasabah. Isunya relevan, rujukannya kukuh, seruannya tepat. Gaya tulisannya lurus dan telus dari pengamatan, dan pengalamannya sehari-hari. Hargai bakat-bakat ini. Dan beberapa kerat yang lain. Rare talent. Bakat mereka ini ganjil-ganjilan. Ya, banyak orang lain yang tahu pasal Islam, dalam ilmunya tujuh lautan, tapi tak tulis blog. Tidak berjumpa medium komunikasi yang tepat. Kalau setakat ceramah, perlu terima hakikat orang muda sekarang majoritinya kurang kunjung masjid, sebab kerjanya banyak, selalu lalai, alpa, dan bertangguh-tangguh, tapi sangat istiqamah ke tempat-tempat yang ustaz kita kata dulu, tempat yang lagha (sia-sia). Pilihan konsertnya tiap-tiap minggu, tiada cukup secara live di dewan-dewan dan di padang-padang bandaran, dibawa masuk ke dalam satelit dan memancar ke kaca-kaca TV rumah, TV-TV kedai mamak dan kedai-kedai tomyam yang berhampiran. Tayangan filem antarabangsa dan tempatan, tiap-tiap minggu bersilih-ganti yang baru. Majalah Popular picisannya, penuh cerita dalam dan luar kain artis yang memandulkan daya kritisnya hari demi hari. Majalah Ilmiahnya pula amatlah mahal dan eksklusif, yang mana harganya serta-merta menjadikannya bakhil. Disebabkan buta bahasa arab, lalu jauhlah ia dari kitab-kitab agung warisan ulama hadis dan cabang-cabang ilmu Islam yang lain. Terjemahan kitab-kitab ini pula, bila dicari, sudahlah sukar, sikit pula bilangannya. Kalau ada pun, terjemahannya dalam tulisan jawi, dan gaya bahasanya yang kadang-kadang telor Indonesia, dan kadang-kadang telor gujerat, mematikan nafsu pembacaannya dengan sekali cantas. Lalu dia menyalahkan perterjemah-penterjemah melayu 50 tahun belakang, sebab tidak berusaha menterjemah kitab-kitab ini. Apakah mereka ini dulu, yang berkemampuan ini, tidur?. Orang muda ini prejudis dengan terjemahan penulis barat, kerana terjemahannya ditakuti menyeleweng, manalah tahu ini usaha sesat pihak-pihak orientalis dan liberalis. Ini antaranya adalah realiti. Jangan kita berselindung lagi. Telanjangkan kesukaan kita. Telanjangkan kelemahan kita. Ada orang kata, tumpukan pada kekuatan. Tipu. Kalau kelemahannya ketara lebih, dan kekuatannya hanya secebis, dikerjakan kekuatan itu lumat-lumat pun, pasti tidak berhasil. (-15 + 7), jawapannya tetap negatif 8, bukan? Kecuali ada kekuatan dalaman. Ada kekuatan batin. Ada kesedaran, dan ada keizinan maha kuasa. Kita sampai bila-bila pun tidakkan dapat mengubah dunia dan cara dunia berfikir. Kita hanya boleh mengubah diri sendiri dan cara kita berfikir. Jangan fikir kita ini melukut, sebab kita antara nukleus pada sel-sel yang membentuk masyarakat dunia. Jika kita seorang diktaktor, punya senjata nuklear yang boleh mengubah dunia, dan dunia seluruhnya hampir tunduk kepada kita, bangunlah dan beristighfar, sesungguhnya kita sedang mengalami mimpi ngeri.

