dupavisitometer

political will to deal with social contract

masalah besar selalunya bermula dengan riak-riak kecil
itulah dia pas. bila pingat kemenangan hampir digenggaman, fokusnya hilang, dan segala usaha dan tenaganya seolah-olah dialihkan kepada isu-isu dalaman yang karut, dan boleh diselesaikan dengan mudah mengikut pandangan ramai.

kebanyakan penyokong-penyokong dan para-para pesimpati parti pas dan pakatan beroleh maklumat dengan media baru. iaitu melalui youtube dan blog, walau aku sendiri secara peribadi suka membaca blog. dan amat malang, masalah kecil berkaitan kerajaan perpaduan dengan umno kini makin meleret dan berpanjangan, sampai tiada kesudahan. pas kini terperangkap dengan masalah ala-ala pengeboman di selatan thailand dulu, iaitu musuh yang berbentuk bayang hitam. musuh itu ada, namun tidak kelihatan. takwil perbuatannya nyata, namun tangannya tidak kelihatan. sudah pasti, perencananya jelas sudah mencuci tangan dan diam di bawah selimut.

jika kemuncak masalahnya adalah hassan ali, namun masalah itu tidak juga kunjung padam, mala si hassan ali semakin menjadi jaguh dimedia dengan sebebas-bebasnya. dia sudah jadi hot commodity. dan itulah lumrah sebagai orang terbuang di medan perang. seperti si bongkok menyembah xerxes, dan tidak ada apa yang spectacular apabila dia sangat-sangat dihargai oleh musuh pas. dan malang, kini bukan sahaja hassan ali popular di media perdana, dia juga semakin popular di blog-blog pakatan dan cybertrooper. heh!

samada cerita baik atau buruk, itu soal kedua. soalnya, ruang capaian yang meluas. sama juga halnya dengan utusan yang terlalu banyak sangat expose kebejatan pakatan dan anwar. bagai tak habis 7 keturunan dengan masalah anwar, sejak 1998 lagi. hinggakan mood dan integritinya sebagai lidah kerajaan sudah kudung dan sudah di buat sup lidah.

aku secara peribadinya media rasmi kepartian, umno-utusan, mca-the star, pkr - keadilan, pas - harakah perlu kekal dengan berita parti dan maklumat sahih parti masing-masing. janganlah banyak sangat 'serangan' yang meletihkan 'mental' dan 'minat' para pembaca. dulu, utusan jaguh dengan isu melayu. juga sebagai penobat bahasa melayu. analisisnya kritis dan mendalam. sekarang tulisan kolumnisnya tidak ubah macam blogger picisan.

demikian juga harakah, dulu pati penulisannya lebih berunsur dakwah dan masyarakat pas semasa yang lazimnya miskin dan tertindas. banyak sirah-sirah Rasullullah yang memberi pengajaran dan boleh memberikan pelajaran baru pada pembacanya. kini, tidak lagi. yang ada hanya jawapan balas kepada utusan dan kenyataan-kenyataan balas seterunya, umno. juga banyak cabaran-cabaran hujah dan pembuktian yang memang sudah tahu memang tidak dilayan. menyemakkan muka tulisan saja layaknya.

masa berlalu dan dunia maklumat makin maju, cara dan roh media arus perdana dan rasmi kepartian makin kebelakang. kasihan. kita sudah ada media baru. segala macam penulisan sampah, samada yang berguna atau tidak berguna boleh didapati jika dicari, biarlah dilambakkan di dalam media baru. sudah naturenya sebagai medan media baru yang lepas tanpa sempadan dan integrity check, yang bleh menghimpun segala provokasi, mahkamah tanpa hakim dan juri, tempat hurung segala fitnah dan damn accusations, dan juga judgemental yang terhimpun dengan segala mak nenek sampah politik yang ada.

berbalik kepada masalah hassan ali. sentimen hassan ali akan terus menghantui pas. walauapapun cakapnya orang, dia bernilai pada pihak musuh. dan kesetiaannya pada musuh tidak berbelah bahagi. banyak yang dia kena buktikan. he can move a mountain if he has been asked to. jadi, rasanya cukup-cukuplah dengan hassan ali. pas kena fokus dan send the muscle to other arm who needs it. sudah-sudahlah asyik nak response dengan hassan ali. dia easy target. he is finished, even though his soul still dancing.

kita kena ada sikit kasihanlah dengan puak-puak yang suka makan free lunch ni.

kini, pas terperangkap lagi dengan masalah kuin a.k.a auku. dari satu konflik dalaman, dan ada dua. semuanya berkaitan polisi dan dasar parti. polisi dan dasar parti adalah tahap ukur (benchmark) untuk professionalisma. jika nak urus dasar parti pun kecoh tak tentu hala, macamana orang atau rakyat atau so called golongan atas pagar nak lihat pas sebagai sebuah parti yang konsisten dengan dasar?

walaupun umno itu dituduh sebagai pengkhianat dan paling banyak kejahatan pada bangsa melayu, sekurang-kurangnya mereka konsisten dengan dasar membela melayu dan merit untuk itu boleh tahan fact & figuresnya. pas atau pkr belum tentu boleh meyakinkan boleh membetulkan atau sebagai satu option orang melayu jika masih lelah nak urus hal dalaman yang berkaitan dasar dan prinsip pilihan yang lebih baik untuk malaysia.

janganlah diharap pada dap dan mca. samada mereka ini dap atau mca, yang pasti mereka sudah lama menguasai ekonomi domestik tanah melayu ini. 8 dari 10 richest malaysian tiap-tiap tahun adalah yang berbangsa cina. dan mereka tidak pernah pulak bising nak kongsi kekayaan dengan orang melayu. tetapi aneh, mereka semakin sibuk nak berkongsi kuasa atau perkongsian kuasa yang 'lebih' seimbang dengan orang melayu pulak. dengan melayu ingin sangat nak kongsi kuasa, tapi, kuasa ekonomi yang mereka ada, tak pernah sikit pun nak offer melayu kongsi.

iklan buruh masih required mandarin. scale gaji masih tak sama. harga jualan barangan borong, runcit, kain ela, spare part kenderaan, telefon bimbit, vendor-vendor konglomerat, terutamanya yamaha dan digi masih tak sama. sole distributor jam seiko masih thong sia walau dah berkurun. apa salah seiko classic bagi pada cina, seiko 5 bagi pada melayu dan seiko jadah apa lagi pada india? kata orang, cina sama cina, murah sikit. cina sama melayu murah juga, tapi tak sama murah yang diberi cina sama cina. 

cerita aku ini ini tiada rekod dan tiada pembuktian, tapi ianya macam angin, boleh dirasa tapi tak nampak. dan, benda ini tiada siapa kata senang nak diubah. dan ianya bukan hanya dapat dicapai dengan political will, tetapi dengan kerjasama dan tolak ansur yang sejati. dan ini adalah idea yang sangat romatik. tetapi kita perlu bergerak ke arah itu, dengan berani dan berlapang dada dengan apa itu realiti dan kebenaran. sekurang-kurangnya kita bermula dengan satu political will yang utuh.

dan pas, jika masih lembap untuk selesai masalah dalaman dan conflict, jadi kena fikir balik adakah pas ada apa yang diperlukan untuk sebuah political will yang betul-betul utuh, sebagai satu tawaran yang lebih baik kepada apa yang kerajaan sedia ada.

-end-

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...