dupavisitometer

wacana perdana kelantan 8: pru 13, bn atau pr?

video penuh wacana perdana 8 - klik sini - ihsan ustream tv


wacana perdana 8 (poster atas)

tajuk acara : wacana perdana 8 : pru 13, bn atau pr?
tarikh: 8 dec 2011
moderator: prof agus
ahli panel: yg saifuddin nasution, yb dato' saifuddin abdullah, prof. shamsul adabi, prof. madya abu hassan hasbullah.

dalam kerangka semangat demokrasi terbuka, yang paling utama adalah wacana-wacana ilmiah, tanpa sekatan, tanpa sensor dan berpilih-pilih. walaupun kebebasan bersuara sesuatu yang subjektif, namun apa yang dipraktikkan oleh kelantan ini seharusnya dijuarai oleh kerajaan, untuk menjadikannya majlis dialog sebegini bukan hanya sekadar rethorika murahan.
ia perlu dilaksanakan.

ulasan umum berkenaan ahli panel dan moderator secara ringkas:

the big boss: prof. agus

prof agus selaku moderator berjaya mengawal perjalanan wacana dengan baik sekali dan dilihat seimbang dengan memberikan ruang kepada ahli panel melontarkan ulasan, pendapat dan analisis masing-masing. 

yang paling penting, 'pengarahan' prof. agus di dalam perjalanan wacana ini dapat memancing point-point penting yang dijawab dan diketengahkan oleh ahli-ahli panel yang mungkin bermanfaat oleh para hadirin untuk membuat penilaian dan tafsir sendiri, terutamanya berkenaan pentadbiran selangor, statistik pru serta paradigma politik umno dan pas serta pkr secara ringkas.

strongest panelist : prof. madya abu hassan hasbullah (um)

prof madya abu hassan selaku ahli akademik, yang disuarakan berkali-kali menjuruskan kepada kepentingan ruang demokrasi yang terbuka untuk para akademia. kerana mengikut pandangan beliau, akademia adalah entiti yang seharusnya bebas, yang menegur sebarang ketidakbetulan pemerintah, dan juga sebagai agen untuk pembaharuan fikiran rakyat serta harus diberikan ruang sewajarnya.

setiap patah katanya mendapat sambutan baik para hadirin, mungkin kerana prof. berjaya menempatkan sisi neutralnya di dalam wacana ini. namun, ingatannya kepada hadirin bahawa hakikat sesebuah parti politik bukan milik semua orang, tetapi sebuah negara adalah milik semua orang. sekiranya ketaksuban politik sehingga membenarkan tindakan yang menghancurkan negara dibenarkan, maka sekiranya parti hancur, ia boleh dibangun kembali, namun sekiranya negara yang hancur dengan ketaksuban ini, maka kita semua hendak kemana?


well accepted panelist 1 : Yb saifuddin nasution (pkr)

saifuddin, setiausaha agung pkr, dan bekas pengarah strategik pkr, adalah panelis pr yang berjaya membawa dan menerangkan fokus, keazaman serta tawaran yang bakal ditawarkan oleh pr melalui buku jinggan dan menerusi success story negeri-negeri yang dibawah pakatan rakyat, menerusi laporan audit negara 2011. saifuddin juga sempat mempersoalkan konflik gagasan 1 malaysia dengan apa yang ditunjukkan oleh umno dalam persidangan yang lalu.

saifuddin juga bijak mencelah, mempersoal dan juga mempertikaikan umno tindakan umno selaku pemerintah dengan isu-isu seperti rasuah, rang undang-undang perhimpunan aman disepanjang perjalanan wacana. 

akhir sekali, saifuddin menaruh keyakinan bahawa pr mempunyai peluang cerah di dalam pusingan pru akan datang sekiranya spr menjamin sebuah pilihanraya yang adil dan berintegriti. 

