sarah churman |
ini sarah churman. isteri dan ibu kepada 2 anak kecil yang cute. sarah mewarisi 'dna defect' yang diturunkan oleh ibubapanya, iaitu rongga telinganya 'clean without hair' yang menyebabkan gema tidak berpantul sekaligus menyebabkan sarah tidak dapat mendengar dan turn deaf.
akhirnya, melalui pembedahan implan alat bantuan pendengaran keluaran envoy medica, pada umur 29 tahun, iaitu pada sept 2011, ditakdirkan sarah dapat mendengar suara, tangis dan tawanya sendiri. dan momen ini sangat emosional buat sarah dan juga menyentuh hati para viewers yang terkesan dengan reaksi dan response sarah itu.
merasakan ianya sesuatu yang amazing, ellen degeneres telah sudi menjemput sarah bersama suami dan ibu mertuanya untuk hadir di salah satu segmen bual bicaranya yang popular. ini memberikan peluang kepada ellen dan penonton berkongsi sekali lagi momen-momen magis tatkala sarah dapat mendengar buat pertama kalinya selepas 29 tahun.
apabila ditanya, apakah pengalaman yang menakjubkan sejak dapat mendegar, sarah menjawab dia merasakan keupayaan untuk mendegar sahaja sudah menakjubkan, dan tambah-tambah menakjubkan apabila dia dapat mendengar suara, tangis dan tawa dua anak kecilnya, musik, bunyi hujan, bunyi angin, dan guruh. juga dengkuran suaminya...
namun, apa yang menarik, sebagai orang biasa amerikah, kos untuk pembedahan implan ini yang berjumlah 30 ribu dollar sebenarnya terlalu besar buat sarah yang hanya berkemampuan untuk menyediakan 15 ribu sahaja. namun, sebaik sahaja ibu mertuanya mendengar bahawa implan ini mungkin boleh mengubah hidup menantunya, si ibu sanggup pula mendahulukan baki 15 ribu dollar yang dikeluarkan dari dana pencennya. untuk rekod, keadaan ekonomi domestik amerikah untuk fasa 2008 - 2011 sangat mencengkam, dan 15 ribu dollar itu sebenarnya 'a huge deal' untuk keluarga kecil seperti sarah.
mendengarkan kisah menakjubkan keluarga sarah churman ini, ellen merasakan adalah sesuatu yang tidak adil dan disturbing. oleh itu ellen telah bermurah hati memberikan 30 ribu dollar kepada keluarga ini, plus fully sponsored next implam surgery oleh envoy medica.
kafirun yang saling tolong menolong |
sarah bukan pesakit kritikal-kronik, namun mengenangkan ini semua, sedih pula mengingatkan nasib para pesakit kritikal-kronik malaysia yang bergitu terseksa merayu masharakat untuk yuran perubatan, sedangkan kerajaan buat-buat buta dan pekak. di malaysia, kalau kritikal-kronik sudah begitu nasibnya, orang-orang seperti sarah churman apatah lagi.
tak sanggup aku memikirkannya.
No comments:
Post a Comment