dupavisitometer

putihkan lagu bawaku pergi

bawaku pegi kena haram
masalah besarnya lari dari rumah bawak passport. bukan lagu. tanpa lagu pun, masalah lari dari murah dan gejala-gejala moral hubungan terlarang dua hati pasti terjadi. bila lagu 'bawaku pergi' kena haram, aku rasa macam ada yang tak kena. lagu hanyalah sekadar lagu, dan jika level pemahaman kreativiti yang disconnect antara pencipta lagu dan pendengar, itu masalah lain. dan dengan sebab disconnection itu menjadi sebab untuk mengharamkan sesebuah lagu, itu rasanya tak betul.

pada pendapat aku, jika lagu malique ini diharamkan atas 'tuduhan' menggalakkan remaja lari dari rumah, maka secara logiknya lagu menggalakkan remaja itu bercinta harus diharamkan dulu. sebab tanpa cinta, tidaklah teringin langsung mana-mana remaja nak tinggalkan rumah. kalau haramkam 'bawaku pergi' kena haramkan jugak 'aku cinta padamu', 'azura', dan lain-lain lagulah yang menggalakkan percintaan. tapi, itu utopialah namanya. sebab tema percintaan, love n hate merupakan antara komoditi terbesar dalam penciptaan malaysia/melayu, selain dari lagu-lagu patriotik jalur gemilang 14 warnanya. 

masalahnya kat sini, disconnection dengan tahap kreativiti karyawan dan pendengar, dan paling teruk, pihak kementerian.

lagu hanya sekadar lagu. jika kita nak jauh lagi, lagu hattan yang liriknya 'ada kala menjunam, ada kala melayang' tu dah cukup lucah dan salah mesejnya tu. lagu wings/ search siap cerita pasal tunggul, cerita pasal air itu pun dah cukup lucah kalau sampai connectionnya. lagu aku mawar pudar warna jay jay dan dayangku intan itu pun dah melanggar norma-norma kemelayuan dan promote sex before married dah kalau nak kira. namun, kalau kita boleh terima lagu-lagu ini dalam lingkungan kreativiti yang munasabah dan sekadar hiburan semata-mata, kenapa kita tak boleh berlaku adil dengan lagu bawaku pergi malique?

kita selalu mempunyai persepsi yang salah pada benda yang salah, terutamanya dalam kita menangani isu-isu islam, hiburan dan politik kita sehari-hari. lagu hanya sekadar lagu. bukan nak menghasut atau tidak. lagu bukannya boleh memberikan contoh, yang boleh memberikan contoh ialah orang dan ahli-ahli masharakat. tanpa lagu, percintaan tetap terhalang, tetap nak buang bayi, tetap nak berpeleseran kat kelab malam, tetap nak berzina, sebab semua ini daya penghasutnya adalah nafsu, syaitan dan hilangnya pertimbangan baik-buruk dan halal haram tuan empunya diri dan orang-orang sekelilingnya. 

stigma negatif berkenaan usaha kreatif malique yang dihantar kepada masharakat yang hanya berpaksikan polemik dan ketidakadilan ini adalah sangat merugikan. ianya pasti mempunyai kesan yang mendalam pada senior song/writer macam malique, pendokong perjuangan musiknya, rakan taulannya, para peminatnya dan juga anak-anak muda yang menjadikan malique sebagai contoh dan inspirasi serta kesungguhannya hampir 15 tahun lamanya hanya untuk survive dan leave a mark dalam industri musik malaysia yang sekangkang kera tapi selut dan kalut dengan lumpur sell-out, media propaganda, kontor-provo-versikasi dan egoistik.

ini hanyalah ulang tayang apa yang terjadi dengan isu black metal suatu masa dulu, dimana media arus perdana dan kementerian gagal untuk connect the dot between balck metal ritual dan black metal music. 

