dupavisitometer

Bayangan Persis Macam Yang Itu

salam.
Hari minggu lepas cabang buat pemilihan. keputusannya, kecoh tak tentu hala. cuma tiada baling kerusi. cabar keputusan masih ada. kejutan kalah ada. kesangsian ada.
banyak calon heavyweight sudah masuk gelanggang.
untuk sebuah parti yang terbuka dan kononnya menjunjung perjuangan demokrasi taraf tinggi, adalah diyakini politikingnya tidaklah sekecoh ini, walaupun mengambilkira usia penubuhan PKR.
Status, perjalanan, jatuh, bangun dan cabaran yang telah dihadapi dan diuji ke atas PKR seharusnya mematangkan mereka awal, dan seharusnya menampakkan mereka bijak ber-demokrasi, bukan hanya berdemonstrasi dan ber-reformasi.
namun, keadaan terkini, saling tak tumpah dari parti serpihan, malahan makin kecoh. mungkin ada permainan media kiri dan kanan, namun petikan-petikan siaran akhbar calon pucuk pimpinan yang bertanding agak mengecewakan.
debu-debu 50 tahun nampaknya masih terlekat dan semakin pekat.

Peguam Dan Jenayah

aku punya perancangan lain untukmu micheal, ujar vito. mungkin seorang senator, senator micheal corleone. paling tidak pun, sebagai seorang peguam. jika rompakan itu dilakukan oleh 4 orang yang bersenjatakan pistol, dan seorang peguam bersenjatakan briefcasenya, nescaya, si peguam itu akan lebih banyak hasil rompakannya.
itu pendapat vito corleone, seorang godfather, ketua keluarga mafia dalam filem godfather tentang peguam dan jenayah. karya mario puzo ini, selaku penulis asal filem ini, memberikan gambaran tepat akan sangkut-paut peguam dan jenayah.
seorang peguam lazimnya arif akan permainan undang-undang. seorang peguam bukan seperti seorang judge dred, yang mendakwa sekaligus menghukum. kadang-kadang seorang peguam dipihak defendan, kadang-kadang dipihak plainitif.
banyak orang jahat dalam dunia ini, tetapi yang paling jahat adalah orang yang menggunakan akses kuasa dan kepandaian untuk melangkah melepasi batas yang sepatutnya, atas sebab terlalu mementingkan kehendak isi perut sendiri.
biarlah ini menjadi siri akhir peguam dan jenayah, dan terakhir sekali dalam rentetan jenayah kejam negara. kita wajib merasa selamat di atas tanah tumpah darah sendiri.

Iklan Tak Bertamadun TV3

Salam.
dalam keghairahan semangat '1 malaysia' (yang kita rakyat Malaysia pun masih beku dan jumud akan idea ini) yang ingin ditonjoolkan, nampaknya TV3 telah mendahului stesen-stesen TV lain untuk menjadi bengong dan secara sengaja telah menyalahgunakan konsep 1Malaysia ini.
1 Malaysia tiada kena-mengena dengan idea nak jadikan malaysia ini 1 agama.
Islam adalah yang tertinggi. Ianya akan kekal begitu, sampai kiamat.
1malaysia hanya slogan cita-cita yang ingin menyuburkan perkumpulan akan semangat kekitaan rakyat malaysia yang bermsyarakat majmuk, supaya keharmonian kaum Melayu, Cina dan India itu satu atas dasar nasionalisma dan budaya yang boleh dikongsi bersama, yang kurang prasangka, dan saling bekerjasama.
idea 1malaysia ini idea berat, sehinggakan ada politkkus nasional sendiri yang masih keliru dengan idea 1malaysia ini. kalau mereka faham akan gagasan 1 malaysia ini, tidakkan ada komen-komen sensitif berkaitan keharmonian ini akan dilontarkan dengan secara membuta-tuli.
Alih-alih, dalam suasana menyambut Syawal 2010, datang pula iklan aidilfitri TV3 (kononnya) dalam bentuk interpretasi perayaan krismas, dan deepavali. sungguh kurang ajar. bagi yang tiada asas bagaimana kami menyambut Aidilfitri, sila ambil nota ini.
kami menyambut aidilfitri dengan takbir dan tahmid, tanda syukur kepada Allah atas segala kurniaan-Nya.
miskin kaya menyambutnya dengan berpada-pada, sesuai dengan anjuran Islam. tanpa panjut, bunga api, lemang, dodol, baju raya, Aidilfitri disambut juga. kami menyambut syukur, bukan berlagak syukur. yang lain hanya pelengkap kemeriahan.
Hari besar kami ini adalah antara hari-hari besar Islam.
jangan cuba meletakkan Islam itu setaraf dengan apapun. ianya adalah idea kolot dan kotor, jika tujuan iklan ini untuk mengelirukan generasi islam tua dan muda malaysia.

