dupavisitometer

30 dis 2011, hari berkerja akhir untuk 2011

esok (30 dis 2011) adalah hari bekerja akhir untuk masyarakat buruh yang bekerja isnin-juma'at, 5 hari seminggu. untuk yang bekerja ahad-juma'at, 5 hari seminggu, hari akhir bekerja 2011, adalah hari ini (29 dis 2011), macam di kelantan dan kedah, dan kebanyakkan negara di wilayah middle east, macam emiriyah arab bersatu (UAE).

habis sudah apa yang dipertanggungjawabkan kepada kita untuk tahun 2011. tanggungjawab untuk tahun 2012 pula sudah menunggu. adakah kita akan lebih penat daripada tahun 2011, hanya Allah SWT sahajalah yang maha mengetahui.

bagi yang masih mempunyai pekerjaan untuk tahun 2011, bersyukurlah. bagi yang masih menganggur dan tidak bekerja, bersabar dan berusahalah dengan keras untuk mendapatkan pekerjaan halal. bagi yang masih mengamalkan rasuah dalam bekerja, berhentilah. untuk yang muslim, berhentilah memberikan perut sendiri atau tanggungan mu dengan harta rasuah. setiap anggota badan yang tumbuh dengan hasil rasuah dan bersumberkan haram, sesungguhnya neraka jahannam lebih aula jamahannya.

aku sukakan kerja aku sekarang. syukur Alhamdulillah. tetapi, tanpa sokongan keluarga kecil aku, terutamanya isteriku ummi kalsum abdullah yang banyak berkorban masa dan tenaga untuk melayan kerenah aku dan anak kecil kami, ahmad adel al-kalbaani, mungkin aku banyak stress dan gagal pula berkhidmat sebaik mungkin. juga sekalung penghargaan buat ibu tercinta, puan Halila bt. Md Desa, serta ayahanda Imam Hj. Abdullah Tuda serta bonda Mariam bt. Jabal.

by: muroza 29/12/2011.

please don't let those sins left forgotten.



morning glory dan faedah menontonnya

morning glory
secara peribadi, selepas 'jerry mcguire', tiada lagi filem yang 'inspiring' sifatnya untuk dijadikan sumber motivasi dan menerima liku-liku kehidupan dengan cara lebih positif, sehinggalah bertemunya dengan cerita 'morning glory' ini.

cerita ini sangat positif dan mempunyai banyak faedah sekiranya kita bekerja di syarikat atau majikan yang memberi imbuhan sesuai dengan sumbangan atau penat lelah yang kita tunjukkan.

maknannya, kalau tempat yang korang tu bosnya layan kronisme, layan pengampu termasuk yang mengampu sampai ke surau, mungkin cerita ini tak sepositif yang korang sangkakan. wakakaka.

apapun, memang banyak benda positif dan berfaedah yang dapat kita kutip sepanjang menonton filem 'morning glory' ini, antaranya:-

  1. syukurlah dengan tenaga, usaha dan daya fikiran yang tajam yang kita miliki sewaktu kita muda.
  2. tidak salah untuk bekerja keras demi kepuasan diri sendiri dan demi kehidupan yang lebih baik.
  3. walaupun orang tengok kita bekerja macam takde life, sesungguhnya memang ada seorang manusia yang Allah wujudkan untuk memahami kita, dengan syarat kita janganlah sampai melampaui batas. berpada-pada udah.
  4. memang leceh nak melayan kerenah orang tua, sebab 'priority' dan perspektif orang tua dengan orang muda berkenaan hidup dan pencapaiannya, berbeza. namun, orang tualah sumber sebaik-baik rujukan. jadi, hormatilah mereka seadanya.
  5. it is ok to accept your failure. the most important thing is you never give-up, never surrender.
  6. otak yang ligat berfikir dan positif adalah modal terbesar untuk mana-mana kejayaan.
  7. dihormati, dan nama itu datang dengan seribu kepayahan dan cabaran.
  8. ulang sekali lagi, jangan sekali-kali menyerah kalah.
sumber:

hantu kak limah pun gheti

ada satu kisah di marang, terengganu minggu ini pasal keluarga en. mazlan ali yang sudah tidak tahan menanggung gangguan hantu persis hantu kak limah yang dikatakan 'berkeliaran' disekeliling rumahnya dan mengganggu ahli-ahli keluarganya yang lain.

oleh sebab orang melayu ini suka dengar cerita khurafat, tahyol dan kesian, maka keluarlah cerita en. mazlan ali ini dalam sinar harian. sejak daripada itu, banyak benar sms dan nasihat yang diterima oleh en. mazlan untuk 'mengusir' hantu kak limah tadi. tak kurang juga 'pengamal-pengamal' ilmu mistik yang menawarkan diri untuk memberikan khidmat. barangkali ada juga produser filem yang menawarkan diri sama, entahlah. tetapi, en. mazlan tidak berkemampuan untuk menerima khidmat ini dan hanya mengambil nasihat yang di'sms'kan.

antara nasihat itu ialah dengan memulangkan balik apa sahaja barangan yang di ambil dari rumah pusaka ayahnya, dimana berangkali 'hantu' kak limah tu nak balik barang pusaka yang di ambil dari rumah ayahnya itu.

banyak faedah yang boleh kita dapat dari cerita 'mistik' en. mazlan ini, antaranya;

  1. dalam dunia serba material, 'hantu' pun nakkan 'hak'nya, apatah lagi manusia.
  2. kalau papan-papan buruk, zink-zink lama pun punya 'harga' pada pihak tertentu, apatah lagi duit rm250 juta duit rakyat yang dibazirkan. sudah tentulah rakyat nak tau apa dah jadi dengan duit tu, dan kalu dah tak betul kelakuannya, memang berhaklah rakyat mintak balik.
  3. dalam kes en. mazlan ni, rumah pusaka diubahsuai untuk anaknya duduk. tapi 'hantu' kak limah ni tak kira, satu keluarga dihampoknya sampai tak tidur malam. jadi, samada terlibat atau tidak, asal sahaja buat benda tak kena, memanglah orang pertikai, te tak?
jadi, mungkin 'hantu' kak limah di maran itu muncul untuk kritik kebobrokan dunia politik malaysia yang sangat rasuah, cuma mungkin sudah menjadi takdir, keluarga en. mazlan yang jadi perantaranya.

wallahu'alam.

sumber;
pulangkan barang kak limah - sinar harian 27 dis 2011

picture of the year (vancouver riot)

picture of the year 2011

On June 15, 2011, Vancouver burned. The riots that followed Game 7 of the Stanley Cup Final turned parts of the British Columbia city into chaotic scenes of looting, arson, violence, and clashes with overwhelmed police.