for record untuk kesekiankalinya aku nak terangkan apa beza black metal ritual dengan black metal musik. black metal ritual adalah salah satu dalam banyak-banyak black ritual dan seni perbomohan yang menyambah dan minta pertolongan syaitan, macam vodoo, dan macam cerita-cerita hantu dalam tivi dan astro dan kat wayang. kadang-kadang, filem-filem dan drama - drama itu lagi 'black metal' dari lagu black metal. tak kecoh nak banned pun? siap untung juta-juta.

sedangkan black metal hanya sekadar musik. hanya bunyi gitar yang bising dan distort, suara growl high and low tone dan set dentuman drum yang keras dan deras. maknanya, takde beza band black metal dengan band tersohor tanahair search, kalau korang tak faham lagilah. apabila polemik black metal ini menjejaskan scene metal tanahair secara besar-besaran, cuba tanyakan berapa banyak talented guitarist, drummer, vokalist dan song-writer genre metal yang berbakat besar dan authentic dalam scene metal malaysia yang mengundur diri, sedangkan pada period itu, metal scene tanahair adalah yang teragung di asia tenggara.

musik dan ritual tidak kena mengena.
orang yang mengena-kenakannyalah yang salah. 

bawaku pergi dengan masalah lari dari rumah tidak ada kena mengena.
orang yang mengena-kenakan keduanyalah yang salah sangat-sangat berfikiran negatif.

aku dengan ini menentang langkah kerajaan mengharamkan lagu bawaku pergi dan mohon lagu itu diputihkan dengan serta-merta dan sokonglah kebebasan insan kreatif sebab diri engkau tu sudahlah tak kreatif, bagilah orang kreatif ceriakan dunia ko.

sapa yang tak puas hati, i am not going anywhere...


sumber: rotikaya / beautifulnara

menulis blog

kenapa aku tulis blog. hanya satu sahaja sebabnya, aku suka menulis. menulis untuk aku. dulu aku suka tulis 'saya ada bola' banyak-banyak kali, sambil sungguh-sungguh betulkan bentuk hand-writing aku, sambil fikiran menerawang. sampai sekarang, walaupun dah keje, kalau dalam meeting, dan sampai masa pulak aku bosan gila babi, atau nervous nak kena tanya dengan bos, aku akan tulis dalam diary aku, 'saya ada bola'. tak tahu kenapa. tetapi percayalah, ianya sangat membantu, macam theraphy.

seingat aku, lepas spm sampai ke universiti, aku ada dua naskhah buku yang di dalamnya penuh catatan aku pada pelbagai perkara, dan malang, kedua-duanya hilang dalam simpanan. bila masuk alam kerja, lagilah aku simpan apa yang aku tulis, sebab dalam kerja ni banyak black & white, takut-takut apa-apa hal nanti bolehlah jadi saksi hitam putih. juga, untuk ingatan dan rekod. sebab aku ni lupa, dan selalu kejar benda besar sampai aku lupa benda-benda kecil. sedangkan takde benda kecik, takde jugaklah benda besar. 

jadi, bila dunia blogging meletup, niat nak ber-blog itu ada. tapi aku pendam, sebab sindrom biasa penulis melayu, MALU. entah apa yang dimalukan, aku pun tak tau. malu orang baca agaknya. cis, itu pun nak malu ke? jadi, sampai 2007, aku  pun beranikan diri untuk jadi blogger. bukan untuk sesiapa, tapi untuk aku dan sekadar kenang-kenangan, sebab aku tak nak kenangan-kenangan aku macam yang tercatit dalam dua naskhah sebelum ni, hilang macam tu aja. 

jadi, bila dah berblog, pada fasa-fasa awal blogging, ada sikit rasa lain. rasa berbelah bagi, ada ke orang baca blog dan apa yang aku tulis ni? mungkin disebabkan excitement dan dahagakan establishment yang aku sendiri susah nak faham dari mana datangnya semua perasaan-perassan tu, mulalah aku mengira-ngira silent reader, para pengomen dan pencatat ulasan. damn, memang bunyi macam mengarut, tapi benda ni lah yang banyak mempengaruhi aku dulu, kadang-kadang sampai mempengaruhi pulak mood menulis aku.

