dupavisitometer

shock doctrine: the rise and fall of capitalisme

The Shock Doctrine: The Rise of Disaster Capitalism is a 2007 book by Canadian author Naomi Klein

ish...aku baru habis tengok docufilem ni. lepas tengok perasaan aku bercampur baur. tak sedap. tak macam milo campur nescafe jadi neslo. pasal dia cerita perihal pengembangan kapitalisma. ideanya kapitalisma berkembang dengan satu doktrine. iaitu shock doctrine. lepas ada shock doctrine, ada pulak shock therapy.

katakan benda tu political shock doctrine, kawan dia policies therapy. political shock doctrine ni katakan negara tu tak support kapitalisma, dilancarkan political shock doctrine untuk ubah struktur politik jadi acceptable to kapitalisma. contohnya coup de tat general pinochet di chile 1970's. pinochet berfungsi untuk lancar terus policies therapy lepas coup dengan 'menghilangkan' para penentang polisi baru kapitalis baru, agar yang tinggal hanya penyokong-penyokong tegar kapitalisma.

kemudian ada economy shock doctrine and therapy, macam krisis matawang asia tenggara 1997 (shock doctrine) yang mana IMF datang menghulurkan therapy.

banyak lagilah yang didedahkan dalam docufilem ini, namun, kebanyakan shock doctrine ini selalunya gagal dengan kebangkitan dan resistance dari rakyat jelata. rakyat bangun menentang pinochet. rakyat iraq bangun menuntut demokrasi yang dijanjikan, dan termasuklah reformasi indonesia, occupy wall street dan arab spring.

sebab, kapitalisma tamaknya tidak bersempadan. konsultan pembanguna pendidikan iraq selepas penjarahan amerikah diberikan kontrak 150 juta dollar, hanya mampu membina 6 buah sekolah. sedangkan di zaman sadam, 86% rakyatnya celik huruf walaupun dia diktaktor. syarikat konsultan pembangunan politik dan pentadbiran baru iraq diberikan kontrak 20 billion dollar untuk merangka struktur kenegaraan iraq yang baru, gagal melakukan apa-apa selama 4 tahun. menjelang julai 2007, 100 askar amerikah digandingkan dengan 70 orang askar kontrak. amerikah masuk iraq dengan kos perang dua kali ganda dari biasa. 

semasa zaman great depression, kaum buruh bangun melakukan 4,421 siri tunjuk perasaan jalanan yang bertahan selama puratanya 20 hari. tahun 2008, apabila sistem kewangan kapitalis hancur lebur, kaum buruh bangun dengan hanya 20 siri tunjuk perasaan jalanan. 

banyak lagi bukti-bukti sahih kebangkitan rakyat jangan dipandang enteng. 

protolol dan contraband kena berjaga-jaga. you might be next, bro.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...