Tycoon Dan F.F Coppola

The Sun melaporkan halangan MCA Ipoh Timur terhadap permintaan seorang jutawan untuk menduduki kerusi jawatankuasa Unitar (Unitar Council) dan menamakan sebuah 'asrama' unitar dengan nama beliau sempena sumbangan ikhlasnya yang berjumlah RM 30 juta untuk pembinaan 'asrama' di kampus utama Unitar di Kampar.
kata MCA Ipoh Timur "requests were not acceptable as they had “exceeded" the university’s jurisdiction and deemed an interference in the management of the university”.
macam-macam hal. miskin pun macam-macam hal, bila dah kaya pun macam-macam hal. ini cerita ada udang di sebalik mee rebus. senanglah kalau begini, bagi duit terus dapat jawatan. hasrat untuk menyumbang murni, tapi kelingking berkait macam ada benda yang tak kena. mengharapkan balasan untuk tambah prestige mungkin?
F.F Coppola, sah dicalonkan sebagai penerima darjah kehormat kesultanan perfileman hollywood amerika, iaitu Oscar, di atas sumbangan dan kecemerlangannya menempa nama sebagai pengarah baka ulung hollywood.
sekali lagi, badan pemantau standard industri perfileman multi-billion itu mengiktiraf F.F Coppola setelah beliau menerima darjah pertamanya untuk filem-filem klasik yang hebat, antara lain Godfather Trilogy, dan Apocalypse Now .
Berapa taksir kekayaan F.F Coppola ini?

Penghujung Ramadhan

salam.
suka atau tidak, Ramadhan sudah hampir benar sampai ke penghujung. Juma'at depan, insha'allah, kita akan menyambut Aidilfitri. Selagi ada masa, Ramadhan tidak pernah tidak tiba. yang mungkin tidak tiba adalah kita. Ramadhan akan datang dan pergi dengan segala pakej-pakej kebaikannya dan ganjarannya yang dijanjikan. Ini pasti.
Beruntunglah orang-orang yang mengambil peluang akan kebaikan-kebaikan ini.
apapun, manusia itu lemah, lupa dan lalai. mengharapkan semata-mata kasih sayang Allah, tuhan sekalian alam dan Maha Mengasihani.
untuk yang menjalani kehidupan baru, Ramadhan kali ini berbeza benar. yang terlihat hanyalah kesempurnaan dalam menjalani hidup, walaupun manis dan pahit itu berselang-seli.
datang pahit bersabarlah kita. datang manis bersyukurlah kita. datang dosa, mengelaklah kita. datang pahala, bersungguh-sungguhlah kita merebutnya.
Semoga aku menjadi hamba-Nya yang bersyukur.