PEMIMPIN, PIMPINAN DAN AMANAH

Kempen pilihanraya Kecil Machap hampir ke kemuncak. Bakal menyusul, Ijok. Di Ijok, ada yang sudah turun padang. Ini maknanya fokus, fokus dalam usaha mengekalkan kuasa. Melayu tidak masuk buku, sebab usaha kini tertumpu kepada kaum monoriti. Agaknya, sebab itu tiada isu-isu kaum Melayu yang meletup di muka akhbar perdana. Angin pilihanraya umum (PU), reda seketika. Machap dan Ijok, barangkali medan terbaik menguji keberkesanan strategi dan propaganda. Propagandis-propagandis, baik pemerintah mahupun pembangkang kini, agaknya jarang-jarang tidur lena. Analisis yang itu, cerakin yang ini, ulas yang sana, rumus yang sini. Kalau ikut kata legenda luncai, biarkan, biarkan, biarkan. From the people, By the people, For the people. Ungkapan paling popular untuk menjelaskan konsep asas demokrasi. Rakyat memilih pemerintah, pemerintah membentuk kerajaan, dan kerajaan laksanakan tanggungjawab. Jika ada yang tidak betul dan tidak terlaksana, rakyat ada hak untuk bangun dan bertanya; Kenapa? Ini Roh demokrasi, dan ini dilindungi dalam perlembagaan, dan dalam konteks Malaysia, perlembagaan kita itu mempunyai nilai duniawi dan legitasi yang tertinggi. Bila ada tanggungjawab, hadir sama adalah amanah. Semua wakil-wakil rakyat, baik yang berfotfolio ataupun tidak, adalah pemegang amanah tingkat komuniti ke atas. Itu sesuatu yang berat, penuh risiko dan mempunyai senarai auditasi yang panjang. Amanah, mahupun amanat ini, pernah disentuh oleh HAMKA, antara lain tulisnya: Tanggungjawab menegakkan masyarakat dengan segala cabang-cabangnya, dinamai Amanah. Amanah adalah amat berat sekali, sehingga Allah S.W.T memberikan perlambangan (Simbolik) betapa beratnya perihal Amanah itu melalui firmannya dalam Al-Quran (Surah Al-Ahzab; Ayat 72) “Telah Kami tawarkan Amanah itu kepada ketujuh langit dan bumi, dan bukit-bukit, maka semuanya berat memikulnya dan semuanya memohon diri. Lalu dipikul oleh manusia” (Di petik dari buku Islam: Revolusi ideologi & Keadilan Sosial; M/surat 301 & 302) Perihal Pemimpin. Apa takrif pemimpin? Apa yang melayakkan seseorang itu untuk memimpin? Adakah dia dibentuk? Atau dilahirkan? Jika dibentuk, wujudkah metodologi yang tertentu untuk melahirkan pemimpin? Jika dilahirkan, perlukah kepada bahan makanan dan baka-baka keturunan yang tertentu? Hingga kini, persoalan ini dibiarkan kabur, dan tiada siapa yang berani memberikan kata akhir. Pemimpin yang sudah tergoda dengan dugaan duit, harta dan nafsu. Pemimpin yang sudah terlepas dari saf pimpinannya hingga puak yang memilihnya dipinggirkan secara sedar. Malah, dipilih-pilih pula diantara puak yang memilihnya. Dan pemimpin yang memikul amanah dengan seringan-ringan pikulan, maka, sudah terbatallah kelayakkan sang pemimpin untuk memimpin dari segi keagamaan, kenegaraan dan kemasyarakatan. Setidak-tidaknya itulah yang dapat aku fikir dan putuskan.

REVOLUSI


Selalu kejadian manusia yang diberi tuhan kelebihan daripada saudaranya sesama manusia, memegang kekuasaan di dalam negeri. Setelah telapaknya teguh di dalam memegang kekuasaan itu, dia melakukan kezaliman dan sewenang-wenangnya di atas bumi Allah. Dia menghimpit menindas sesama manusia dan menumpahkan darah. Maka berusahalah golongan yang tertindas tadi melepaskan diri dari himpitan ini.

Usaha melepaskan diri ini kadang-kadang memakan masa yang lama, berpuluh-puluh tahun. Mulanya penindasan itu diterima saja dengan sabar oleh penduduk. Dipandang sebagai suatu takdir atau azab Allah yang tidak dapat dielakkan. Kerana penindasan itu tiada tertahan lagi, maka timbullah seorang manusia yang berani menyatakan fikirannya dan mencela tiap-tiap perbuatan yang tiada adil, atau hendak meminta perubahan yang baru.