teruk betul masa tu, orang review filem aku review jugak, orang review puisi, aku review jugak, orang review blog, aku review jugak, entah-entah kalau aku jumpa orang review pasal ponggong masa tu, aku review pasal ponggong jugaklah agaknya. hahahaha.

namun, selari dengan peningkatan usia dan pengalaman, semua benda-benda tu hilang dengan sendiri, sebab hakikatnya, kalau ramai yang baca, ramailah. kalau tak ramai, tak ramailah yang baca. yang baca pun mungkin aku punya circle of frens, work connection atau sebilangan kecil blogger-blogger lain yang aku menyempit tunjuk identiti dan komen. 

itu pun, pada hakikatnya jadilah.

tapi, satu benda yang aku konsisten samada menulis atau baca atau bercerita, ialah perihal politik. ini memang main interest aku lah kalau nak kira. maybe it waste of time, tapi nak buat macamana, dah aku minat sangat dengan politik, tokoh dan kemungkinan-kemungkinan di dalamnya. dan percaya atau tidak, politiklah yang selalu bikin surprise dalam hidup aku. dan aku sukakan surprise. dan selalu jugak aku cakap ' in your face, bro'. hahahaha. 

gaya penulisan? oh, dulu aku sangat strict. BM tak buleh campur BI. BI kena sedap. BM kena baku. tapi akhirnya aku selesa menulis dengan gaya ini. kata orang cacamerba, dan kadang-kadang sedikit kutu bahasa. tapi, disebabkan apa yang aku tulis ini semuanya personal dan personal view, jadi undang-undang dan gaya penulisannya juga aku biarkan longgar dan bunyi macam personal. aku juga pandang tinggi blogger-blogger mengamal dan readers yang demand BM penulisan baku yang sedap. tapi, dunia ini ada pilihan, dan biarlah aku pilih apa yang aku suka. 

akhir sekali, aku tulis blog sebab aku suka menulis. dari 2007 sampai 2012, bila aku baca balik apa yang aku dah tulis, rupa-rupanya banyak juga pengalaman-pengalaman baru yang dapat aku kutip untuk dijadikan bekalan. kalau dumbledore ada tempayan memori, aku pun ada juga. cuma dumbledore guna magik, aku guna dupacendana.blogspot.

akhir kalam.

grains district


if i have to choose accordingly to my job now, i will be in the district 9.

protolol confident of 150 parlimentary seats

150 out of 222 seats
ampu ke apa ni? ikut laporan jabatan penerangan protolol di PICC semalam (27/-3/2012), gerakan protolol kebangsaan dengan konfidennya kata boleh menang 150 kerusi. selangor dan kedah, kembali ke dakapan. 

nasib baik, ketua gerakan protolol jibby masih reserved dan play it to lower tune. jibby ka jibby koka kata dia ada source of intel sendiri. jadi, gua tau mana dan siapa yang nak jilat gua punya apple sampai licin ni. 

gua sudah mahu turun perang, lu lagi mau bagi gua makan salah pinggan. cilaka punya jendral. gua tahu itu dollah dulu lu punya kawan, lu ingat lu boleh bodoh-bodohkan gua jugak ye?

kalau aku jadi protolol dok makan gaji kat penerangan, hari ini jugak aku berak depan pintu bilik bos. 

kita kena menang perang dengan fakta dan maklumat betul. kita dalam proses saring maklumat dan orang palsu. kita ada cara nak menang pru 13. semuanya terletak pada pilihan rakyat. rakyat yang ada berdaftar dengan spr. rakyat yang datang dan tunjuk IC biru dekat spr. 

spr itu adil dan saksama dan yang pegang IC biru itu tidak perlu permit.

