4 orang sahabat sampai ke kedai mamak, untuk lepak-lepak dan minum-minum. ini adalah outing 4 sahabat ini yang pertama selepas kenaikan harga gula dan di tahun baru 2010. Kebetulan, semuanya bercadang untuk teh tarik dan itu adalah teh tarik mereka yang pertama untuk 2010.
India-muslim dari India pun dipanggil.
Sahabat 1: Mamak, berapa harga teh tarik sekarang? Dah naik ke belum?
Mamak : Sekarang susah bos, goverment sudah kasi gula naik. teh tarik RM 1.50
Sahabat 1: Eloklah tu. Kerajaan India kau tu pun apa kurang, sama bengong. Korang order la dulu.
Sahabat 2: Teh tarik kurang manis satu.
Sahabat 3 & 4: Sama la, teh tarik kurang manis satu. (serentak)
Sahabat 1: Mamak, aku nak order teh tarik manis gila satu. Aku nak minta kurang 30 sen. 3 orang dah order kurang manis, berapa banyak dah ko safe kat situ.
Mamak: ???
No comments:
Post a Comment