Maka sangat murkalah pihak pemerintah kepadanya, dia dituduh hendak mengembangkan kekuasaan, hendak mengacau aturan yang telah lazim, hendak mengubah adat lama pusaka usang. Bukan sahaja pihak yang berkuasa amat marah kepadanya, rakyat yang hendak ditolong itu sendiri, rakyat yang hendak dilepaskan dari belenggu, menuduhnya pula sebagai pengacau, pengganggu keamanan.

Kadang-kadang pengubah itu dibunuh oleh bangsanya sendiri, atau lari dari tempat tinggalnya, kerana tiada tahan kena cela dan maki. Kadang-kadang pula dia difitnah “perkakas bangsa asing”, “menerima wang suap”, bahkan kadang-kadang teman-temannya sendiri menuduhnya pengecut kalau dia bersikap kendur, atau “Diktator” kalau dia keras, atau disuruh “undur” kalau dilihat kurang dari kekuatan lawan.

Tetapi, fikiran yang dikeluarkan oleh orang yang pertama tadi, tidak dapat ditahan lagi. Dalam masyarakat ia mula tumbuh, kian lama kian subur, walau bagaimanapun jua hambatannya.

Pekerjaan orang yang pertama belumlah sempurna, nanti ada orang yang kedua menambah dan memupuk fikiran itu, datang yang ketiga, keempat dan seterusnya, sehingga mulai goyang batu sendi susunan lama, dan seterusnya membentuk sendi pendirian baru yang teguh dalam masyarakat. Akhirnya, tibalah aksi serentak.

Tak ubahnya rupanya dengan air yang mengalir dari puncak bukit, lalu terhambat pada suatu tempat oleh suatu empangan. Mana air yang dahulu datang, berhenti dulu di muka empangan itu, menunggu temannya dan mengumpul kekuatan serentak. Setelah genap bilangannya, ditekanlah bersama-sama empangan itu, yang dimuka mendesak empangan, yang dibelakang tidak mahu undur lagi, sekaligus, dalam sorak-sorai yang riuh rendah, empangan tadi terjatuh hancur, atau tersingkir ke tepi, atau terbawa hanyut.

Maka esok pagi, kelihatanlah yang lama telah rompak, banyak batang dan pohon tumbang. Kadang-kadang ada orang yang turut hanyut, tidak tersua bangkainya lagi. Maka dari mulai hari besoknya itu dimulailah menyusun dan membangun yang baru.

Usaha melepaskan diri sampai berhasil menumbangkan satu kekuasaan yang menindas, dinamai REVOLUSI. Revolusi sosial adalah perjuangan di dalam negeri mencapai masyarakat yang lebih adil.

Prof. Hamka
(Ditulis sekitar 1945 – 1950)
Petikan dari bahagian Pendahuluan
Judul Buku: Islam: Revolusi Ideologi dan Keadilan Sosial
Pustaka Dini, Cetakan Pertama 2006
Himpunan Buku Asal:
“Revolusi Agama”, “Falsafah Ideologi Islam” Dan “Keadilan Sosial Dalam Islam”

FRAGMEN ITU LALU DAN AKU LEPAS

Sepanjang Mac 07, banyak jemputan Walimatulurus. Aku dengan rendah hatinya memohon maaf sebab gagal hadir. Ini yang aku kesalkan. Aku boleh pohon segalanya, aku boleh rancangkan semuanya, tapi bila berkaitan MASA, aku sentiasa dipihak yang kalah.

Seberang sana tanggungjawab, seberang sini persahabatan dan persaudaraan. Aku bukan bersilat alasan, dan jika aku mampu, aku 99% akan hadir meraikan kalian.
Kepada Joker (yang langsung di kuala Kangsar), Apoi (yang langsung di Lumut) dan rafHannuddin (yang langsung di Pontian), Tahniah sebab sudah bertemu jodoh dan moga kekal ke anak, cucu, cicit dan moga dilimpahkan kurniaNYA, rahmahNYA dan barkahNYA pada kalian.

