dupavisitometer

Hal Perut

Pandangan sekular jati, baik komunisme ataupun kapitalis, bersetuju, hal-hal perut perlu diutamakan dan diberatkan. Perut merupakan petunjuk agung kepada ekonomi yang teguh, dan sebab itu si Maslow itu perutnya besar menggelebeh.
Sesiapa yang mengabaikan perihal perut dan tuntutan-tuntutan perut, dirinya pasti terseksa. dengan seksa yang amat pedih. Kesan domino kenaikan harga minyak sudah mula dirasakan oleh perut tadi. Gula-gula rebetnya, nampak gayanya tidak bertahan lama. Sabar perut sabar, lagi kuat engkau berbunyi, lagi cepat kurus datang bertamu.

2 comments:

Anonymous said...

mmg betul perut kene dahulukan skrg, itu masalahnya...so kawan2 aku yg ikut fesyen perut offside marilah bersama2 kita kurang isi perut tu...

UDE

Ras Raka said...

perut offside lebih baik dari busuk perut. busuk perut adalah orang tidak berhati mulia dan penuh dengki khianat.

perut busuk adalah apabila kita makan atau termakan telur tembelang.

Super funny, how's my joke man?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...