dupavisitometer

morning glory dan faedah menontonnya

morning glory
secara peribadi, selepas 'jerry mcguire', tiada lagi filem yang 'inspiring' sifatnya untuk dijadikan sumber motivasi dan menerima liku-liku kehidupan dengan cara lebih positif, sehinggalah bertemunya dengan cerita 'morning glory' ini.

cerita ini sangat positif dan mempunyai banyak faedah sekiranya kita bekerja di syarikat atau majikan yang memberi imbuhan sesuai dengan sumbangan atau penat lelah yang kita tunjukkan.

maknannya, kalau tempat yang korang tu bosnya layan kronisme, layan pengampu termasuk yang mengampu sampai ke surau, mungkin cerita ini tak sepositif yang korang sangkakan. wakakaka.

apapun, memang banyak benda positif dan berfaedah yang dapat kita kutip sepanjang menonton filem 'morning glory' ini, antaranya:-

  1. syukurlah dengan tenaga, usaha dan daya fikiran yang tajam yang kita miliki sewaktu kita muda.
  2. tidak salah untuk bekerja keras demi kepuasan diri sendiri dan demi kehidupan yang lebih baik.
  3. walaupun orang tengok kita bekerja macam takde life, sesungguhnya memang ada seorang manusia yang Allah wujudkan untuk memahami kita, dengan syarat kita janganlah sampai melampaui batas. berpada-pada udah.
  4. memang leceh nak melayan kerenah orang tua, sebab 'priority' dan perspektif orang tua dengan orang muda berkenaan hidup dan pencapaiannya, berbeza. namun, orang tualah sumber sebaik-baik rujukan. jadi, hormatilah mereka seadanya.
  5. it is ok to accept your failure. the most important thing is you never give-up, never surrender.
  6. otak yang ligat berfikir dan positif adalah modal terbesar untuk mana-mana kejayaan.
  7. dihormati, dan nama itu datang dengan seribu kepayahan dan cabaran.
  8. ulang sekali lagi, jangan sekali-kali menyerah kalah.
sumber:

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...