It was there, amid the anarchy, that Alex Thomas fell to the ground and was too frightened to move. Scott Jones, her Australian-born boyfriend of six months, comforted her with a kiss as riot police marched around them.

read full article here:
1. identity of famous couple revealed - yahoo

5 criteria how to be a cool malaysian citizens

  1. always buys a proton, not to strengthen the proton, but to ensure that at least by tomorrow, all of our proton workers still have jobs.
  2.  
  3. paid your ptptn and study loan, even if you're not agree with the institution and the interest rate, because our future brothers and sisters, who are like us, in this beloved Malaysia, do not have any other ways or option to finance their studies. yes, education should be free and just, but here, who give it a damned?
  4.  
  5. say no and reject to corruption. say no and reject those who accept. say no and reject to who is the upper hand and the lower hand. say no and reject those politician who say no, but he accept. say no and reject those leaders who say no, but he accept. say no and reject those pertubuhan who say no, but accept. say no and reject those wife who say no, but accept. say no and reject those family members who says no, but accept. say no and reject those who know about the corruption but choose to silence.
  6.  
  7. vote. please vote when the pru 13 comes. doesn't matter who you choose. democracy is the game of numbers. your single vote will represent a huge number of support. the most important thing of all, when you vote, you have eliminate the possibillities of others or the bad guys to use your name and registration number to vote and choose on behalf of you.
  8.  
  9. always believe we do deserve a better life in this country. please believe in that. there must be something better somewhere, waiting for you and me, and all malaysian to discover. we just need to believe.

wanita umno johor jangan terpisah dengan realiti

petikan sinar harian / 26 dis 2011

  1. Malah ketuanya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain yang juga Ketua Wanita BN Johor berkata, percaturan politik pembangkang yang bertunjangkan kepada fitnah dan pembohongan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) kini telah terbongkar.
  2. Sharifah Azizah menyelar usaha pembangkang yang mahu menukar kerajaan dan memberi amaran bahawa pertukaran kerajaan daripada BN kepada pembangkang bakal menyebabkan negara ini 'porak-peranda'.
  3. "Negara ini akan porak-peranda jikalau pembangkang memerintah, disebabkan mereka (pembangkang) tidak ada pengalaman sebagaimana yang dibuktikan di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah," katanya.

=========================================================================

kasihan betul dengan pergerakan wanita umno johor dapat ketua sharifah macam ni. kalau ketua dah terpisah dengan realiti, apa macam dengan ahli-ahli pergerakan? ini yang macam tak betul dengan statement dan aktiviti pembodohan minda yang kat atas tu:-

  1. apa yang fitnah? apa yang bohong? membongkarkan rasuah 250 juta? rasuah khir toyo? bohong pasal laporan audit? laporan audit sapa yang buat?
  2. porak-peranda? siapa yang buat onar? porak peranda yang 50 tahun sebelum ini dalam pemerintahan pembangkang ke? aii..ni fikir ikot mana ni?
  3. apa yang porak peranda kat negeri pembangkang? biasa ajer..hidup mcm biasa jer...tak porak peranda pun. rasanya, yang banyak bikin isu dan bikin kecoh ngo-ngo bertopengkan umno jer yang buat kacau kat p.pinang ngn selangor. tak baca paper ke ketua wanita umno johor ni? otak dah tinggal sebelah ke?
rakyat ada otak boleh menilai dan berfikir. mana realiti, mana dogma, mana tipu daya, mana dakwa-dakwi kosong, mana yang betul, mana yang tidak. kasihan, i don't want this kind of leaders to lead me. sorry.

we based on reality. for better malaysia. for better democracy. less corruption. more power to the people. we are the boss. what we think, matters. penyokong ngko air dah masuk kepala. pity them to listen to this lie and crap. crap one. crap two. crap three. crap four. nothing but crapp shitty crap.

sumber:
johor tidak terpedaya 'gelombang fitnah' pembangkang - sinar harian / 26 dis 2011

insiden jpn dan juanda jaya (wajib risau)

jpn sekarang kena jawab banyak soalan kenapa. nanti bila nak dekat pru13, lagi banyak kenapa jpn kena jawab. ramai yang tahu kisah sahibul-samahah mufti perlis dr.juanda jaya dan pertanyaan-pertanyaan 'kenapa'nya terhadap jpn dalam insiden nak ambil mykad anak perempuannya yang berumur 12 tahun.

ini antara petikan berita itu (Sinar harian / 26 dis 2011)

“Isu lain yang tidak dijelaskan dengan teliti ialah kenapa status anak gadis saya selama 12 tahun ini dalam sistem JPN adalah X Warganegara? Bukankah Surat Beranak dia sudah menyatakan status dia adalah warganegara Malaysia dan pasport antarabangsa dia juga warganegara Malaysia?,” katanya dalam kenyataan semalam.

Selain itu, Juanda turut berasa hairan kenapa pada 23 Disember 2011, masih menunjukkan status anaknya bukan warganegara, sedangkan kenyataan rasmi KDN kelmarin, mengatakan status anaknya sudah dikemas kini pada 12 Jun 2009.
“Saya amat terluka apabila sistem data komputer JPN yang saya percayai dan yakini menyimpan data keselamatan negara yang pasti tepat dan dipercayai, menyatakan dengan jelas anak saya selama 12 tahun ini, dalam rekod JPN Malaysia adalah bukan warganegara Malaysia,” katanya.

dan ini pula jawapan bengong pengarah yang masih enjoy dengan cuti krismas hujung minggu

Jumaat lalu, permohonan MyKad anaknya, Sumaiyah Syahidah tergendala disebabkan tidak memiliki taraf kewarganegaraan, namun ia selesai apabila Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam berkata, masalah ini berlaku lebih kepada masalah komunikasi.

