dupavisitometer

Accept Sugar Price Hike Positively - Ismail Sabri

(Klik tajuk untuk berita penuh)
Satu lagi cover-up bangang dari seorang yang bertaraf menteri. kenyataannya, macam kita diberitahu yang burung memang boleh terbang, dan api memang panas.
Sesungguhnya, memanglah menyihatkan kalau kita mengurangkan ambilan gula harian. kalau masalah peningkatan kos hidup, kenaikan harga barang dan pengurangan subsidi oleh kerajaan boleh diselesaikan dengan mengurangkan pengambilan kadar gula harian, maka tidak perlulah kita kepada keperluan seorang menteri.
Menteri dan kementeriannya, perlulah memikirkan cara yang terbaik untuk menjaga kepentingan rakyat terbanyak apabila berhadapan dengan krisis kenaikan harga barang keperluan. Janganlah sewenang-wenangnya menurunkan ketidakupayaan kerajaan menangani krisis ini kepada rakyat. jika ini berlaku, tiada bezalah sebuah kerajaan dengan syarikat rokok. Asal naik cukai tembakau, ditanggungkan kepada pembeli.
Kerajaan bukan kapitalis, kerajaan adalah berkhidmat. dan, memang benar harga gula dunia memang sudah melambung tinggi . Dan, adalah mustahil untuk kita mengawalnya selagi pasarannya terdedah kepada spekulatif dan manipulatif spekulator.
Bila berlakunya krisis kenaikan harga, samada petrol, gula dan baja, pandai kerajaan bikin 'vibe', kecoh sana, kecoh sini bagi rakyat faham.
Tetapi, dengan pengumuman-pengumuman projek-projek sensitif dan berpotensi untuk dipecahamanahkan, pandai pulak kerajaan main sembunyi-sembunyi. Contohnya, apa perbandingan harga kenderaan import, kos sebenar pembinaan rumah dan set-up broadband negara bertuah ini dengan negara luar?
Adakah kompleks yang serupa fungsinya dengan PKFZ dalam rantau ini bersamaan dengan kos PKFZ? Kenapa bisu?
Bila krisis, pandai kecoh-kecoh. Bila bab nak merompak, pandai tong-tong sama sendiri? Begitu?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...