dupavisitometer

menulis blog

kenapa aku tulis blog. hanya satu sahaja sebabnya, aku suka menulis. menulis untuk aku. dulu aku suka tulis 'saya ada bola' banyak-banyak kali, sambil sungguh-sungguh betulkan bentuk hand-writing aku, sambil fikiran menerawang. sampai sekarang, walaupun dah keje, kalau dalam meeting, dan sampai masa pulak aku bosan gila babi, atau nervous nak kena tanya dengan bos, aku akan tulis dalam diary aku, 'saya ada bola'. tak tahu kenapa. tetapi percayalah, ianya sangat membantu, macam theraphy.

seingat aku, lepas spm sampai ke universiti, aku ada dua naskhah buku yang di dalamnya penuh catatan aku pada pelbagai perkara, dan malang, kedua-duanya hilang dalam simpanan. bila masuk alam kerja, lagilah aku simpan apa yang aku tulis, sebab dalam kerja ni banyak black & white, takut-takut apa-apa hal nanti bolehlah jadi saksi hitam putih. juga, untuk ingatan dan rekod. sebab aku ni lupa, dan selalu kejar benda besar sampai aku lupa benda-benda kecil. sedangkan takde benda kecik, takde jugaklah benda besar. 

jadi, bila dunia blogging meletup, niat nak ber-blog itu ada. tapi aku pendam, sebab sindrom biasa penulis melayu, MALU. entah apa yang dimalukan, aku pun tak tau. malu orang baca agaknya. cis, itu pun nak malu ke? jadi, sampai 2007, aku  pun beranikan diri untuk jadi blogger. bukan untuk sesiapa, tapi untuk aku dan sekadar kenang-kenangan, sebab aku tak nak kenangan-kenangan aku macam yang tercatit dalam dua naskhah sebelum ni, hilang macam tu aja. 

jadi, bila dah berblog, pada fasa-fasa awal blogging, ada sikit rasa lain. rasa berbelah bagi, ada ke orang baca blog dan apa yang aku tulis ni? mungkin disebabkan excitement dan dahagakan establishment yang aku sendiri susah nak faham dari mana datangnya semua perasaan-perassan tu, mulalah aku mengira-ngira silent reader, para pengomen dan pencatat ulasan. damn, memang bunyi macam mengarut, tapi benda ni lah yang banyak mempengaruhi aku dulu, kadang-kadang sampai mempengaruhi pulak mood menulis aku.

teruk betul masa tu, orang review filem aku review jugak, orang review puisi, aku review jugak, orang review blog, aku review jugak, entah-entah kalau aku jumpa orang review pasal ponggong masa tu, aku review pasal ponggong jugaklah agaknya. hahahaha.

namun, selari dengan peningkatan usia dan pengalaman, semua benda-benda tu hilang dengan sendiri, sebab hakikatnya, kalau ramai yang baca, ramailah. kalau tak ramai, tak ramailah yang baca. yang baca pun mungkin aku punya circle of frens, work connection atau sebilangan kecil blogger-blogger lain yang aku menyempit tunjuk identiti dan komen. 

itu pun, pada hakikatnya jadilah.

tapi, satu benda yang aku konsisten samada menulis atau baca atau bercerita, ialah perihal politik. ini memang main interest aku lah kalau nak kira. maybe it waste of time, tapi nak buat macamana, dah aku minat sangat dengan politik, tokoh dan kemungkinan-kemungkinan di dalamnya. dan percaya atau tidak, politiklah yang selalu bikin surprise dalam hidup aku. dan aku sukakan surprise. dan selalu jugak aku cakap ' in your face, bro'. hahahaha. 

gaya penulisan? oh, dulu aku sangat strict. BM tak buleh campur BI. BI kena sedap. BM kena baku. tapi akhirnya aku selesa menulis dengan gaya ini. kata orang cacamerba, dan kadang-kadang sedikit kutu bahasa. tapi, disebabkan apa yang aku tulis ini semuanya personal dan personal view, jadi undang-undang dan gaya penulisannya juga aku biarkan longgar dan bunyi macam personal. aku juga pandang tinggi blogger-blogger mengamal dan readers yang demand BM penulisan baku yang sedap. tapi, dunia ini ada pilihan, dan biarlah aku pilih apa yang aku suka. 

akhir sekali, aku tulis blog sebab aku suka menulis. dari 2007 sampai 2012, bila aku baca balik apa yang aku dah tulis, rupa-rupanya banyak juga pengalaman-pengalaman baru yang dapat aku kutip untuk dijadikan bekalan. kalau dumbledore ada tempayan memori, aku pun ada juga. cuma dumbledore guna magik, aku guna dupacendana.blogspot.

akhir kalam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...