dupavisitometer

daim yang diam


menjelang pru 13, nama yang kembali hangat dengan ramalan pintarnya, dan mula diber perhatian tidak lain tidak bukan ialah daim zainuddin atau lebih dikenali dengan 'daim yang diam'. menjelang  pru 12, ramalan pintarnya daim  'disambut' dingin oleh pembesar-pembesar UBN yang sombong dan bongkak, serta over-confident pada ketika itu. akhirnya, ramalan pintarnya itu benar-benar materialised, dan hanya yang bodoh sahaja yang tak pintar-pintar 'membaca' ramalan-ramalan pintar yang ngeri daim yang diam itu.

kini, telahan dan ramalan pintarnya menjelang pru 13 sudah mula dibincangkan ke tahap 'KETUA KLUSTER POLITIK, KESELAMATAN DAN HAL EHWAL ANTARABANGSA MAJLIS PROFESSOR NEGARA' prof datuk dr. mohamed mustapha ishak. (apa kluster ni buat dan sumbangkan pada negara?) yang boleh dibaca disini, sekaligus 'menghancurkan' ramalan pintar daim itu jadi hampeh kelapa.


menyingkap rekod lalu, disebutkan di dalam buku daim yang diam, daim selalunya lebih suka memilih sukan dengan sukan yang benar-benar menyihatkan dan mengeluarkan peluh, macam squash dan badminton, berbanding memilih sukan yang mempunyai status tinggi, seperti bermain golf. bermain golf, menurut daim di dalam buku itu adalah ssalah satu tanda dan simptom inferioriti kompleks. (senang cerita, ikut pemahaman aku, kalau main golf tu, bajet boleh naik standard jadi orang putih la...hahaha). banyak lagi yang dirungkaikan dalam buku tersebut, antaranya pengalaman daim bertemu dan 'meeting' dengan robert kuok, yang mana robert kuok ini sangat business savvy sampaikan masanya diuruskan betul-betul, dan daim hanya diberikan masa 5 minit termasuk dengan masa kecederaan dalam perbincangan itu. juga, disebutkan juga pada ketika daim dinasihati mahathir supaya datang ke pejabat dengan memaki kasut, apabila daim gemar datang ke pejabat dengan memakai sandal. 'nanti apa kata orang' kata mahathir. itulah daim dalam buku itu, seorang yang humble dan ikut kepala sendiri.

samada daim dah berubah dan kini berlainan, atau masih kekal dengan apa yang pernah dicatatkan dalam buku daim yang diam itu tidaklah dapat dipastikan. sebab daim kini statusnya sudah lain, bersesuaian dengan status dan mitos-mitos self-made billionairenya yang terkenal itu.

apa yang menarik, karekternya sebagai seorang yang diam, yang berjaya di arena politik dan korporat, adalah sangat unik. sebab kedua-dua dunia ini selalunya memerlukan lime-light dan attention yang maha gila. seorang yang diam selalunya gagal menjadi lime-light dan attention winner.

tapi, perlu diingat, walaupun daim trained lawyer, namun jati dirinya adalah seorang businessman. dreamed being a businessman, start as a businessman, served as businessman, and retired as a businessman. jadi, pembacaan dan ramalan politik daim itu sebenarnya pandangan seorang businessman yang rapat dan dekat dengan keadaan ekonomi business domestik semasa tanahair. mungkin pandangan dan ramalan daim itu sebenarnya 'mikro business intelligent' yang dikumpulkan dari ucapan-ucapan spontan para-para isi rumah, peniaga, pemborong, yang makan gaji, samada kuli ataupun bos. mereka ini sebenarnya hari-hari meluahkan rasa dan aspirasi politik mereka, yang jarang-jarang sekali para pemimpin dan bakal pemimpin sudi mengutipnya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...