dupavisitometer

Ini Namanya Tadbir Urus Tanpa Belas

05 Mei telah mencatatkan sesuatu yang baru dan pedih. Kini kita boleh mempersoalkan tadbir urus Tanah Melayu ini. Dan, paling menyedihkan, kini bermulalah tadbir urus harta negara yang kejam dan tanpa belas.
Kenapa kita tidak cukup wang? sebab kita terlebih belanja, ataupun berbelanja pada barang yang tidak perlu. Dalam konteks tadbir urus harta negara pun macam ini juga. Maknanya, Tanah Melayu ini sudah terlebih belanja. Dan menanggung bebannya, kitalah, siapa lagi?
Kita disuruh berjimat, mengubah gaya hidup. Mereka? Hidup seperti biasa malahan berlebih-lebih pula, dan mereka perlahan-lahan menjadi bodoh dan sentiasa kembang hidung dan perasan pandai dalam hal-hal tadbir urus negara ini.
Kambing!!!
P/s: Aku akan menghuraikan kenaikan ini dengan lebih panjang, tetapi aku ingin kumpul respons-respons bodoh mereka dulu.

1 comment:

sharifulhafizi said...

salam...5 mei ke jun???ke ada maksud simbolik?? teruskan penulisan kamu...kerana sesungguhnya banyak yang membawa aku berfikir...terima kasih...

p/s: kalau terlepas perlawanan euro, jenguk lah blog aku...Insya Allah akan buat highlights setiap hari bagi setiap perlawanan..

yang tak tahu nak melayari blog aku..semak di bahagian risalah lain...namanya cikgu hafizi.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...