dupavisitometer

RASUAH - Shariff Jajang diperintah bela diri - 08/02/2011 9:55am

Shariff Jajang diperintah bela diri - 08/02/2011 9:55am
KLANG 8 Feb. - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Datuk Mohd. Shariff Jajang diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, atas tuduhan menggunakan jawatannya bagi mendapatkan 1.2 hektar tanah untuk sebuah syarikat, 14 tahun lalu.
Hakim Yong Zarida Sazali memutuskan demikian selepas berpuashati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap pertuduhan itu.
Shariff, 67, dituduh mengambil bahagian dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah Sepang yang memperakukan permohonan Lesen Menduduki Sementara tanah seluas 1.2 hektar di Bandar Baru Salak Tinggi kepada anak syarikat Konsortium Sepang Berhad yang mana dia mempunyai kepentingan di dalam syarikat tersebut. –Utusan
Nota Ras Raka:
Kalau kata kang salah, tak kata salah. kalau dah jadi pemimpin tu, janganlah kemaruk nak makan harata haram, makan rasuah.
jadi pemimpin kat Malaysia ni, kejenya takda lain, nak bagi kroni makan, pastu dia pulak makan hasil rasuah yang de beri ke kroni.
ini kes bilis…bila nak bawak jaguh – jaguh rasuah dan high profile vindication on bribery to justice?
wakakakakaka……


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...