==========================================================================

woii, ko tak baca ke apa yang dr.juanda tu komplen? dr. juanda komplen anak dia dah 12 tahun duduk malaysia, mak bapak warganegara, passport pun dah ada, tapi dalam sistem korang tu masih bukan warganegara.

itu bukan masalah komunikasi la bengong.

itu masalah sistem korang korup, senang kena manipulate, tak update, tak sekutu. dan, jpn ada masalah lebih besar lagi dari masalah store dan restore data warganegara bila sistem biometric cross dengan database jpn untuk detection senarai pemilih pru 13 nanti.

siap la korang kena jawap why, why, and why and if,if,if lepas ni.

rasuah, khianat, bebal dan bebas

rasuah

khir toyo didapati bersalah. dia dalam proses merayu. imej dan karier politiknya hancur berdeari-derai. dia sudah tidak boleh dipercayai lagi untuk menjadi wakil rakyat. bukan nilai rasuah yang menjadi pertimbangan dan isu. tak kiralah 5 atau 6 juta, atau 20 sen, yang penting prinsipnya, seorang pemimpin kena amanah dengan tanggungjawab dan jujur dengan tanggungjawab.

memang kerja kebanyakan wakil rakyat, tak kira umno atau yang lainnya, memang cenderung nak menyalahgunakan kuasa (rasuah kuasa) untuk dapat jalan rasuah duit, dan bina kekayaan diri sendiri dan anak beranak di atas dasar dan prinsip kasih sayang.

tidakkah mereka pernah mendengar walau sekali, peringatan bahawasanya harta yang haram sumbernya, serta harta itu dimakan dan diberikan tanggungan anak isteri dan penyokong, maka api nerakalah lebih aula menjamah jamahannya?

khianat

hassan ali dan nasha, orang cukup berilmu untuk faham dan mengerti by definition, apakah itu ciri-ciri khianat dalam perjuangan. tak perlulah syarahan yang panjang lebar dan berjela-jela. sudah banyak peringatan dan tunjuk cara yang ditetapkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan hadith Rasul bagi orang yang khianat dalam perjuangan.

ke tengah tidak, ke tepi tidak. hendakkan apa tidak diberitahu, kecewakan apa tidak diluahkan. bercakap sesedap mulut, mengungkit itu dan ini, menyalahkan itu dan ini. hai, apakah nak jadi dengan si bengap. makin membaiki imej semakin hancur. semakin banyak bercakap, terdengar semakin bodoh. berpadan-padanlah dengan title doktor faksafah tu.

bebal

mengenakan tekanan melampau dan 'aksi' yang berlebihan di dalam insiden 'turun bendera' oleh adam adli adalah satu tindakan bebal oleh 'sayap-sayap' umno yang telah menjejaskan reputasi dan kredibiliti serta ke'poyo'an umno di mata masyarakat.

tindakan yang bermula dengan ala-ala 'ampu dan sapu licin' itu telah menjejaskan usaha-usaha umno untuk menjuarai imej bersih dan mesra umno terhadap pengundi-pengundi baru. sudahlah memang terpalit dengan palat rasuah dan salahguna kuasa khir toyo dan sharizat families, memang satu kerja berat para pimpinan yang matang untuk membersihkan tindakan bodoh tiada ganti ini.

inilah jadinya apabila umno ada proksi ekstrim macam perkasa. aku percaya tindakan armand itu lebih 'perkasa' driven dari 'umno driven'.

bebas

finas kali ini memansuhkan tapisan dan sensorship kepada filem melayu. tanggungjawab itu diletakkan sepenuhnya kepada produser dan pengarah filem.

ada yang kata ini satu langkah kemajuan. ada yang kata ini langkah pembaharuan.'

tapi, melihatkan cara hidup, cara berpakaian, cara pertuturan dan sikap gila publisiti yang ditunjukkan dari artis sampai ke produser sampai ke wartawan, aku personally merasakn golongan yang menggelarkan diri mereka 'penggerak industri' filem ini belom cukup matang untuk melakukap cencorship dan tapisan mereka sendiri.

mereka akan tetap menjual seks, keganasan dan tahyol untuk profit. industri filem adalah kapitalisma sejati, yang menolak nilai.







kuda tunggangan (khartoum)


pulang bawa dosa, bawa pahala




sumber:
kematian kim jong ii - yahoo

bendera, mahasiswa dan abang kawasan

perarakan gerakan mansuh auku / mahasiswa yang dikenali sebagai bebas juma'at lalu, jika tanpa short video 'ludah' abang kawasan, aku pasti 'news coverage'nya tidak akan sepopular dan meletup-letup begini. jadi kita bolehlah menerima bahawa perarakan oleh bebas itu tidaklah se'sensasi' mana kalau 'abang kawasan' tak masuk campur.

'bebas' terlalu naif, dan 'abang kawasan' terlalu bodo piang melantun-lantun.

satu kumpulan (bebas) hendak menuntut kemerdekaan dari cengkaman 'auku'. satu lagi kumpulan (abang kawasan) bengang sebab bendera kena turun.

kalau kita hendak memilih, cause of fight mana yang lebih noble, agak-agaknya yang mana? yang nak merdeka dari cengkaman 'auku' ke, atau yang nak mempertahan bendera?

shortvideo oleh 'abang kawasan' itu sebenarnya melambangkan banyak perkara, and it might be the mother of all stupid videos produce by umno + umno proxy + umno asskisser this year. 

satu tu confirmed jadi kuda umno, jadi tak salahlah yang satu lagi tu jadi kuda pkr. takda yang boleh tak pueh hati kat situ.

siapa lebih demokrasi?




sumber:
ucapan presiden umno, dewan merdeka, pwtc
ceritera parti u - anwar ibrahim blog

tak kenang budi? jahanam!

baca entry penuh di sini : a single spark that starts the prairie fire? - sakmongkol AK47

ada satu tuduhan yang pada aku amat tidak adil dan dangkal yang dilemparkan kepada anak-anak muda yang kononnya menyokong dan bersimpati dengan pr. antara tuduhantuduhan tersebut adalah 'tak kenang budi' sebab kononnya dengan sokongan dan bantuan kerajaanlah mereka berjaya atau selesa dengan kehidupan kini. ini adalah satu hujah yang sangat bodoh dan sangat ketinggalan zaman.