well accepted and interesting panelist: yb saifuddin abdullah (umno - bn)

kita harus memuji kelapangan dada dan keterbukaan yg ditunjukkan oleh yb saifuddin abdullah untuk menghadiri program wacana yang dianjurkan di kelantan ini, di mana kelantan sebagai sebuah kubu tebal pas-pr. ini juga ditegaskan oleh yb saifuddin nasution, bahawa tidak ramai pemimpin umno yang mempunyai fikrah seperti yg ditunjukkan oleh yb saifuddin abdullah ini. orang yang semacam yb saifuddin ini, menurut saifuddin nasution adalah kelompok terpencil kepimpinan yang wujud di dalam umno masa kini.
yb saifuddin abdullah telah menunjukan sisi positif apa yang dinamakan politician, iaitu dengan bersedia mendengar, menerima, mengakui serta mampu pula membalas hujah-hujah dan tuduhan-tuduhan nakal yang dikenakan terhadap umno dengan cara yang berhemah, terkawal dan tenang. jarang dilihat yb saifuddin abdullah dilihat tergelincir dengan tekanan dan beremosi dalam melontarkan kata-kata, walaupun berhadapan dengan para hadirin yang rata-ratanya menghayati semangat mampus umno.

yb saifuddin dikatakan seorang yang mendokong politik baru. kurang arif yang dikatakan dengan politik baru, namun saya berpendapat politik baru ini adalah yang menjunjung semangat keterbukaan. 

yb saifuddin secara terkawal dan santai telah menerangkan komposisi apa yang dinamakan gagasan 1 malaysia, serta menjelas dan menjawab hujah-hujah berkenaan rang undang-undang perhimpunan aman yang dikatakan tidak adil dengan seimbang. yb saifuddin abdullah juga mengulas sepintas lalu berkenaan aspirasi mahasiswa secara umum yang akan diberikan perhatian oleh pihak kerajaan melalui penggubalan auku kelak.

mengulas apakah bn akan mengekalkan kemenangan di dalam pru 13 akan datang, secara umumnya yb saifuddin berkata ia bergantung kepada mood rakyat, serta kemampuan bn untuk menarik balik sokongan yang hilang dan sejumlah 68% pengundi-pengundi atas pagar.

the weakest link : prof. madya dr. shamsul adabi (ukm)

this is the weakest link. kita harus turut risau, sebagaimana risaunya yb saifuddin nasution sekiranya this is kind of prof we have in our university. tertekan, hanyut dengan provokasi, gugup dan berhujah dengan secara lemah.

namun, kesalahan terbesar yang dilakukan oleh prof. shamsul adalah mengambil tempat yb saifuddin abdullah sebagai seorang ahli 'umno' yang berhujah secara dangkal.  hujah-hujahnya tidak lebih hanya 'copy paste' apa yang dibicarakan oleh utusan dan berita harian, tanpa menyedari bahawa yang dihadapinya adalah hadirin yang mempunyai semangat mampus umno. sebaiknya, prof shamsul datang dengan sesuai tarafnya sebagai seorang ahli akademia dan bukan sebagai seorang prof bertaraf kangkung.

hujah-hujah dan fakta-fakta yang dilontarkan lemah, dangkal dan seperti kurang persediaan. tidak salahlah prof. menjadi easy target oleh yb saifuddin dan prof abu hassan, yang seringkali diselamatkan oleh loceng masa dan prof. agus. 
pada hujah prof. shamsul terlihat ketakutan untuk mempertikaikan kerajaan, walaupun di sudah jelas dan nyata yang dihujahkan itu adalah berdasarkan laporan audit dan statistik rasuah antarabangsa. dia pulak yang mempertikaikan kredibiliti sumber statistik tersebut, yang saya lihat sedikit aneh kerana ia datang dari seorang prof yang faham apa itu penyelidikan dan research dicipline. 

samada prof. shamsul gementar dengan kehadiran yb saifuddin abdullah, yang juga timbalan menteri pengajian tinggi sekaligus bosnya, atau sengaja melihatkan sikap pembodek dan ass kisser tidaklah dapat dipastikan. 

jika prof. abu hassan adalah sisi kuat ipta malaysia, malang, prof. shamsul pula adalah sisi hampeh tak guna ipta kita. sungguh kasihan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...