dupavisitometer

julius malema a.k.a 'juju'...and he is very bad, bad boy

juju...an south american bad ass
semalam kecoh jugak dekat al-jazeera pasal pemecatan ketua pergerakan ANC, julius malema atau nama manjanya 'juju'. jadi, aku curious pasal mamat juju ni sebab dari komen-komen dan footage berita tu si juju nampak kasar, radikal, reckless dan keras, tak sepadan dengan kelembutan nama juju itu sendiri.

jadi, dengan sedikit pembacaan di internet, perjalanan politik juju yang baru berusia 30 tahun ini sangatlah berwarna-warni, sesuai dengan tema south afrika sebagai the rainbow nation. juju pernah dipersoalkan dengan tuduhan rasuah, menerajang jonah fisher, seorang jurnalist BBC yang menanyakan 'soalan kurang hajar' dalam sidang akhbar secara live, dan juga seorang yang memukau khalayak melalui ucapan-ucapannya, dilabel sebagai future leader of south afrika oleh presiden zumba dan digolongkan sebagai antara '10 youngest power men in Africa' oleh forbes magazine tahun lepas (sept 2011).

namun, itu tidak menghalang presdien zumba untuk memecat juju semalam. menurut presiden zumba, ideologi dan sikap serta isu yang dibawa oleh juju tidak selari dengan mandat ANC, dan walau telah beberapa kali diberi amaran dan tindakan disiplin, ANC finally say enough is enough.

ANC adalah sebuah parti pemerintah warisan nelson mandela, yang terkenal dengan dasar toleransi dan forgivable, dan kesama-rataan hak antara black and white citizens, walau pada dasarnya jurang ekonomi itu sudah terlalu jauh dan membesar dan tidakkan sama diantara black dan white africans.

disinilah juju merasakan prinsip ANC sudah tidak betul dan salah. dengan itu juju melontarkan idea agar lombong-lombong dan industrial-industrial tanah dipulangkan balik kepada black comunity, iaitu warga asal south african. juju juga mencadangkan semua lombong-lombong itu dimiliknegarakan, dan keuntungannya haruslah digunakan oleh kerajaan untuk meningkatkan taraf ekonomi, pendidikan, perumahan, dan utilitis untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum. masalahnya, kebanyakan lombong-lombong, industrial tanah ini dimiliki oleh golongan white africans.

keupayaannya menarik perhatian african youngsters dengan imej serta atitude berani mati dan tidak pedulinya, sesuai dengan tuntutan jiwa mudanya, ANC berpendapat juju sudah tidak terkawal dan harus disingkirkan dari kepimpinan parti.

seorang pemikir semasa afrika mengatakan juju bukanlah asas konflik sosial-bangsa yang dihadapi south africa kini, tapi hanyalah kesan atau hasil, disebabkan dasar apartheid yang terlalu lama. dasar itu menimbulkan kecemburuan yang nyata antara seorang white african dan black african, terutamanya di dalam sosial dan ekonomi yang telah sedia pincang.

ANC sacked julius malema a.k.a juju - Aljazeera
julius malema - from wiki

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...