dupavisitometer

"An Oppressive Government is More to be Feared than a Tiger" - Confucius

Setelah tayangan filem terbaru James Cameroon meledak di pawagam-pawagam China, dan mengutip 44.6 juta UK Pound dalam masa 2 minggu tayangannya, kerajaan China telah mengharamkan tayangan 2D Avatar pada 23 Jan 2010 nanti.
Ini bagi melindung hasil kutipan filem 'Confucius' lakonan 'God of Gambler', Chow Yuen Fatt.
Pihak berkuasa perfileman China memberikan alasan bahawa Avatar telah pun mengutip keuntungan yang mencukupi sepanjang tempoh tayangan yang mana jika dibiarkan lagi akan menyusutkan hasil tayangan filem-filem tempatan, terutamanya filem 'Confucius'. antara lain, unsur-unsur keganasan dalam filem Avatar ini mungkin mempengaruhi minda penonton.
Tetapi, China terlupa yang membawa 'Avatar' adalah sistem kapitalis sejati. ia tidak mengenal 'Keuntungan yang mencukupi'. dan tindakan ini mengundang kecaman pelbagai pihak, terutamanya barat.
Namun, Kerajaan China punya hak. Keupayaan Avatar mengutip 44.6 juta UK pound pasti membimbangkan tatkala kesihatan ekonomi China yang mana 'bubble' ekonominya menghampiri 'burst'. China telah menaikkan kadar faedah dan mengetatkan syarat kredit rabu lepas, sebagai usahanya untuk mengembalikan wang isi rumah kepada poket kerajaan.
Rakyat China tidak asing dengan kawalan dan pengharaman sebegini. Kebanyakan negara asia juga tidak asing. Kalau di Malaysia, kita ada Proton.
dan, bagi barat yang tidak pernah mengerti, ini satu lagi hantu komunis yang datang menjengah tiap-tiap malam. ini satu halangan hak asasi manusia untuk berhibur. Selalunya begitulah.
Siapa betul, siapa salah, kita sendiri-sendirilah menentukan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...