satu, ini bantuan kerajaan. ini tanggungjawab kerajaan. kalau tak buat, semua ini insha'allah jadi buta huruf dan jadi macam golongan aboriginal australialah jawabnya. golongan muda ini sangat berterimakasih dengan kerajaan. cuma mereka tidak setuju dengan umno. mereka telah berpaling. umno bukan kerajaan. yang mereka tentang bukan kerajaan, yang mereka tentang orang umno yang duduk didalam jentera kerajaan yang menghancurkan negara dengan perlahan-lahan.

kami terima bantuan kerajaan, kami belajar guna duit kerajaan, belajar dalam negeri, kerja di sektor awam dan swsata, gaji average 3k, kerja sampai malam, pakai proton, jika kami tau ada orang nak hancurkan negara kami, takkan kami buat diam?

antara kami dengan anak menteri, belajar luar negeri, segala benda diberi, habis belajar untung anak menteri, duduk jaga lembu gaji sebulan 35 ribu, mana yang nak menghancurkan negara?

mana untung?

ada anak muda tak kenang budi tapi lawan rasuah ke,

 atau 

ada anak muda kenang budi tapi ikut sama makan rasuah macam mak bapaknya?

perlambangan demokrasi filem 'swing vote'

one man, one vote, no clue
kesempurnaan dan kecacatan apa yang dikatakan sistem politik demokrasi itu barangkali diterjemahkan dengan hampir sempurna di dalam filem 'swing vote' (2008). filem ini me-realiti-kan apa yang dikatakan 'your vote count'. 

di dalam filem ini, seluruh proses demokrasi akhirnya harus bergantung kepada satu undi seorang warga biasa yang apa kita kenali dengan terma 'pengundi atas pagar' di wilayah terpencil di texico, new mexico yang telah dijamin haknya untuk melakukan re-casting vote dalam tempoh 10 hari, setelah undinya pada hari mengundi tergendala secara tidak sengaja.

maka, dalam tempoh 10 hari inilah kita dikembangkan dengan realiti proses demokrasi konteks amerika, namun sangat dekat dengan realiti demokrasi ala-malaysia hari ini melalui perlambangan 2 utamanya;

bud (kevin costner) - pengundi atas pagar.

diwatakkan sebagai average american dalam lingkungan 50 an. seorang loser dari segala segi pentakrifan masyarakat. seorang loser yang disbelief undinya dapat mengubah apa-apa terhadap negaranya, sama seperti gagalnya dia mengubah hitung nasibnya selama ini.

mungkin watak ini melambangkan dilema-dilema asas 'pengundi atas pagar' samada yang mempunyai kesedaran atau tidak, menanam kepercayaan bahawasanya undi mereka itu tidak penting dan tidak signifikan dalam menentukan siapakah yang berhak mencorak pemerintahan negara di masa hadapan.

namun, melalui watak ini, ditonjolkan bahawasanya memang ada 'dosa' yang lebih besar daripada itu bersikap seperti itu. antaranya ialah dengan memilih untuk bersikap tidak apa, iaitu dengan tidak mendaftar, tidak keluar mengundi, serta secara sengaja merosakkan undi, atau atas kata lain gagal membuat pilihan.

walaupun mereka cuba 'ghaib' dalam konteks politik domestik, namun keputusan golongan ini yang tidak membuat pilihan, secara harfiahnya kesan tindakan mereka ini bukan sahaja memberikan kesan kepada diri mereka, bahkan secara kolektif sebenarnya mempunyai impak yang besar kepada sesebuah masyarakat.

molly (madeline carrol) - anak pengundi atas pagar

molly adalah anak perempuan bud, berumur 12 tahun yang basically 'run' hidup bud. molly mengambil tanggungjawab sebagai 'dewasa' yang bertanggungjawab. molly juga dilambangkan seorang yang radikal, bijak dan berani mendepani kehidupannya sehari-hari.

mudah. watak molly adalah perlambangan kepada masyarakat anak muda dan harapan generasi akan datang terhadap sesebuah negara. molly dilambangkan dalam usia kecilnya (12 tahun), sudah mempunyai perasaan cinta dan kasih yang tinggi terhadap negaranya. 'open' dengan prinsip-prinsip demokrasi dan mempunyai bersikap curios, dan pada masa yang sama 'sinikal' terhadap proses demokrasi itu sendiri. ia juga merupakan perlambangan satu generasi yang critical dan observant.

banyak lagi watak-watak yang mempunyai kekuatan tersendiri untuk menghidupkan jalan cerita 'swing vote' ini, dan silalah menonton filem untuk memahami apa itu pilihanraya dan menjawab persoalan seperti adakah boleh 'spr' tertidur di meja semakan daftar pemilih?

jawapan, boleh! (mengikut cerita ini) 

apa ka jadahnya ini??


tajuk video : lagi hudud pas
tarikh upload: 21/11/2011
pengupload: kawasaki 9722 (tiada integriti)
disyaki: walaupun neutral, nampak macam hatchet umno bn
taktik nampak real: macam-macam ada, melayu, cina, singh, pak aji.
lain-lain media: utusan malaysia

wacana perdana kelantan 8: pru 13, bn atau pr?

video penuh wacana perdana 8 - klik sini - ihsan ustream tv


wacana perdana 8 (poster atas)

tajuk acara : wacana perdana 8 : pru 13, bn atau pr?
tarikh: 8 dec 2011
moderator: prof agus
ahli panel: yg saifuddin nasution, yb dato' saifuddin abdullah, prof. shamsul adabi, prof. madya abu hassan hasbullah.

dalam kerangka semangat demokrasi terbuka, yang paling utama adalah wacana-wacana ilmiah, tanpa sekatan, tanpa sensor dan berpilih-pilih. walaupun kebebasan bersuara sesuatu yang subjektif, namun apa yang dipraktikkan oleh kelantan ini seharusnya dijuarai oleh kerajaan, untuk menjadikannya majlis dialog sebegini bukan hanya sekadar rethorika murahan.
ia perlu dilaksanakan.

ulasan umum berkenaan ahli panel dan moderator secara ringkas:

the big boss: prof. agus

prof agus selaku moderator berjaya mengawal perjalanan wacana dengan baik sekali dan dilihat seimbang dengan memberikan ruang kepada ahli panel melontarkan ulasan, pendapat dan analisis masing-masing. 

