Orang-orang Melayu hanya ada dua isu yang maha sensitif. Kedaulatan Islam dan Hak-hak keistimewaan Orang Melayu. Mana yang menjuarai yang mana, sendiri fikir, sendiri buat keputusan. tetapi, itu bukan isunya.
Isunya ialah, adakah ini perangkap yang cuba menduga sensitiviti umat melayu dengan isu yang maha sensitif? Pasti, ini peluang untuk menjadi juara, namun barang diingat, harganya pasti mahal juga.
Dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia ini, perundingan seharusnya menjadi tunjang, dan bukannya mahkamah. Dan bukan semuanya isu boleh disamarata dan disatumalaysiakan.
Kalau isunya hanya setakat Hari ini pakai dhoti, esok pakai suit, lusa pakai baju Melayu kemudian sama-sama naik bendera, memang boleh dan memang senang diselesaikan.
Kalau isunya hanya setakat Hari ini buat EGM, esok buang timbalan presiden, lusa lantik timbalan presiden baru, tulat timbalan presiden yang kena pecat pegi ROS, minggu depan ROS install balik jawatan timbalan yang kena pecat, minggu lagi satu timbalan presiden baru tak mahu undur, dan bulan depan semua ugut letak jawatan, isu macam ini memang boleh dan memang senang untuk diselesaikan.
perlu diingat, kelulusan hanya pada percubaan kedua. sedangkan pada percubaan pertama dulu, kenapa yang ramai-ramai, riuh-rendah berdengung-dengung itu memilih untuk tidur?
Dah terhantuk baru nak mengadah?
No comments:
Post a Comment