ada satu kisah di marang, terengganu minggu ini pasal keluarga en. mazlan ali yang sudah tidak tahan menanggung gangguan hantu persis hantu kak limah yang dikatakan 'berkeliaran' disekeliling rumahnya dan mengganggu ahli-ahli keluarganya yang lain.
oleh sebab orang melayu ini suka dengar cerita khurafat, tahyol dan kesian, maka keluarlah cerita en. mazlan ali ini dalam sinar harian. sejak daripada itu, banyak benar sms dan nasihat yang diterima oleh en. mazlan untuk 'mengusir' hantu kak limah tadi. tak kurang juga 'pengamal-pengamal' ilmu mistik yang menawarkan diri untuk memberikan khidmat. barangkali ada juga produser filem yang menawarkan diri sama, entahlah. tetapi, en. mazlan tidak berkemampuan untuk menerima khidmat ini dan hanya mengambil nasihat yang di'sms'kan.
antara nasihat itu ialah dengan memulangkan balik apa sahaja barangan yang di ambil dari rumah pusaka ayahnya, dimana berangkali 'hantu' kak limah tu nak balik barang pusaka yang di ambil dari rumah ayahnya itu.
banyak faedah yang boleh kita dapat dari cerita 'mistik' en. mazlan ini, antaranya;
- dalam dunia serba material, 'hantu' pun nakkan 'hak'nya, apatah lagi manusia.
- kalau papan-papan buruk, zink-zink lama pun punya 'harga' pada pihak tertentu, apatah lagi duit rm250 juta duit rakyat yang dibazirkan. sudah tentulah rakyat nak tau apa dah jadi dengan duit tu, dan kalu dah tak betul kelakuannya, memang berhaklah rakyat mintak balik.
- dalam kes en. mazlan ni, rumah pusaka diubahsuai untuk anaknya duduk. tapi 'hantu' kak limah ni tak kira, satu keluarga dihampoknya sampai tak tidur malam. jadi, samada terlibat atau tidak, asal sahaja buat benda tak kena, memanglah orang pertikai, te tak?
jadi, mungkin 'hantu' kak limah di maran itu muncul untuk kritik kebobrokan dunia politik malaysia yang sangat rasuah, cuma mungkin sudah menjadi takdir, keluarga en. mazlan yang jadi perantaranya.
wallahu'alam.
sumber;
pulangkan barang kak limah - sinar harian 27 dis 2011
No comments:
Post a Comment