how amazing the sound was? sarah told her story

sarah churman
ini sarah churman. isteri dan ibu kepada 2 anak kecil yang cute. sarah mewarisi 'dna defect' yang diturunkan oleh ibubapanya, iaitu rongga telinganya 'clean without hair' yang menyebabkan gema tidak berpantul sekaligus menyebabkan sarah tidak dapat mendengar dan turn deaf.

akhirnya, melalui pembedahan implan alat bantuan pendengaran keluaran envoy medica, pada umur 29 tahun, iaitu pada sept 2011, ditakdirkan sarah dapat mendengar suara, tangis dan tawanya sendiri. dan momen ini sangat emosional buat sarah dan juga menyentuh hati para viewers yang terkesan dengan  reaksi dan response sarah itu.

merasakan ianya sesuatu yang amazing, ellen degeneres telah sudi menjemput sarah bersama suami dan ibu mertuanya untuk hadir di salah satu segmen bual bicaranya yang popular. ini memberikan peluang kepada ellen dan penonton berkongsi sekali lagi momen-momen magis tatkala sarah dapat mendengar buat pertama kalinya selepas 29 tahun.

apabila ditanya, apakah pengalaman yang menakjubkan sejak dapat mendegar, sarah menjawab dia merasakan keupayaan untuk mendegar sahaja sudah menakjubkan, dan tambah-tambah menakjubkan apabila dia dapat mendengar suara, tangis dan tawa dua anak kecilnya, musik, bunyi hujan, bunyi angin, dan guruh. juga dengkuran suaminya...

namun, apa yang menarik, sebagai orang biasa amerikah, kos untuk pembedahan implan ini yang berjumlah 30 ribu dollar sebenarnya terlalu besar buat sarah yang hanya berkemampuan untuk menyediakan 15 ribu sahaja. namun, sebaik sahaja ibu mertuanya mendengar bahawa implan ini mungkin boleh mengubah hidup menantunya, si ibu sanggup pula mendahulukan baki 15 ribu dollar yang dikeluarkan dari dana pencennya. untuk rekod, keadaan ekonomi domestik amerikah untuk fasa 2008 - 2011 sangat mencengkam, dan 15 ribu dollar itu sebenarnya 'a huge deal' untuk keluarga kecil seperti sarah.

mendengarkan kisah menakjubkan keluarga sarah churman ini, ellen merasakan adalah sesuatu yang tidak adil dan disturbing. oleh itu ellen telah bermurah hati memberikan 30 ribu dollar kepada keluarga ini, plus fully sponsored next implam surgery oleh envoy medica.

kafirun yang saling tolong menolong
sarah bukan pesakit kritikal-kronik, namun mengenangkan ini semua, sedih pula mengingatkan nasib para pesakit kritikal-kronik malaysia yang bergitu terseksa merayu masharakat untuk yuran perubatan, sedangkan kerajaan buat-buat buta dan pekak. di malaysia, kalau kritikal-kronik sudah begitu nasibnya, orang-orang seperti sarah churman apatah lagi.

tak sanggup aku memikirkannya.

shock doctrine: the rise and fall of capitalisme

The Shock Doctrine: The Rise of Disaster Capitalism is a 2007 book by Canadian author Naomi Klein

ish...aku baru habis tengok docufilem ni. lepas tengok perasaan aku bercampur baur. tak sedap. tak macam milo campur nescafe jadi neslo. pasal dia cerita perihal pengembangan kapitalisma. ideanya kapitalisma berkembang dengan satu doktrine. iaitu shock doctrine. lepas ada shock doctrine, ada pulak shock therapy.

katakan benda tu political shock doctrine, kawan dia policies therapy. political shock doctrine ni katakan negara tu tak support kapitalisma, dilancarkan political shock doctrine untuk ubah struktur politik jadi acceptable to kapitalisma. contohnya coup de tat general pinochet di chile 1970's. pinochet berfungsi untuk lancar terus policies therapy lepas coup dengan 'menghilangkan' para penentang polisi baru kapitalis baru, agar yang tinggal hanya penyokong-penyokong tegar kapitalisma.

