dupavisitometer

Selamat Hari Guru Dan Hargailah Ilmu

Tadi ada seorang sahabat lama,hantar SMS,katanya, "Weii..selamat hari guru", 'trick' nak suruh 'wish' la tu. Jadi, pada kesempatan ini, aku ucapkan Selamat Hari Guru, moga ada barkah dalam tugas guru-guru sekalian. Guru adalah satu-satunya pekerjaan dalam dunia ini yang pasti mempunyai waris. Ilmu yang diturunkannya, diwarisi dari satu generasi ke generasi. Syaratnya, kena ikhlas.
Juga buat guru-guru yang secara lantikan rasminya guru, dan juga yang bukan. Yang sekadar menjadi guru dengan pengiktirafan murid-murid. Guru-guru agama, guru-guru silat, guru-guru akaun, guru-guru perubatan tradisional, guru-guru buat rumah, guru-guru meruntuh rumah, guru-guru rumahtangga, guru-guru mahkamah, dan segala macam guru lagi, selamat hari guru.
Buat semua yang bergelar murid, hargailah ilmu sebaik-baik penghargaan. Ilmu itu budi. Ilmu itu penyuluh hidup. Ilmu itu kebebasan, dan ilmu itu jugalah penyelamat.
Khususnya, Cikgu Cipai, Cikgu Lan, Cikgu Kaze , Cikgu Stopa, Cikgu Anun (it Wasn't Me), Cikgu Suriani,Cikgu Fizi, dan Cikgu Duan (Guru Silat).

2 comments:

sharifulhafizi said...

terima kasih ras raka...atas ucapan selamat hari guru...letak link ke blog aku geng.. sharifulhafizi.wordpress.com

terima kasih.

Ras Raka said...

Sama-sama. Muga-muga murah rezeki cikgu-cikgu sekalian, dan diberikan anak murid yang baik-baik. Yang tak berapa baik pun korang kena terima, itu dah jadi tanggungjawab..heheheh.
Aku tak pa, aku jaga peneroka jaa..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...