dupavisitometer

syrian underground doctors (home of the brave)


aku kini punya satu pandangan super tinggi pada profession kedoktoran. especially, untuk para-para doktor underground syria. siapakah doktor-doktor underground syria ini? mereka adalah kakitangan hospital kerajaan bashar al-assad yang diharamkan untuk merawat para protester syria yang cedera. namun, demi sumpah professionalisme yang to serve for friend or foe, mereka keluar dan singgah ke rumah para-para protestan yang cedera parah dalam proses penentangan dan memberikan rawatan sekadar mampu. ubat-ubatan usah ceritalah, dalam klip tu medical suppliesnya sangatlah menyedihkan.

mereka terpaksa datang ke rumah-rumah yang dikhabarkan mangsa protes revolusi, sebab sekiranya protestan yang cedera itu mendapatkan rawatan di hospital, maka mereka akan ditangkap, di cop sebagai penentang kerajaan dan akan dimasukkan ke lokap dan didera dalam tahanan.

bukankah seharusnya hospital itu neutral?

inilah realiti sedih dan harga sebuah revolusi. disinilah garis point of no return para pejuang revolusi syria yang terdiri rakyat terbanyak dan garis kekejaman kerajaan yang clueless untuk mendepani gelombang kebangkitan rakyat.

semalam, hamas dan ikhwan isytihar sudah keluar dari syria. syria adalah pro palestine, musuh israel. Iran dan China adalah rakan dagang minyak dan persenjataannya yang terbesar. sebab itu semua resolusi berkenaan syria di pbb, china akan veto US. liga arab pro amerikah. mahu bashar turun. bila bashar turun, apa akan jadi dengan palestine, iran? sebab itu bashar berkeras kata revolusi digerakkan oleh tangan-tangan ghaib amerikah dan israel. sebab itu dia berdegil. ada juga sedikit cerita konflik syiah - sunnah. katanya bashar pro syiah, sebab itu dia pro iran.

sedangkan, pernahkah mereka menganalisis kenapa rakyat bangun melawan? ekonomi rakyat dah lapar, miskin makin melarat, bashar makin jadi dewa apa cerita? kalau benar takutkan revolusi ini nanti menjadikan syria pro amerikah dan mengancam iran dan negeri-negeri islam yang lain, kenapa tidak dibuat satu resolusi, bahawa siapa pun memerintah, polisi dan dasar luar syria tidak boleh diubah?

atau ini hanya pertempuran jati antara raja monarki dan rakyatnya?

petikan berita penuh oleh aljazeera 'syrian underground doctors'

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...