kemudian ada economy shock doctrine and therapy, macam krisis matawang asia tenggara 1997 (shock doctrine) yang mana IMF datang menghulurkan therapy.

banyak lagilah yang didedahkan dalam docufilem ini, namun, kebanyakan shock doctrine ini selalunya gagal dengan kebangkitan dan resistance dari rakyat jelata. rakyat bangun menentang pinochet. rakyat iraq bangun menuntut demokrasi yang dijanjikan, dan termasuklah reformasi indonesia, occupy wall street dan arab spring.

sebab, kapitalisma tamaknya tidak bersempadan. konsultan pembanguna pendidikan iraq selepas penjarahan amerikah diberikan kontrak 150 juta dollar, hanya mampu membina 6 buah sekolah. sedangkan di zaman sadam, 86% rakyatnya celik huruf walaupun dia diktaktor. syarikat konsultan pembangunan politik dan pentadbiran baru iraq diberikan kontrak 20 billion dollar untuk merangka struktur kenegaraan iraq yang baru, gagal melakukan apa-apa selama 4 tahun. menjelang julai 2007, 100 askar amerikah digandingkan dengan 70 orang askar kontrak. amerikah masuk iraq dengan kos perang dua kali ganda dari biasa. 

semasa zaman great depression, kaum buruh bangun melakukan 4,421 siri tunjuk perasaan jalanan yang bertahan selama puratanya 20 hari. tahun 2008, apabila sistem kewangan kapitalis hancur lebur, kaum buruh bangun dengan hanya 20 siri tunjuk perasaan jalanan. 

banyak lagi bukti-bukti sahih kebangkitan rakyat jangan dipandang enteng. 

protolol dan contraband kena berjaga-jaga. you might be next, bro.

pru 13 makin dekat, siapakah yang akan menang?

hujung minggu ini seperti mana hujung minggu yang lain, berehat sampai bosan gila babi. channel filem fox movies (2 channel), mbc (4 channel) dan persia (1 channel) etisalat kadang-kadang menarik, kadang-kadang hampeh. apa boleh buat, bukan boleh buat apa pun, kecualilah boleh faham tengok filem hindi dan filipines, mungkin banyak pilihannya.

bosan menonton, aku baca internet pulak. anak menteri pukul pak guard? tak surprise. tajuddin ali hilang beban bayar hutang rm500 kerajaan, tapi tidak pada hutang student2 ptptn? tak surprise. konsert soft porn bandgirls korea kat klcc? tak surprise. anwar saman nalla, ex-bos sports toto? tak surprise. hassan ali belanja rm 300k ubahsuai ofis? tak surprise. jibby go silent on debate invitation? no surprise.

tiba-tiba jibby bagi satu news yang agak surprise di utusan malaysia. kata jibby, pru dah dekat. apa? pru 13 dah dekat? wah...siapa yang nak menang ni? anwar confident. jibby lagi confident. debarannya macam sebelum kick-off world cup.

namun, siapa pun tak boleh nak jawap.

yang boleh jawap, hati kecil yang duduk paling jauh dalam hati. jika hati kecil kata berubah, berubahlah dia. jika hati kecil kata bertahan, bertahanlah dia. jika hati kecil kata semua ni rosak, undi rosaklah dia. 

suara hati yang kecil ini bukan kecil sebenarnya, sebab bila dia menyatu, macam lidi. sebatang bolehlah dipatah-patah. seberkas, boleh jadi penyapu lidi, keras dan kekar menyapu 'sampah-sampah' di halaman.

merah akhirnya tumpas

mohammed merah
akhirnya merah tumpas dalam operasi tembak-menembak besar-besaran polis perachis di toulouse hari ini. merah dikatakan tidak mahu menyerah kalah dan melompat keluar dari tingkap apartment serbuan dan menemui ajal. tidak dinafikan, inilah 'manhunt' besar-besaran yang julung-julung kalinya dilakukan oleh pasukan polis peranchis.

