dupavisitometer

48 laws of power (malaysian politic re-visited)

48 laws of power
heh, akhirnya aku jumpa edisi kompak buku '48 laws of power' karangan robert green, sewaktu aku transit di doha airport, qatar 12jan yang lalu. surprise jugak sebab di kedai tersebut ada edisi kompak, ringan, saiz sederhana dan paling penting isinya masih ummphh. 

aku dah lama mengidam nak memiliki buku ini. sebab aku pernah nampak buku ini atas meja dr.m. kedua, buku ni selalu keluar tivi dan selalu dapat quote. dan paling penting, buku ini membicarakan the laws of power, yang mana prinsip-prinsip kekuasaan (laws of power) yang telah diguna pakai sepanjang zaman.

dan, bila kita baca buku ini di khalayak ramai atau waktu santai, ramai yang menjeling sebab kalernya yang merah menyala dan diikuti dengan skeptik 'sapalah yang budak ni nak jatuhkan ni...' heh!


dalam banyak-banyak 48 laws of power ini, banyak juga yang aku cuba contohkan dengan apa yang terjadi dalam senario politik malaysia yang aku terfikir, terutamanya pasca 2008, dimana ada prinsip-prinsip yang dilanggar dan ada juga prinsip-prinsip yang di gunapakai, sebagaimana yang disebutkan di dalam buku ini. antaranya:-

  • law no. 1 : never outshine the master. anwar dah langgar prinsip ini 1998 yang lalu. dr mahathir sebagai master, terus tak bagi chance, sebab menurut laws of power, masterlah yang paling insecure dan monstrously suspicious. muhyiddin sepatutnya dah ambik pelajaran. hehehe...
  • law no. 3: conceal your intentions. ini yang pm najib tengah buat. semua orang tau apa anwar nak dalam pru13 nanti. nak putrajaya, nak jadi pm. tapi pm najib nampak cool, relax dan conceal dia punya intentions dengan apa dia nak buat dalam pru13. sampai la orang tak tau apa taktik dia.
  • law no. 8: make other come to you - use bait if necessary. ini jugak salah satu power tools yang digunapakai oleh anwar dalam lingkaran politik terkini. walaupun pm najib guna 'bait' tapi nampaknya 'bait' anwar lagi mengancam. setakat rm 500 dengan mansuh tol, agak-agak mana lagi syok jadi umpan. hehehe
  • law no. 11: learn to keep people dependent on you. baik bn atau pakatan, pm najib atau anwar sudah pun menggunakan tool of power ini. siapa yang dominan dalam pakatan? siapa yang dominan dalam bn? hehehehe...
  • law no. 28: enter action with boldness. masuk bertempur dengan konfiden giler, walau ka belakang banyak suara-suara sumbang. anwar konfiden. pm najib lagi konfiden. rakyat, blurrr...hehehehe..
  • law no. 22: play to people's fantasies. ini pun dah digunapakai. pm najib bawak transformasi dan agenda high income nation. anwar bawak malaysia baru yang lebih mesra rakyat. masing-masing dengan umpan masing-masing. hehehe...
  • law no. 40: despise the free lunch. inilah kesalahan terbesar katak-katak politik yang lompat. secara prinsipnya, mana ada orang nak bagi korang free lunch. semua ada makna tu. jadi, apakah musibahnya kalau dah termakan free lunch? kenalah riuh-rendah macam ibrahim ali, zahrain, ezam dan hassan ali. hehehe...
  • law no. 45: preach the need for change, but never reform too much at once. untuk kekal relevan, seorang yang inginkan kekuasaan kena re-create diri mereka, supaya jelas boleh jadi agen perubahan. dan semua orang perlukan perubahan. setiap perubahan adalah risiko kepada hilangnya kuasa dan status-quo. jadi, maintain status-quo diselindungkan dengan janji-janji manis untuk berubah. tunggu, it works for both side, bn dan pakatan. i don't see much changed will be happening soon, hehehehe...
  • law no. 48: assume formlessness. semuanya berubah. semuanya boleh bertukar sekelip mata. jadi, adalah penting untuk TIDAK menonjolkan diri kepada satu sikap atau pihak, sebab bila rules of games berubah, orang dah tahu siapa nak target. hehehe..
ini sekadar pandangan aku mix-match dengan situasi politik malaysia sekarang yang tiap-tiap hari makin panas dan makin panas.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...