ya, selamat harijadi ke 32. umur makin bertambah, dosa makin banyak. moga-moga Allah SWT menerima ampun dan keberkatan yang ku pinta sepanjang usia. tanggungjawab makin banyak, moga-moga dapat digalas dengan penuh hikmah dan barakah kurniaan tuan punya bumi, tuhan semesta alam.
kata heath ledger, lupakan yang lepas, jangan dibimbang yang akan datang. kayu ukurnya, sekarang. now. heh, apa yang dia tahu? yang lepas-lepas itu ada manfaatnya, namanya pengajaran. pengajaran untuk jadi matang, dan makin sharp untuk maslahat kini dan mendatang. macam ikhtiar albus dumbledore, ambil uban sehelai dua, dan kembali ke memori masa dirinya, bukan untuk menyesal, tetapi to foresee what i have not see. tak apalah, dia ahli sihir khayalan, apa yang dia tahu?
sudah tentu aku sangat bimbang dengan kehidupan akan datang keluarga kecilku. bukan 10 tahun, 20 tahun akan datang, bahkan esok pun aku dah bimbang. tapi, kebimbangan inilah aku kutip dan serap jadi kekuatan. kekuatan mental, a.k.a motivasi. biar setiap inci tubuh dan fikiranku membara, hangat tak kunjung padam, untuk usaha apa sahaja yang aku nak usahakan. memang lain macam sikit rasanya bila menatap wajah ibunda yang redup dan sarat dengan rahmat dan berkat, isteri setia berkorban masa dan tenaga membesar dan mengasuh budak bucuk yang dah mula nak meng'geram' sampai tersenget-senget mulut, hahaha.
apapun, selamat harijadi juga buat saudara-mara, sahabat kelahiran March. aku mula 32 tahun dulu, dan tidak kira apalah, aku hendak juga katakan, aku baru bermula. Antaranya, isteriku sayang (03/03), abang (14/03), pojie (14/03), sue (13/03), gundala, kerol dan wan syazwani serozi serta pah wah. sapa yang terlupa, kira aku wish jugak sudahlah. hahahaha, ikhlas ni.
biar semuanya fresh dan baru.
baru maknanya bodoh, bila bodoh aku belajar. baru maknanya lapar, bila lapar aku cari makan. ceh, ini macam kata-kata steve jobs ja, stay hungry, stay foolish, cuma ada huraian panjang sikit, wakakakaka...
No comments:
Post a Comment