Ketika rakyat resah siapa bakal MB, ketika kerusi DUN tidak memihak kepada Melayu, Ketika rakyat rata-ratanya resah akan pembentukan Exco Kerajaan Negeri, semuanya menaruh harapan, Tuanku Sultan membuat keputusan yang bijaksana.
Bila Tuanku Sultan memilih YB Nizar, semuanya lega dan setuju. Kalau tak setuju pun UMNO sahajalah. Dah memang bangsa tak boleh terima hakikat. Majoriti rakyat rata-ratanya mendambakan satu keputusan yang bijaksana, adil dan saksama.
Tuanku Sultan telah membuat keputusan yang memihak kepada kepentingan rakyat terbanyak. Memilih YB Nizar sebagai MB Perak.
Berdasarkan lunas-lunas:-
-Perundangan dan Peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.
-Perubahan majoriti Kuasa Eksekutif Negeri Perak yang berpihak kepada PR.
-Demi kestabilan, dan ketenangan rakyat terbanyak Negeri Perak.
05 Feb 2009:
Ketika rakyat resah akan bertukarkah kerajaan, ketika kerusi DUN memihak kepada UMNO, ‘tyrant’ bangsa Melayu sejak 25 tahun yang lalu, ketika rakyat rata-ratanya resah akan tumbangnya kerajaan PR, semuanya menaruh harapan, Tuanku Sultan membuat keputusan yang bijaksana.
Bila Tuanku Sultan titahkan YB Nizar letak jawatan, UMNO setuju, ramai penyokong PR yang tidak setuju. Emosi meruap-ruap. Majoriti rakyat rata-ratanya sekali lagi mendambakan satu keputusan yang bijaksana, adil dan saksama.
Tuanku Sultan sekali lagi juga telah membuat keputusan yang memihak kepada kepentingan rakyat terbanyak. Bertitah agar YB Nizar melepaskan jawatan MB agar BN boleh membentuk Kerajaan.
Berdasarkan lunas-lunas:-
-Perundangan dan Peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.
-Perubahan majoriti Kuasa Eksekutif Negeri Perak yang berpihak kepada BN.
-Demi kestabilan, dan ketenangan rakyat terbanyak Negeri Perak.
Kedua-duanya adalah satu keputusan yang bijaksana, adil, dan saksama.
Wajarlah YB Nizar melepaskan jawatan MB seperti yang dititahkan. Jangan terpengaruh dengan bisikan-bisikan pihak-pihak berkepentingan. Memang ada banyak cara untuk mencabar titah Tuanku Sultan. Tetapi mencabar titah Baginda Tuanku bukanlah tindakan yang bijak.
Tingkah-laku pengkhianat, bukan urusan Tuanku Sultan mengadilinya.
Apabila Tuanku Sultan sudah bertitah, melainkan perkara-perkara yang menjejaskan akidah dan hukom Allah, rakyat, sekecil manapun dia, sebesar manapun dia, sepatutnya patuh menurut.
Begitulah seadanya.
Daulat Tuanku!
1 comment:
daulat tuanku
Post a Comment