dupavisitometer

bersih 3.0 aftermath: tolong buka pusat mengundi

28hb aku fly balik UAE. debar sungguh menunggu ke petang dalam perjalanan ke KLIA, sebab takut ibu dan adik beradik aku tersangkut dalam jem yang disebabkan bersih 3.0. namun, alhamdulillah, semuanya dipermudahkan oleh Allah SWT dan aku selamat sampai ke UAE.

keesokan harinya, surf internet nak ambil tahu pasal bersih. aku tak tahu samada orang awam benar-benar tahu apa tuntutan bersih. dan berapa ramai pula yang berfikiran positif dan negatif pasal bersih. bagi yang menyokong, ianya adalah perjuangan. bagi yang tak menyokong, ianya satu perkara tak berfaedah dan sia-sia, termakan hasutan anwar ibrahim dan ambiga kafirun. apapun persepsinya, terserah. yang sokong kata yang tak sokong bodoh. yang tak sokong akan kata pulak yang sokong bodoh. pi mai, pi mai, tang tu jugaklah.

dalam perarakan bersih, pemimpin pakatan jadi champion. lepas bersih, pemimpin umno pulak yang jadi champion. satu kuat kat media perdana. satu kuat kat media alternatif. manusia akan menentang atau melawan apa yang dia tak tahu, itu normal. tapi, bagi bangsa melayu, samada dia tahu ke, atau dia tidak tahu, dia akan tetap lawan. sebab orang melayu, emosinya terkehadapan dari rasional.

orang melayu susah nak bawak berbincang kalau dia tengah emosi. presiden umno pernah emosi di pwtc. anwar ibrahim pernah emosi di pondok ceramah. kalau pemimpinnya sahaja sudah emosi, pengikutnya pulak usah cakap. tak payah cerita panjanglah bab ini.

apabila kita bersedia untuk mobilise orang ramai dalam satu perhimpunan yang besar dan tidak mendapat restu kerajaan yang memerentah, kita harus menjangkakan satu unsur klasik yang dinamakan 'provokasi'. provokasi adalah trigger point untuk resistance dan damage control. provokasi akan memulakan persoalan 'siapa start dulu...'

dan, perhimpunan hari itu telah dimakan provokasi dan akhirnya sehingga ke saat ini, kita masih membazirkan masa untuk menyelesaikan masalah 'siapa start dulu...'. baik dari pemimpin yang terlibat, sampailah pemimpin yang tiada kena mengena.

dan, masalah yang paling besar ialah persoalan apa selepas bersih? adakah kerajaan akan melayan kembali tuntutan yang 8 itu dengan membawanya ke parlimen? sanggupkah kerajaan buat kerja dua kali? atau tuan presiden sudah bersedia mengumumkan tarikh pilihanraya? orang semakin tertanya-tanya, dan orang semakin surprise.

tolong buka pusat mengundi, agar keresahan-keresahan yang ada kini akan tenang di peti-peti undi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...