yang paling penting, 'pengarahan' prof. agus di dalam perjalanan wacana ini dapat memancing point-point penting yang dijawab dan diketengahkan oleh ahli-ahli panel yang mungkin bermanfaat oleh para hadirin untuk membuat penilaian dan tafsir sendiri, terutamanya berkenaan pentadbiran selangor, statistik pru serta paradigma politik umno dan pas serta pkr secara ringkas.

strongest panelist : prof. madya abu hassan hasbullah (um)

prof madya abu hassan selaku ahli akademik, yang disuarakan berkali-kali menjuruskan kepada kepentingan ruang demokrasi yang terbuka untuk para akademia. kerana mengikut pandangan beliau, akademia adalah entiti yang seharusnya bebas, yang menegur sebarang ketidakbetulan pemerintah, dan juga sebagai agen untuk pembaharuan fikiran rakyat serta harus diberikan ruang sewajarnya.

setiap patah katanya mendapat sambutan baik para hadirin, mungkin kerana prof. berjaya menempatkan sisi neutralnya di dalam wacana ini. namun, ingatannya kepada hadirin bahawa hakikat sesebuah parti politik bukan milik semua orang, tetapi sebuah negara adalah milik semua orang. sekiranya ketaksuban politik sehingga membenarkan tindakan yang menghancurkan negara dibenarkan, maka sekiranya parti hancur, ia boleh dibangun kembali, namun sekiranya negara yang hancur dengan ketaksuban ini, maka kita semua hendak kemana?


well accepted panelist 1 : Yb saifuddin nasution (pkr)

saifuddin, setiausaha agung pkr, dan bekas pengarah strategik pkr, adalah panelis pr yang berjaya membawa dan menerangkan fokus, keazaman serta tawaran yang bakal ditawarkan oleh pr melalui buku jinggan dan menerusi success story negeri-negeri yang dibawah pakatan rakyat, menerusi laporan audit negara 2011. saifuddin juga sempat mempersoalkan konflik gagasan 1 malaysia dengan apa yang ditunjukkan oleh umno dalam persidangan yang lalu.

saifuddin juga bijak mencelah, mempersoal dan juga mempertikaikan umno tindakan umno selaku pemerintah dengan isu-isu seperti rasuah, rang undang-undang perhimpunan aman disepanjang perjalanan wacana. 

akhir sekali, saifuddin menaruh keyakinan bahawa pr mempunyai peluang cerah di dalam pusingan pru akan datang sekiranya spr menjamin sebuah pilihanraya yang adil dan berintegriti. 

well accepted and interesting panelist: yb saifuddin abdullah (umno - bn)

kita harus memuji kelapangan dada dan keterbukaan yg ditunjukkan oleh yb saifuddin abdullah untuk menghadiri program wacana yang dianjurkan di kelantan ini, di mana kelantan sebagai sebuah kubu tebal pas-pr. ini juga ditegaskan oleh yb saifuddin nasution, bahawa tidak ramai pemimpin umno yang mempunyai fikrah seperti yg ditunjukkan oleh yb saifuddin abdullah ini. orang yang semacam yb saifuddin ini, menurut saifuddin nasution adalah kelompok terpencil kepimpinan yang wujud di dalam umno masa kini.
yb saifuddin abdullah telah menunjukan sisi positif apa yang dinamakan politician, iaitu dengan bersedia mendengar, menerima, mengakui serta mampu pula membalas hujah-hujah dan tuduhan-tuduhan nakal yang dikenakan terhadap umno dengan cara yang berhemah, terkawal dan tenang. jarang dilihat yb saifuddin abdullah dilihat tergelincir dengan tekanan dan beremosi dalam melontarkan kata-kata, walaupun berhadapan dengan para hadirin yang rata-ratanya menghayati semangat mampus umno.

yb saifuddin dikatakan seorang yang mendokong politik baru. kurang arif yang dikatakan dengan politik baru, namun saya berpendapat politik baru ini adalah yang menjunjung semangat keterbukaan. 

yb saifuddin secara terkawal dan santai telah menerangkan komposisi apa yang dinamakan gagasan 1 malaysia, serta menjelas dan menjawab hujah-hujah berkenaan rang undang-undang perhimpunan aman yang dikatakan tidak adil dengan seimbang. yb saifuddin abdullah juga mengulas sepintas lalu berkenaan aspirasi mahasiswa secara umum yang akan diberikan perhatian oleh pihak kerajaan melalui penggubalan auku kelak.

mengulas apakah bn akan mengekalkan kemenangan di dalam pru 13 akan datang, secara umumnya yb saifuddin berkata ia bergantung kepada mood rakyat, serta kemampuan bn untuk menarik balik sokongan yang hilang dan sejumlah 68% pengundi-pengundi atas pagar.

the weakest link : prof. madya dr. shamsul adabi (ukm)

this is the weakest link. kita harus turut risau, sebagaimana risaunya yb saifuddin nasution sekiranya this is kind of prof we have in our university. tertekan, hanyut dengan provokasi, gugup dan berhujah dengan secara lemah.

namun, kesalahan terbesar yang dilakukan oleh prof. shamsul adalah mengambil tempat yb saifuddin abdullah sebagai seorang ahli 'umno' yang berhujah secara dangkal.  hujah-hujahnya tidak lebih hanya 'copy paste' apa yang dibicarakan oleh utusan dan berita harian, tanpa menyedari bahawa yang dihadapinya adalah hadirin yang mempunyai semangat mampus umno. sebaiknya, prof shamsul datang dengan sesuai tarafnya sebagai seorang ahli akademia dan bukan sebagai seorang prof bertaraf kangkung.

hujah-hujah dan fakta-fakta yang dilontarkan lemah, dangkal dan seperti kurang persediaan. tidak salahlah prof. menjadi easy target oleh yb saifuddin dan prof abu hassan, yang seringkali diselamatkan oleh loceng masa dan prof. agus. 
pada hujah prof. shamsul terlihat ketakutan untuk mempertikaikan kerajaan, walaupun di sudah jelas dan nyata yang dihujahkan itu adalah berdasarkan laporan audit dan statistik rasuah antarabangsa. dia pulak yang mempertikaikan kredibiliti sumber statistik tersebut, yang saya lihat sedikit aneh kerana ia datang dari seorang prof yang faham apa itu penyelidikan dan research dicipline. 

