bad ass lieutenant |
dalam tahun 2009, nicholas cage join keanu reeves dan denzel sebagai seorang crooked cops. cage tampil berbeza. jika street kings keanu reeves bertemu jalan pulang dan menjadi garis putih, sementara training days denzel kekal mungkar sebagai crooked cops dan kekal dalam garis hitam, namun tidak untuk cage. cage dipotretkan sebagai seorang bad ass liuetenant yang sisi moralnya sangat-sangat kelabu.
bad lieutenant adalah cerita yang lurus dan berkesinambungan level 8 dari 10. tiada flashback. sangat real. berlatar belakangkan new orleans yang masih tersisa dengan amukan katrina. walaupun new orleans itu masih compang camping, namun dirty businessnya sudah sembuh dan run as usual. druglord shoot outnya sering menimbulkan masalah kepada pihak polis, yang baru sahaja menerima lieutenantnya yang baru, iaitu cage. dan kisah penyiasatan dengan nilai moral kelabu bermula dengan kes pembunuhan 'execution' style 5 orang immigrant senegalese yang juga merupakan druglord kawasan.
cage dipotretkan sebagai seorang yang mempunyai back pain yang cronic, terjemahan tepat kepada sisi moralnya yang bengkok dan terhenjut-henjut. cage adalah kaki kokain dan ganja. setiap serbuan narkotik, leftovers selalu dia yang pau dulu. cage juga membela frankie (eva mendes) seorang pelacur merangkap kekasih, dan cage menggunakan frankie untuk pau duit kopi dan rasuah yang dipanggilnya 'price of mercy' untuk client yang takut kena cekup dengan atas sebab melanggan pelacur dan pada masa yang sama akan kena charged dengan drug posession, sebab frankie memang bawak kokain untuk kegunaan sendiri ataupun cage, atas arahan cage sendiri. dan frankie dipotretkan sebagai high class hooker yang diam dan santai di hotel-hotel mewah. aneh, walaupun mempunyai frankie, cage masih juga menelusuri lorong-lorong gelap untuk mencari kepuasan seksual dan ketagihan dadahnya. dan cage juga seorang taik judi tegar.
selebihnya kita dipertontonkan dengan metod kelabu cage dalam menyelesaikan tugasannya yang dikembang dan diceritakan dengan bijak, apabila cage bekerjasama dengan suspek 'senegalese massacre' iaitu seorang lagi druglord kawasan yang dikenali sebagai big feet (xzibit) dengan tujuan melepaskan dirinya dari buruan ah long, dengan mengumpan big feet dengan satu drug deal yang menguntungkan, sekaligus memerangkap big feet sekali lagi sebagai main suspect untuk jenayah senegalese immigrant massacre.
secara umumnya, bad lieutenant secara real sekali lagi menelanjangi sisi hitam-kelabu masyarakat terbuang amerika, dengan kemelut penyalahgunaan kuasa, dadah, extortion, gang-war, prostitution, dan paling penting sisi moral penguatkuasaan yang kelabu-hitam yang hampir dengan sifat kebinatangan, dengan banyak shot-shot yang dipersembahkan dari mata buaya dan iguana.
bacaan tambahan: bad lieutenant port of call new orleans
No comments:
Post a Comment