merah adalah saspek dan akhirnya mengaku bahawa dialah penyerang sekolah-sekolah minoriti di toulouse, dengan menaiki scooter hitam, helmet full-face dan pakaian serba hitam dengan camera di dada. merah mencederakan 2 orang, seorang pelajar berusia 17tahun dan seorang paratroopers dan membunuh 3 orang kanak-kanak dan seorang guru di nurseri minoriti yahudi dan 3 orang paratroopers yang mempunyai darah kelahiran arab.

merah diburu selama 32 jam selepas 'amukan' akhirnya di nurseri yahudi tersebut.

cerita lanjut boleh dibaca disini: toulouse shootings suspect killed after 32 Hour - bloomberg-

disebabkan tv kabel aku ada channel france, memang siang malam aku tengok riuh dan sungguh-sungguh betol polis dan para politician peranchis dalam 'manhunt' mohammed merah. aku kira memang tak lamalah siapa yang buat kerja ni. seluruh gerak kerja dikerah, dan dijadikan nasional urgency. termasuklah presdien sarkozy yang dituduh mendapat durian runtuh dengan 'manhunt' ini dari segi populariti meraih undi pemilihan presdien. namun itu cerita lain.

yang menarik, bersungguh-sungguhnya masharakat majmuk peranchis, terutamanya di toulouse yang dirakamkan oleh TV bersatu padu dalam memburu 'saspek' yang menggangu dan mengancam keselamatan mereka, tidak kiralah yang kena tembak itu yahudi atau arab atau parsi atau mat salleh sekalipun.

tragic hero.

tragic hero yang sempurna
ramai yang kata micheal corleone tragic hero. sebab wataknya diubah seakan-akan hero, sedangkan dia adalah salah seorang 'kepala' penjahat, yang akhirnya ditamatkan riwayatnya penuh tragedi, dengan pembunuhan anak perempuannya, kehancuran keluarga dan tanpa kekuasaan seorang 'don. ini adalah sesuatu yang sangat tragedi. sebab itu aku kata micheal corleone adalah tragic hero yang sempurna.

didunia ini, memang banyak tragic hero. saddam contohnya. kematiannya tragic. gaddafi sangat-sangat tragic. Mubarak belom lagi. mubarak belum sampai tahap tragedi. mubarak 'orang jahat'. jika kita lihat 'jalan cerita' saddam dan gaddafi, seakan-akan sama. 'hero' rakyat yang diangkat kerana menolak amerika (yang pada itu merupakan satu 'cause' yang mulia di sisi rakyat), kemudian secara perlahan-lahan bertukar menjadi ditaktorian (pembunuhan musuh-musuh domestik dan kronisma)yang perlahan-lahan juga 'menempah' satu pengakhiran yang tragic untuk diri mereka sendiri.

akhirnya, saddam dan gaddafi bertemu tragedi di lubang tikus tikrit dan lubang najis sirte.

di tanahair juga, perang 'ghaib' putrajaya juga sedang menuju kemuncaknya. ada kelompok yang cuba 'menawan'. ada juga kelompok yang cuba 'mempertahan'. dengan apa sahaja. setiap 'peperangan' pasti punya tragedi.

dan tragic hero pasti ada dalam setiap tragedi. persoalannya sekarang, siapa?

spm itu semalam




1997. tahun aku spm. pangkat 1, pangkat 2, pangkat 3 dan sap. banyak mitos spm 'pangkat' ni. pangkat 1, masa depan cerah, laluan hidup sentiasa diterangi cahaya tanpa onak duri. perghh...hyperbola betul. BM kena kredit. 6A1 itu terbaik. 