Kampung Puchuk Kelompang

dalam satu sessi laporan harian istana negeri beringin rendang, sultan shahrul nizam telah bertanyakan keadaan kampung-kampung dalam jajahan beliau. yang mula-mula membuat laporan adalah kampung puchuk kelompang.
penghulu kampung puchuk kelompang telah melaporkan bahawa kampungnya tidak mempunyai apa-apa masalah, dan berterima kasih atas kebijaksanaan baginda dalam menguruskan hal-ehwal begeri beringin rendang.
ini, sistem laporan beraja ortodoks telah berjalan sekian lama. datang arus masa berlalu, corak laporan ini pun berubah, sesuai dengan kehendak zaman.
pada masa ini, tanah melayu ini masih lagi dalam peliharaan sultan masing-masing. turun kepada Pm atau MB, turun ke ADUN atau ahli parlimen, dan turun kepada ketua-ketua masyarakat. ia semakin kompleks dan bersimpang siur, sesuai dengan pertambahan populasi kependudukan negara ini.
cuma, laporan yang disampaikan itu tetap sama. semuanya berkaitan dengan masalah-masalah umum kampung dan kawasan. dan, pasti, sultan mendengar dan mahu memberikan selesaian yang terbaik.
masalahnya, rakyat mengadu dengan ketua atau wakil kawasan. (ADUN atau Parlimen). adakah rayuan dan laporan-laporan rakyat itu benar-benar sampai ke telingan sultan atau penguasa?
atau yang sampai itu hanya bodek-bodek baik punya dan cerita-cerita bisnes dan projek.
alahai semala mak nenenk wakil, jalankanlah tugas dengan jujur dan amanah. Contohilah penghulu kampung puchuk kelompang dibawah jajahan sultan shahrul nizam.

Perpaduan Melayu Lagi

entah apa sebabnya, tanpa ribut dan bersebab, orang-orang Melayu diingatkan kembali supaya bersatu. mungkin sebab kita dalam mood merdeka, perjuangan suci pembebasan fizikal penjajahan British (mentalitinya masih terjajah Kah?), atau sebab kita dalam bulan Ramadhan kareem ini, atau sekarang banyak musim berbuka dan bersahur, dari personaliti TV sampai ke pak menteri sukarlah untuk dipastikan.
Dan, untuk menambah perasa dan MSG (macam yang dalam maggi) MCA, Gerakan dan Perkasa menghangatkan lagi malam hening bersahur yang sedia hangat dengan 'remarks' dan kata-kata bodoh senditif dan sensitif yang terjurai di dada akhbar dan lidah media arus perdana, RTM, TV3 dan awani.
Dimanakah semangat perbincangan dan tolak ansur mereka sebagai satu Barisan dalam BN? barisan yang macammankah yang ada sekarang? Barisan batas ubi?
Entah lah. kita punya masalah yang lebih berat dari pergelutan kuasa yang kita hadap sekarang. kita punya masalah serius di tong sampah kita, bukannya masalah homeless yang bergentayangan, tetapi mayat bayi.
Pembuangan bayi adalah tanda jelas kita berhadapan dengan generasi muda yang berani, bodoh, dan jahil. dan kita, masih berpegang pada kuasa, dan bergantung kepada generasi muda yang berani, bodoh dan jahil ini. Apa bentuk sokongannya nanti?
Baik Barisan, baik Pakatan. kematian bayi itu tanggungjawab bersama. kita sendiri punya share macam share dalam Harakah, Utusan dan Star.

Ramadhan Yang Misterius

Ramadhan, adalah bulan yang misterius. di dalamnya ada perintah menahan makan minum, yang sebenarnya makan minum itu hanyalah alat, sedangkan yang benar-benar ditundukkan adalah nafsu dan keinginan buruk. keinginan membazir, dan berlebihan-lebihan dalam keperluan, contohnya.
Dan Ramadhan juga adalah bulan turunnya Al-Quran Kitabullah, yang penuh rahsia dan pedoman, sebagai cahaya penunjuk jalan umat sepanjang zaman.
Dan, di dalam Ramadhan juga terselit malam yang sebaik-baik malam, iaitu Lailatul-Qadar, malam yang dirahsiakan, kerana ganjaran amal ibadah dan kebaikan di dalam Lailatul-Qadar itu tidak terhitung.
Dan, Ramadhan juga mempunyai erti tersendiri bagi warganya yang berpeluang dan mencari peluang untuk meningkatkan diri. dan itu kekal menjadi rahsia agung, hanya boleh dirasai oleh orang-orang yang merasa.
dan, Ramadhan kali ini, kurasakan berbeza. dalam pahit ianya manis, dan dalam manisnya ada pahit. semoga dengan manisnya aku menjadi hamba-Nya yang bersyukur, dan dengan pahitnya aku menjadi hamba-Nya yang bersabar.
Sesungguhnya, segala urusan ukhrawi dan duniawi ku, sebelum dan sesudahnya, hanya kerana-Mu Rabbul-Karim. Malikkul Haq. Malikkul Qiyamah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...