aku tengok blogger pro-umno dan pro pakatan ini selalu sangat sensitif pasal agama islam.
manakan tidak, satu puak kata parti jadi alat menjaga dan meneguhkan agama islam. satu puak lagi kata ini dah jadi dasar perjuangan parti. semua tahu, yang pertama itulah parti umno dan yang kedua disebut itu parti pas.
kalau sama-sama nak pertahankan islam, kita kenalah kembali kepada al-quran dan sunnah. setiap kali cadangan kembali kepada Al-quran dan Sunnah rasul ini dikumandangkan, ada pulak suara-suara sumbang yang kata al-quran dan sunnah itu ditafsir ikut kepentingan parti masing-masing. dah jadi satu lagi isu. jadi, macamana nak selesai? rakyat, terutamanya generasi muda, nak faham yang mana?
jawabnya di syorkan umno-pas ini bawak-bawaklah bermesyuarat, berbincang dan berhujah. buang tuduhan lair antara keduanya satu persatu, sebab Islam ini, menurut Dr. Maza adalah agama yang ditegakkan dengan hujah. jadi, berbincang dan berhujahlah.
namun, kelihatannya semangat ini tiada. yang ada tuduh menuduh satu hala yang menggunakan kekuatan dan kawalan media masing-masing. yang kasihan, rakyatlah. media perdana limited pada umno. yang pas champion kat media baru / internet. mungkin banyak yang tidak setuju dengan hipotesis media ini, namun jika difikirkan balik, sekiranya media perdana ini agihan siarannya adil, adakah ruang untuk media baru untuk menjadi kuat dan meluas seperti penerimaannya hari ini? mungkin tidak.
siapa yang ragu, boleh cari balik online dokumentari sumbangan FB dalam kebangkitan rakyat mesir oleh BBC. pada hari seluruh rakyat mesir berhimpun di medan tahrir, media perdana mesir masih menayangkan lagu-lagu memuja hosni mubarak.
okey, berbalik kepada masalah mendokong perjuangan islam oleh umno dan pas ini, dengan pelbagai isu dan tuduhan-tuduhan liar, menyebabkan rakyat semakin kacau dengan pandangan-pandangan yang entah apa-apa. yang paling klasik, yang pasti muncul di setiap pilihanraya umum dan kecil adalah statement;
isu undi pas masuk syurga undi umno masuk neraka
umno menuduh pas menggunakan doktrin ini untuk meraih undi. pas dengan konsistennya menafikan tuduhan ini. jadi siapa betul, siapa salah?
yang pasti timbul adalah KEKELIRUAN. siapa yang rapat dengan media umno, akan keliru dengan tuduhan terhadap pas ini. dan, siapa yang rapat dengan media pas pula, akan keliru dengan tuduhan umno ini.
jadi, masalahnya apa? masalahnya ialah mengundi dan membentuk kerajaan yang benar-benar menegakkan syiar islam serta menolak kerajaan yang berpotensi untuk bersikap zalim dengan menggunakan proses demokrasi, iaitu satu undi 5 tahun sekali pemerintahan.
apakah itu kerajaan yang menegakkan syiar islam? negara islam bukanlah sekadar label. di zaman rasulullah SAW, hanya nama yathrib ditukar kepada madinah. tetapi adakah lambang negara islam hanya berdasarkan perubahan nama? tidak, kerana yang berubah, yang transform dan yang reform adalah segala-segalanya berkaitan urusan kehidupan seharian setiap rakyat yang bernyawa di kota madinah, iaitu satu bentuk kehidupan yang selaras dengan tuntutan Al-quran yang dilengkapkan dengan kepimpinan rasulullah SAW.
dan, apakah itu kezaliman? salah satu tafsiran zalim pada aku ialah kerajaan yang menafikan hak serta menyalahgunakan kuasa dan harta rakyat. mungkin tafsiran ini sempit, namun itu janganlah dinafikan bahawa kedua-duanya adalah cabang kezaliman juga.
dalam proses demokrasi, kita kena undi kerajaan yang bakal memerintah. jadi, wajib bagi kita memilih kerajaan yang menegakkan islam (bukan kerajaan yang pemimpinnya beragama islam, sebab kamal attarturk pun agamanya islam, sama dengan hosni mubarak dan zainal abidin ali, tunisia) dan bukan pula memilih kerajaan yang zalim.
jika kita mendokong dan memilih selain dari kerajaan yang menegakkan kedua-dua ini, maka secara konsepnya, kita pun akan dapat 'saham' juga dengan sekiranya kerajaan yang kita angkat itu, apabila berkuasa akan terus-terusan melakukan kezaliman walaupun kita diberikan habuan dan disenangkan oleh kerajaan zalim itu sepanjang mereka berkuasa. yang menjadi hal dan perkiraan bukanlah bagaimana kerajaan zalim itu melayan kita, tetapi bagaimanakah caranya mereka melayan saudara se-Islam kita yang lain.
jadi, masalahnya di sini ialah bukan undi pas masuk syurga, undi umno masuk neraka.
jadi, secara konsepnya, dua-dua parti utama kat malaysia ini memang dah nak jaga islam sangat dah. pas sudah menjadikannya dasar. umno pulak dah termaktub di dalam perlembagaan parti, katanya.
cuma nak settle dalam bab zalim. dalam bab zalim, umno kata pas zalim, pas kata umno lagi zalim. tak cukup dengan itu, ada pulak tuduhan kata masing-masing memerintah ikut tafsiran islam sendiri-sendiri.
jadi, bawaklah berbincang, leraikanlah segala kekusutan secara ilmiah dan bertamadun.jangan menggunakan media-media kuasaan sendiri untuk membuat tuduhan melulu. kedua-duanya ada bijak pandai agama, kita pun ada majlis mufti, majlis fatwa dan macam-macam orang cerdik pandai islam yang lain.
kasihanilah rakyat yang terus-terusan hidup dalam kekeliruan.
cuma, yang dicadangkan satu majlis ilmu dan hujah untuk mencari kesepakan, bukannya bergabung. umno jangan salah persepsi kalau pas setuju tu maknanya pas setuju nak masuk umno, itu bodo namanya. dan orang pas pulak bila umno dah setuju dan berhujah, jangan perasan umno setuju jemput tu bakal nak jadi menteri. itupun bodo jugak namanya.
No comments:
Post a Comment