samada prof. shamsul gementar dengan kehadiran yb saifuddin abdullah, yang juga timbalan menteri pengajian tinggi sekaligus bosnya, atau sengaja melihatkan sikap pembodek dan ass kisser tidaklah dapat dipastikan. 

jika prof. abu hassan adalah sisi kuat ipta malaysia, malang, prof. shamsul pula adalah sisi hampeh tak guna ipta kita. sungguh kasihan.

siap siaga

oleh kerana tarikh menjalankan pilihanraya adalah hak mutlak perdana menteri, maka semua parti yang bertanding kena sentiasa siap siaga, kerana tarikh itu hanya dalam kepala perdana menteri.

keistimewaan ini, sekali pandang semacam satu kelebihan kepada perdana menteri dan parti yang diterajuinya. dua kali pandang, macam kelebihan kepada parti lawan. apa yang dimaksudkan dengan itu?

sebab ini filem ada unsur-unsur perjuangan underdog. orang suka cerita perjuangan underdog. sebab ada element of surprise. mungkin sebab kekurangan maklumat, pihak-pihak 'underdog' ini akan berkerja lebih, dan berusaha dengan lebih gigih. macam orang suka dengan filem  perjuangan rocky, waterboy, the gladiator dan the replacement.

bilakah tarikh pilihanraya tidak penting, yang penting siap siaga. 

semua parti yang bertanding satu lawan satu, di ucapkan selamat berjaya.

walau apa pun terjadi, rakyat harus menang. 

atributasi demokrasi yang sangat menyedihkan

ya, sepanjang penggal pasca pru 12, kita selaku rakyat malaysia menyaksikan kejadian kemungkinan-kemungkinan amalan demokrasi yang tidak pernah kita terfikir yang kita sempat saksikan. ianya adalah kemungkinan mengubah kerajaan dengan tindakan wakil rakyat yang melompat atau menyeberang ke pihak lawan. kemungkinan menukar kerajaan ini timbul berikutan perbezaan bilangan kerusi oleh pihak kerajaan dan pihak pembangkang.

secara benarnya, ini adalah masalah moral berbanding masalah prinsip perjuangan.

idea untuk mengambilalih kerajaan melalui proses yang kononya 'tidak demokratik' ini bermula dengan desas-desus pada tarikh 16 september yang dicetuskan oleh anwar ibrahim, bahawa lebih kurang 30 - 40 orang ahli parlimen yang bakal menyeberang ke pakatan rakyat, yang memungkin kerajaan pusat berpindah tangan dari BN ke PR. dipendekkan cerita, akhirnya 30-40 ahli parlimen itu kekal menyokong kerajaan, dan kerajaan kekal diperintah BN.

namun begitu, beberapa bulan kemudian, kecoh pula dengan desas-desus bahawa kerajaan perak akan di ambil alih dengan proses yang sama. iaitu proses lompat. cuma, kali ini lain sedikit, sebab ia menggunakan 'torjan horse' iaitu adun bota. kemudiannya, 3 orang adun PR telah berpaling tadah atas isu tidak bersefahaman, bergabung dengan BN dan sekaligus mengubah majoriti kerusi pemerintahan dari PR ke BN. selebihnya hanya tinggal sejarah lipatan demokrasi yang pahit untuk dikenang.

didalam persidangan agung umno baru-baru ini, dan di masa-masa yang lain, tindakan yang dicetuskan oleh anwar ibrahim ini dicanag sebagai pembohongan besar dan anwar seorang pembohong. anwar juga dipotretkan sebagai seorang yang rakus kuasa, sehingga sanggup menggadaikan prinsip-prinsip demokrasi. 

saya boleh bersetuju dengan tuduhan-tuduhan umno itu, namun selain kita menuduh, elok juga kita bertanya, dengan menggunakan method yang sama di perak, adakah umno juga rakus kuasa? umno tidak mengumumkan mereka akan mengambilalih perak dengan proses yang sama, jadi yang baiknya mereka tidak berbohong. tetapi tetap mencabul kesucian proses demokrasi itu sendiri.

katakanlah umno tidak salah, sebab 3 orang ini yang beria-ia yang hendak masuk dan menyokong umno. baik. umno akan jadi lebih mulia sekiranya menolak kemasukan yb-yb lompat ini, kerana mereka sudah pastinya bankrupt moral. menerima mereka samalah bersetuju dan bersama-sama menjadi sebuah pemerentah yang bankrupt moral.

kalau tidak, bangsa melayu ini tidak menggambarkan tindakan umno itu seumpama seekor kerbau terpalit lumpur, dan dalam bahasa yang lebih halus, umpama nila setitik yang merosakkan susu sebelanga.

seharusnya, umno tidak mengambil peluang terhidang, sebaliknya menjunjung prinsip demokrasi dengan menasihatkan ketiga-tiga wakil itu meletakkan jawatan dan membuat undi semula. lawan di gelanggan demokrasi, dengan menjemput sama rakyat membuat keputusan.

namun insaflah kita, waima ini terjadi kepada PR sekalipun, barangkali tiada bedanya dengan umno. jadi janganlah kita berkeras sangat, kerana hakikat dalam mencari kuasa, matlamat menghalalkan cara.

dan kita hidup di zaman yang menjalani atributasi proses demokrasi yang sangat-sangat menyedihkan.  

waiting for "superman"

released date 24 september 2010
what an inconvenient truth about american-capitalist public education system victim. this a very sad stories. very sad. ini cerita penafian hak anak-anak kecil untuk mendapatkan pendidikan. education should be free and fun. although it was different subject and context from the movie 'sicko' by moore, but the issues was rightfully fit.

for those for make a living thru an education and our schools, please do watch this movie, other than 'laskar pelangi'. hopefully, malaysian educational system will not 'transforms' from what it is now to the system in this movie. please do not run our school as an business entitiy.

as all of us know, for our higher educational system, who 85% private and public IPT were 'funded' by the ptptn. student get a fund in a form of loan or debt. hopefully, our student will get a decent job for living, and start their own small family and pay the ptptn loan.

otherwise, they will end up on the similar condition of "trapped by 50,000 degree in low paying job",
an article published by bloomberg.

because we never know. sometimes those crazy people sitting in our cabinet do the craziest thing we ever imagine. i hope they are not that crazy.

i'd prefer them go stupidly crazy, suits their own stupidity perfectly.