malam nak umum spm, aku masih sibuk kerja. kerja kat kamdar taman kanak-kanak, Ipoh. jadi 'store boy'. seksa keja tu. angkat karpet, angkat kain, angkat besi tapak kain, kira stock, bukak stock, kumpul stock, oii...gila ah time tu. kadang-kadang jadi packer, kadang-kadang jadi tukang gulung karpet. aku masih berterima kasih pada makcik kampung manjoi yang beli karpet, yang bagi aku RM 5 sebab upah angkut karpet dari gedung ke kereta dia. besar sangat nilai RM 5 pada aku masa tu.balik keje je, shoot balik kuala, sebab esok nak ambil result spm dengan abang. 

aku dah agak aku dapat pangkat satu, abang aku pun sama. bukan sebab aku pandai ke bodoh, konfiden ke tidak, tapi memang 'rasa' tu memang ada, cuma agregat berapa itu yang susah sikit nak teka. akhirnya, result keluar, nama dipanggil, dan yes, aku pangkat satu. aku dengan abang berlari ke public phone dewan makan clifford. telefon mak, cakap dua-dua anak kembar dia nih alhamdulillah, pangkat 1. terharu sangat bila dengar mak diam, hanya deruan nafas menahan keharuan sahaja yang kedengaran. memang nak menghabiskan form 4 dan form 5 itu banyak cabaran untuk sepasang anak kembar dari keluarga sederhana yang hanya punya kasih sayang untuk mendepani zaman (fuhh..)

spm itu aku rasakan seperti semalam, walau beribu batu sudah aku berlalu pergi. dari seluar saiz 28 sampai seluar saiz 38. yeah...

leadership

dalam filem invictus, lakonan semula peristiwa jejak kemenangan springboks, mandela dan francois pienaar, mandela sebagai presiden afrika selatan yang baru pasca apartheid, dan pienaar, selaku kapten springboks (kulit putih), punya tanggungjawab besar.

mandela untuk menyatu-padukan afrika selatan sebuah negara hitam-putih harmoni, dan pienaar pula sebagai kepala springboks dalam world cup rugby. kedua-duanya terperangkap dengan prejudis rasisma, stereotype dan skeptical masharakat umum afrika selatan.

ketika itulah mandela berpendapat bahawa jalan perpaduan negara asimilasi hitam-putih baru ini memerlukan inspirasi. iaitu, sesuatu yang membolehkan rakyat dan masharakat umum percaya, sebagai every single brick of the nation, mereka mempunyai peranan. cuma, masalahnya, apakah inspirasi itu? jawapannya mungkin ada pada springboks. tapi, siapa pula yang sanggup menghidupkan inspirasi buat springboks? disinilah hadirnya pienaar dalam master-plan mandela.

berikut, adalah transkripsi script 'invictus', scene mandela-pienaar dengan isi leadership yang sangat membekas, khususnya untuk aku;




tok kiai, sami, taikun dan towkey


perghh...dalam perenggan akhir entri blog DAKJ ini, beliau meninggalkan sesuatu yang agak sinis dan sarkastik pasal dunia politiking umno-BN, iaitu;




DAKJ ikut mata pandangan aku sama macam aspan alias dan sakmongkol ak47 (ariff sabri), iaitu kritikal terhadap pembesar-pembesar umno. cuma DAKJ gaya persilatannya lebih licin dan menggugat (kalau pembesar-pembesar umno ini faham apa yang ditulisnya, barangkali).

banyak kritikannya 'makan dalam', tapi dek gaya dan nadanya macam orang tua yang berpengalaman luas dan bergelut dalam politik umno secara tak langsung pula, kebanyakan kritikannya semacam boleh ditelan oleh haters dan non-haters umno.

pereggan akhir itu sangat-sangat sarkastik dan barangkali terkena juga batang hidung beberapa orang. hahaha

tapi, DAKJ mungkin terlupa, selain bertemu kiai indonesia dan sami pelbagai agama, 'manusia' itu juga pasti bertemu taikun-taikun dan tokey-tokey dari pelbagai bangsa, agama dan negara barangkali untuk menawarkan habuan. mungkin.

heh, siapalah agaknya yang dapat memancing orang kaya no. 1 malaysia?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...