dupavisitometer

belanjawan dan belanja

pembentangan belanjawan 2012 oleh PM juma'at lalu sebenarnya membayangkan banyak perkara. walau apapun pandangan kita berkenaan belanjawan yang dibentangkan, seharusnya kita bersyukur dengan kenaikan-kenaikan yang bermanfa'at untuk teman-teman kita. para guru, polis dan penjawat-penjawat awam yang lain.

kita raikanlah berita gembira mereka, sama jugalah dengan kenaikan umur persaraan dari 58 tahun ke 60 tahun. peluang pekerjaan di negara kita masih banyak dan terbuka luas untuk yang berusaha.

cuma, insaf dengan keadaan yang sebegitu, setelah memberi sebegitu banyak, maka bersedialah kita untuk menerima kenaikan dan 'himpitan' yang lain. sebabnya mudah, kerajaan kita bukannya maha pemurah lagi maha penyayang. kerajaan adalah orang yang paling berkira-kira dalam berbelanja. kalau kerajaan tidak berkira-kira, kelantan itu sudah majulah dan tidaklah kerajaan kecoh sana kecoh sini dengan 'adik-abang' perkasa prowaris membuat huru-hara. 

dalam belanjawan, tidak dinyatakan dengan spesifik bagaimana caranya kerajaan menangani masalah sekiranya berlaku kenaikan harga barangan kawalan yang berimpak tinggi, seperti harga minyak sawit, petroleam, tepung, beras, dan lain-lain. ditiadakan dana khas sebagai 'safety net' sebagai langkah pencegahan dan berjaga-jaga sekiranya berlaku kenaikan mendadak seperti yang berlaku di zaman 2008-2009 yang lalu. 

makanya, sekiranya berlaku kenaikan mendadak pada harga-harga yang disebut sebagai harga komoditi ini, amat cerahlah peluang nampkanya kerajaan akan menafsirkan kenaikan tersebut terus kepada pengguna, sebab aku dah bagi gaji naik, korang kenalah bayar ini semua. maka semuanya tambah tolak darab bahagi, perbelanjaan dan kesempitan isi rumah kekal begitu. 

seharusnya, dalam belanjawan yang defisit, arah tuju harga komoditi yang tidak menentu, ditambah pula dengan ketidaktentuan ekonomi global yang menuju ke aah 'recession', maka mungkin belanjawan yang bertemakan berjimat cermat dan berhemah diambil sebagai salah satu opsyen.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...