sumber:
waiting for superman - wiki
trapped by $50,000 degree in low paying job - bloomberg online

sekadar pandangan

aku tengok blogger pro-umno dan pro pakatan ini selalu sangat sensitif pasal agama islam.

manakan tidak, satu puak kata parti jadi alat menjaga dan meneguhkan agama islam. satu puak lagi kata ini dah jadi dasar perjuangan parti. semua tahu, yang pertama itulah parti umno dan yang kedua disebut itu parti pas.


gila punya lawak

contoh, kalau lawak tu lawak sesangat, tahap 'A' macam jozan, kita panggil lawak giler. dulu, kalau nak describe benda yang melampau, kita akan cakap 'giler babi betul', lepas tu dipendekkan 'giler betullah' sampailah paling pendek 'giler'. contoh lagi kalau makan nasi goreng cili padi yang pedas menyengat lidah dah anak tekak, kita describe 'pedas giler', lebih kurang gitulah.

dan kita ada juga lawak yang gila (insane jokes) bertemakan yang kat bawah ni...

bai'ah will buy you trust and confidence.

percaya boleh menang dan dapat kepercayaan member dengan berikrar dan berbai'ah. yang ini memang gila punya lawak sebab kalau berbai'ah ni boleh jamin satu padu ahli bagi menang, apasal pas yang satu-satunya parti yang ada doktrin bai'ah dalam lanskap politik moden jarang-jarang sekali menang pru? berpuloh tahun berjuang, baru dapat perintah kelantan? aii.. ini memang lawak terbaik dari ladang ni.

panggilan jihad.

ini lagi lawak giler. ayahanda nak pergi berjihad ni, kalau anakanda dapat duit lebih menyanyi kat konsert nanti hulur-hulurlah kat ayahanda, selain berkat rezeki anakanda tu, ada jugak saham anakanda dalam berjihad nanti...wtf..lawak, lawak..terbaik dari anugerah musik 18, yeah!

situasi paling getir untuk parti kita

ini adalah statement dan tema paling lawak untuk tahun ini. kenapa? why? sebab, engkau tu pemerentah. tuan punya kerajaan. yang pegi takut sampai senak telur apasal? kalau nak lawan parti lawan yang kononnya takda apa-apa, yang tak bersatu hati, saling tak setuju, and not even in one logo, yang dok p terkencing masuk gelanggang ni apahal?

boleh bayang tak kalau lawan politik hangpa tu ada kekuatan dan akses pada kelebihan-kelebihan yang hangpa ada la ni? aku tak leh nak bayang hangpa jadi apa...jadi jagung nelson kot. hangpa ni dah ketaq pada bayang dan dosa-dosa hangpa sendiri ni.

kalau mereka miskin

kalau mereka miskin bantulah. wajib di bantu. tidak kiralah mereka umno, pas, atau pkr. mereka memang sudah sedia miskin. janganlah tembok ideologi politik sempit kalian menyempitkan lagi hak dan sengsara mereka. jika berkira-kira kamu miskin dan layak bantuan ini sebab kamu umno, kamu si miskin tak boleh bantuan sebab kamu ini pas, maka tunggulah mereka menuntut hak di alam kekal abadi kelak.

apa lagi alasan yang boleh diberikan melainkan berkira-kira? yang tiada bajet itu kenapa? kenapa bajet nak tolong orang miskin umno, pas dan pkr itu tidak disatukan? apa masalahnya kalau yang menerimanya nanti orang miskin juga? sudahlah namanya miskin, hendak sangatkah mereka meminta-minta. 

diri kamu sendiri, yang dikatakan para pemimpin, kamu ingatkan mudahkan menjadi seorang yang meminta-minta? jika jawapannya tidak mudah dan tidak sanggup, maka itulah yang dirasakan oleh orang-orang miskin. tetapi, jika tidak meminta-minta, apa lagi pilihan yang mereka ada.

orang ini kalau di tolong, akhirnya nanti bukan mengundi saya, dia undi orang lain. kalau diberi, dia bukannya tahu nak membalas budi, sudahlah tidak reti membalas budi, pegi pulak menyokong pihak lawan. baik pas, umno atau pkr, dengarkanlah ini baik-baik.

tanggungjawab kamu sebagai pemimpin adalah membantu. bantuan itu bukanlah berbentuk 'guarantee', timbal balik atau bermekanismakan hasil, faham? berilah bantuan sewajarnya, apa yang akan dilakukan oleh si miskin janglah kamu susahkan.

kasihanilah si miskin, kais pagi belum tentu makan, kais petang berlapar sampai ke pagi.

mirror, mirror on the wall


mirror, mirror on the wall, who are the ugliest amongst them all?
they have been alot of bickering, labelling, and badmouth between umno-bn and pr during the umno assembly ended yesterday. they say they have received the red message, to champion the people needs and get better for the sake to sustain putrajaya. as pkr also attacking umno bn for various scandal and accusations, why not we see what is seem so different yet to similar between this two giant, shall we?


1. if they win, dap will rule them all 

was it true? was it true if dap was different from mca and gerakan? i don't think so. gerakan were in power and ruled penang with umno full support then, and currently penang were rule by dap with pas and pkr full support. and sorry, the malay have been a minority in penang long before dap win the election. so, either dap or mca or gerakan, all of them will become the ultimate ruler, as long as they have a back-up from the coalitions.

if mca-mic-umno can work it out to run this country, why not pakatan rakyat? because you say so? because you are not confidence? who the hell are who? don't you know what is the people thinking right now? can't you see? the people thinks kedah is doing ok, penang is doing much better, kelantan was a lot better and selangor was turn to poor state like your early predictions.

and, the worst is, we know what all of you gumba's trying to do for your lost states.


nobody will rule us all. we elect. we decide. we are choosing our so called ruler. if you forgot, let me remind you again, we choose whoever we think is capable to become our servant to speak and serve us collectively.

