dupavisitometer

kuda trojan

kuda trojan
taktik perang 'kuda trojan' samada kita sedar atau tidak, selalu tidak membuahkan hasil dalam percaturan politik malaysia.

walaupun ramai yang menganggap kemasukan anwar ibrahim ke dalam umno pada waktu kemuncak lebih efektif sekiranya dia menjadi 'kuda trojan', namun meleset apabila hubungan anwar-mahathir pada masa itu bertukar menjadi underboss dengan godfather pula. macam micheal corleone dengan vito corleone.

begitu juga dengan tindakan 'lompat' adun-adun pkr yang akhirnya bertukar kepada pengkhianatan sejati. dan kini, hassan ali, aspan alias dan ariff sabri pula disebut-sebut sebagai kuda trojan yang dipasang oleh umno.

cuma, perlu kita ingat syarat-syarat utama keberkesanan untuk memasang taktik kuda trojan, iaitu:-
  • cukup licik untuk menghilangkan sebarang syakwasangka dari pihak musuh.(deception)
  • dimuatkan didalamnya oleh pahlawan-pahlawan yang terpilih. (selective worrior)
secara peribadinya, kedua-dua tokoh ini dan hassan ali (hassan ali bukan seorang tokoh) tidak mempunyai cukup syarat untuk digunapakai sebagai kuda trojan. satu, mereka bukannya profile heavywieght dalam arus politik perdana dan dua, sukar rasanya untuk kuda trojan melayu untuk mendapat kepercayaan komuniti cina, sama juga halnya seorang cina untuk mendapat kepercayaan seorang komuniti melayu. tembok pemisahnya sangatlah tebal.

jadi, aku tidak rasa ariff sabri dan aspan alias 'kuda trojan'. dan aku tak rasa hassan ali dari mula lagi adalah seorang kuda trojan, cuma aku berpendapat hassan terperangkap di suatu kamar letaknya ditengah-tengah garisan genius dan bangang.

aku harap sangat-sangat dia tak jatuh ke garisan bangang.

sumber: trojan horse - wikipedia

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...