Ini juga doa pada kawan-kawan yang dulu langsung (Yang sudah mempunyai waris juga!). Kepada kawan – kawan yang dalam pencarian, perancangan mahupun yang tidak pernah merancang apa-apa, percayalah jodoh kalian sudah ada. Hanya masanya sahaja belum tiba.

KALAU KAU SIBUK KAPAN KAU SEMPAT

“Ini puisi persoalan. Asakannya keras, jitu dan maujud. Sekali aku baca, susah aku nak lepaskan diri dari kebenarannya. Apa yang selama ini aku terlepas pandang, puisi ini jelmakan semula dalam bentuk yang terang. Malang sekali pada rangkap pertama aku sudah terpukul. Ini puisi adil, sebab aku yakin baris yang terakhir itu ditujukan khas oleh Mustofa Bisri pada dirinya sendiri, secara jujur”. - ras raka - Kalau Kau Sibuk Kapan Kau Sempat mustofa bisri Ditulis oleh AdministratorFriday, 24 February 2006 Kalau kau sibuk berteori saja Kapan kau sempat menikmati mempraktekan teori? Kalau kau sibuk menikmati praktek teori saja Kapan kau memanfaatkannya? Kalau kau sibuk mencari penghidupan saja Kapan kau sempat menikmati hidup? Kalau kau sibuk menikmati hidup saja Kapan kau hidup? Kalau kau sibuk dengan kursimu saja Kapan kau sempat memikirkan pantatmu? Kalau kau sibuk memikirkan pantatmu saja Kapan kau menyadari joroknya? Kalau kau sibuk membodohi orang saja Kapan kau sempat memanfaatkan kepandaianmu? Kalau kau sibuk memanfaatkan kepandaianmu saja Kapan orang lain memanfaatkannya Kalau kau pamer kepintaran saja Kapan kau sempat membuktikan kepintaranmu? Kalau kau sibuk membuktikan kepintaranmu saja Kapan kau pintar? Kalau kau sibuk mencela orang lain saja Kapan kau sempat membuktikan cela-celanya? Kalau kau sibuk membuktikan cela orang lain saja Kapan kau menyadari celamu sendiri kalau kau sibuk bertikai saja Kapan kau sempat merenungi sebab pertikaian? Kalau kau sibuk merenungi sebab pertikaian saja Kapan Kau akan menyadari sia-sianya Kalau kau sibuk bermain cinta saja Kapan kau sempat merenungi arti cinta? Kalau kau sibuk merenungi arti cinta saja Kapan kau bercinta Kalau kau sibuk berkhutbah saja Kapan kau menyadari kebijakan khutbah? Kalau kau sibuk dengan kebijakan khutbah saja Kapan kau akan mengamalkannya? Kalau kau sibuk berdzikir saja Kapan kau sempat menyadari keagungan yang kau dzikir? Kalau kau sibuk dengan keagungan yang dzikiri saja Kapan kau mengenalnya? Kalau kau sibuk berbicara saja Kapan kau sempat memikirkan bicaramu? Kalau kau sibuk memikirkan bicaramu saja Kapan kau mengerti arti bicara? Kalau kau sibuk mendendangkan puisi saja Kapan kau sempat berpuisi? Kalau kau sibuk berpuisi saja Kapan kau memuisi? Kalau kau sibuk dengan kulit saja Kapan kau sempat menyentuh isinya? Kalau kau sibuk menyentuh isinya saja Kapan kau sampai intinya? Kalau kau sibuk dengan intinya saja Kapan kau memakrifati nya-nya? Kalau sibuk memakrifatinya nya-nya saja Kapan kau bersatu dengan Nya? Kalau kau sibuk bertanya saja Kapan kau mendengarkan jawaban

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...