2. cooperation with the chinese

to umno, to pas and pkr. yes, this great country consist with 3 main races, where malays as an power majorities, and chinese as an economics majorities. for this difficult reason, we have money on one side, and power on the other side. it should be tolerate to generate fairness.

i have no problems of your power sharing concept, umno with mca, pkr pas with dap. but, please consider this, before all you come up with power sharing plan to win the election, why not you asked your chinese friends what is their economic sharing plan with you first?

like tony montana said, first we have to get the money, then we get the power.

please discussed with your chinese coalition, to what extend they willing to share the water from their dwell with the malays? 

if they not know where to start, here some ideas:-
  • can they make the 50:50 ratio employment or the supply chain or whatever business synergies required for all range of businesses? and maintain the satisfied rate of salary eventhough they will the chinese slightly higher?
  • can they stop to discriminate a malay or whatever races of job seekers by dropped the mandarin / hokkien fluent term? your business are in malaysia and done locally, if you're not doing so much export sales or international sales, wtf you need the mandarin speaking employee? all malaysian mandatory to speak bahasa melayu and speak english fluently, no? now, please, drop this non-sense requirement. you have been asked the government to be fair, and it is wrong request if you are practicing a discrimination at same time.
  • stop employing a malay bigshots who will play a role as an 'ali baba' in your company. remember, when the opportunities stop, the corruption stops. be honest, wtf you hired the 'ali babas'? because you need government projects thru your 'ali babas' connection? do you realise what you've done? yes, you a nurturing the act of corruption. you know you will pay the connection 'fees' don't you. so, please stop doing and approve all of this wrongdoing.
otherwise, please forget to change the malay mindset. dr. mahathir have been trying for almost 20 years and failed.

between the lines

lisa surihani @ persidanga. ombak rindu bagged 2 mil ringgit in 72H release.
there is a lot of 'huu - haa' among the pro-umno blogger during the persidangan umno when the puteri wings rewarded lisa surihani with some sort of recognition to her achievement as an malaysian female artist.

but, personally i think it was a part of 'ombak rindu' free promo event. i hope i was wrong.

yazmin ziqin mohamed, singaporean
intorducing, yazmin ziqin mohamed. singaporean. father indian muslim. mother, chinese. she was the top scorer for singaporean primary school leaving exam (PSLE). she also the top indian scorer. top malay pupil was natalia nadila muhamad. yazmin score 283 points, and nabila 280 points.

if yazmin were in in malaysia, she is the national and malay top scorer. but not for the indian category. it is not the issue, as both of them are briliant.

the thing is, if Malaysia, 40 or 50 years down the road, has been blessed a leader who came from the family of yazmin (Indian Muslim + Chinese Muslim family), and surprisingly win the election and most winnable candidate of the people to be the form a government, can he or she actually became a prime minister?

because looking at current political party labelling, we might found him trapped within the charts here;

Chart 1;

Bangsa 'X' muslim +
perempuan melayu =
Melayu =
boleh pilih nak masuk Umno atau pas atau PKR. tiada masalah.

Chart 2

lelaki melayu +
Perempuan Bangsa 'x' muslim =
Melayu =
boleh pilih nak masuk Umno atau pas atau PKR. tiada masalah

chart 3

Bangsa 'x' lelaki muslim +
perempuan bangsa 'x' muslim = 
bukan melayu,  tapi confirmed islam =
hanya boleh masuk pas atau PKR sahaja. tak boleh masuk umno, sebab takde darah melayu.

but, somewhere down the line we manage to appoint him (her) as a prime minister, then we agree the 1st rules to become  a prime minister is a muslim. not malay? as we know today, umno is the strogest label for malay and nationalisme and bumiputeras, as pas is the strongest label for malay and islamic movement.

if that happens, does it mean the malay - nationalisme political labelling were not meant for forever and will expired someday, and the islamic movement labelling and fight will become a universal and practical in the future? in short, pas is more relevant than umno? damn, don't asked me for answer, please find it by yourself.

sumber:
top psle pupil from rulang primary - channel news asia
lisa surihani artis muda cemerlang umno - utusan
titik penentuan paling getir - utusan
Anwar: pkr-pr tidak sokong pindaan perlembagaan untuk PM hanya Melayu - merdeka review
ombak rindu berjaya kutip rm 2 juta dalam masa 72 jam. bakal pecah rekod? - rotikaya to

what is wrong of being humble?


what is more depress and stress other than listen to the speaker of the current persidangan umno? they have talked almost about every subject. the past leaders, the present leaders, opposition leaders, islamic leaders, malay leaders, political dogma, the old script, stand by false accusations, spread hatred, showing a compulsive and excessive both of inferiority and superiority complex they had suffer, gps-less on what rakyat thinking of them.



genderang 'perang'

peringatan perwakilan dan genderang 'perang'

ramuan rahsia sudah. perisytiharan genderang 'perang' pun sudah. cuma, barisan sahaja yang tak cukup 'kencang' hendak ke medan perang. nak dibanding dengan pas, 'panglima' perang pas nampak 'fit'. umno? choi!...semput.

malas nak menulis pasal pilihanraya. sudah hilang stamina. sudah hilang ghairah. 

the world might be a better place without you, you and you. look at my middle finger.

salute to the nation (uae)

salute to the nation
selamat menyambut kemerdekaan yang ke-40 kepada semua rakyat emiriyah arab bersatu. hari ini perayaan besar-besaran. perayaan yang mengenang kembali persetujuan dan kesatuan emir-emir wilayah abu dhabi, dubai, sharjah, ajman, ras al-khaimah, fujairah dan umm al-quwain 40 tahun dulu yang dibentuk selepas merdeka daripada british pada tahun 1971. kesatuan atau 'unity' yang diragukan pada awalnya, namun dengan berkat kesabaran dan ukhuwwah emir-emir tanah gersang dan kaya dengan minyak ini, kesatuan yang dikenali dengan united arab emirates ini kekal stabil dan muncul sebagai kuasa baru ekonomi semenanjung arab. 

mengimbau generasi yang mengisi kemerdekaan uae selepas 40 tahun, melahirkan rasa syukur dan bangga dengan apa yang dicapai oleh emirati sekarang. jika 40 tahun dulu, hanya gersang padang pasir, kini megah dan mengah dengan kemodenan. jika 40 tahun dulu kehidupan dirasakan terlalu perlahan, kini dubai berubah setiap satu jam. jika dulu khemah, unta dan kaki, kini silih berganti dengan bugati, maybach, porsche, hummer dan ferrari. 

Sheykh Zayed bin Sultan Al Nahyan, founder and former president of UAE (1971-2004)

the emir who forms the UAE - spirit of the nation 1971

spirit of the nation, ilustrated 2011

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...