dupavisitometer

orang benci kita tak boleh...

ada satu perkara yang kita kurang dalam kita berpolitik. kita mengharapkan orang berlaku baik dan adil kepada kita, terutamanya kalau kita di pihak pembangkang. antaranya kita mahukan siaran media yang adil. kita juga mahu program kita tidak diganggu-gugat. kita tak mahu orang benci, yang kemudiannya provok kita dalam majlis kita sendiri. pendek kata, kita nak buat apa yang kita buat, janganlah dengan sebab 'kebencian' orang menggangu majlis kita.

malangnya, kalau kita benci dan mengutuk program orang lain tak apa pulak? ada atau tidak kita nilai level kematangan kita dalam apa yang dikatakan 'perjuangan' politik kita ini. kita 'bising' kalau orang kata kita berhimpun itu tak elok, walau kita rasa elok tujuan kita berhimpun itu. dan kita bising juga kalau orang tuduh jumlah yang join perhimpunan kita itu kurang dari jumlah yang kita rasa. sedapnya kita membenci orang yang membenci program-program kita.

jadi, kalau kita benci program orang adakah tidak mengapa? adakah kita sahaja yang suci, yang mempunyai hak untuk membenci dan orang lain 'berdosa' membenci kita?

jika jawapannya ya, kita kena persoal tahap kematangan kita dalam hal ini.

ya, mungkin banyak isu yang saling berkait yang boleh kita justifikasi kebencian kita itu. namun, sebagai tanda orang yang matang, kita kena terimalah hakikat siapa yang tuan dalam demokrasi. dan samada kita suka atau tidak, tuan pastilah banyak kelebihan dari yang bukan tuan.

bukan apa, aku merasakan riuh-rendah serangan pro-pr pada program himpunan belia 2012 minggu lalu sangat-sangat 'overkill' dan sangat-sangat negatif pada muda-mudi yang menyertainya. walau serangannya lebih kepada UBN, yang terasa menjadi mangsa adalah peserta, tenaga penganjur dan tidak terkecuali yang hadir dan yang mengambil bahagian.

memanglah program yang berunsur islami lebih baik pengisiannya, tapi kalau kita respect dengan jiwa dan fikiran anak muda yang menghadirinya, yang kita yakin mantap jiwa islaminya yang tahu membezakan baik-buruk, pasti akan menjaga adab dan kesusilaan sebagai seorang muslim / muslimah sepanjang menghadiri perhimpunan tersebut.

memang banyak pihak yang hendak ambil kesempatan atas sokongan golongan muda, namun melabelkan mereka termasuk dalam ahli neraka dengan menghadiri acara yang kita hakimkan sebagai lagha dan penuh maksiat, sedangkan mereka lebih tahu apa yang mereka buat dan sertai berbanding kita yang hanya menuduh, tidakkah akan menjauhkan sokongan mereka dan mengekalkan imej 'jumud' yang telah sedia dipotretkan pada wajah-wajah kita?

politik melabel nampaknya bukan hanya sudah jadi kesukaan UBN, ianya sudah menjadi kesukaan PR juga nampaknya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...