dupavisitometer

merah akhirnya tumpas

mohammed merah
akhirnya merah tumpas dalam operasi tembak-menembak besar-besaran polis perachis di toulouse hari ini. merah dikatakan tidak mahu menyerah kalah dan melompat keluar dari tingkap apartment serbuan dan menemui ajal. tidak dinafikan, inilah 'manhunt' besar-besaran yang julung-julung kalinya dilakukan oleh pasukan polis peranchis.

merah adalah saspek dan akhirnya mengaku bahawa dialah penyerang sekolah-sekolah minoriti di toulouse, dengan menaiki scooter hitam, helmet full-face dan pakaian serba hitam dengan camera di dada. merah mencederakan 2 orang, seorang pelajar berusia 17tahun dan seorang paratroopers dan membunuh 3 orang kanak-kanak dan seorang guru di nurseri minoriti yahudi dan 3 orang paratroopers yang mempunyai darah kelahiran arab.

merah diburu selama 32 jam selepas 'amukan' akhirnya di nurseri yahudi tersebut.

cerita lanjut boleh dibaca disini: toulouse shootings suspect killed after 32 Hour - bloomberg-

disebabkan tv kabel aku ada channel france, memang siang malam aku tengok riuh dan sungguh-sungguh betol polis dan para politician peranchis dalam 'manhunt' mohammed merah. aku kira memang tak lamalah siapa yang buat kerja ni. seluruh gerak kerja dikerah, dan dijadikan nasional urgency. termasuklah presdien sarkozy yang dituduh mendapat durian runtuh dengan 'manhunt' ini dari segi populariti meraih undi pemilihan presdien. namun itu cerita lain.

yang menarik, bersungguh-sungguhnya masharakat majmuk peranchis, terutamanya di toulouse yang dirakamkan oleh TV bersatu padu dalam memburu 'saspek' yang menggangu dan mengancam keselamatan mereka, tidak kiralah yang kena tembak itu yahudi atau arab atau parsi atau mat salleh sekalipun.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...