dupavisitometer

songlap...dah ketagih la ni...

kerja kotor. sapu bersih
banyak dah review pasal cerita songlap. masalah, apa yang filem ini tak ada? jual budak, sumbang mahram, pelacuran, judi, gangsterisme, jual orang, bunuh, rogol, dadah, keporak-perandaan institusi kekeluargaan, abang kawasan, agama islam apatah lagi, dan juga everything and anything that has to do with the dirty doing by malaysian, which is flooded the malaysia newspaper, especially metro. heh. 

sekali lagi, apa yang takde dalam filem ni? where is the missing cameo? yes, no police involvement. takde polis. bukan setakat anggota polis, bau polis pun takde. yang banyak teksi. mungkin abang-abang teksi kita simpan banyak cerita-cerita hitam metropolitan. lagipun, cerita ni pasal the other side of law, where the present of the 'other' is not required. hehehe.

dari segi lakonan, satu pujian kepada ketelitian pemilihan para pelakon, samada 3 teraju utama mahupun watak-watak sampingan, mutu lakonan dan dialog yang minimal tapi mantap, bersesuaian sangat dengan mesej-mesej yang berat dan berlapis-lapis. termasuklah dengan pelakon-pelakon cina, yang jarang aku tengok berlakon. jadi, aku reserved komen aku tang situ. 

namun, champion tetap shaheizy sam. aku dulu pernah fikir, alangkah bagusnya kalau sam dapat watak filem yang macam gini, supaya aku boleh tengok kemampuan lakonan, gerak badan dan skill lakonan semulajadi yang dia boleh persembahkan. damn, bila dia champion pulak bawak watak yang macam gini, dalam filem yang macam gini, terus aku cakap alangkah baiknya kalau sam boleh bawak watak macam gini pulak, dalam filem yang macam gini pulak, walaupun aku sendiri tak tau apa bentuk watak dan filem yang 'macam gini' tu. 

itulah dia kekuatan seorang pelakon yang genuine, sentiasa ada 'surprise' untul khalayak. macam heath ledger jadi joker dalam batman, marlon brando dalam godfather, dakota fanning dalam 'i am sam', elle fanning dalam 'super 8', meryl streep dalam 'mama-mia', dan christian bale dalam 'the fighter'. dan tak banyak pelakon dalam malaysia yang punya kualiti tersebut, kerana kebanyakannya samada 'kaku' atau monotenous, macam jalaluddin hassan, awie dan aaron aziz. heh. macam yang bos aku cakap tadi, 'good job, sam'.

apapun, filem ini sangat-sangat terserlah ketelitiannya. dari satu scene ke satu scene, sinambungan, pemilihan lagu-lagu, dan teknik-teknik mempersembahkan elemen of surprise pada tempat, scene dan timing yang aku kira hampir perfect. satu pujian kepada pengarah-pengarah (sebab ini kerja dua orang). 

maybe i'll expect more from you guys next time. until then, i do feel scene sam dengan sara ali kat dapur yang 'ko pukul..ko pukul...ko pukul...' tu adalah luahan isi hati watak sam terhadap layanan ibunya terhadap dirinya, dan membuatkan aku jelas apa itu maksud 'terbaik' dan 'berkemampuan' dalam konteks keibu-bapaan hari ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...