dupavisitometer
17:56 31Dec09 RTRS-Malaysian court rules Catholic paper can use "Allah"
SMS Semalam
Mengesan Avatar UMNO Dalam PAS
1001 Persoalan Tentang Enjin Jet Dan Ariffahmi
Pas & UMNO: Masalah Dalaman Yang Tidak Kesudahan
Funny People = Ordinary People = Smart People
The Blind Side - Tanpa Warna
Doa Laknat Dan Walimahtul-Urus Dec 09
UMNO: Sentiasa Ketandusan Tenaga Muda Islami
3 Kerat: Ujian, Korban Dan Keuntungan
Meet The Natives
USA: Obama Lawan Orang Cerdik Pandainya Sendiri, Pembangkang, Akademia, Professional Dan Penyokong.
Apa Sudah Jadi Dengan PKR?
[1st Entry]
PAS Sekali Lagi Masuk Dalam Perangkap 1Parti UMNO.
Malaysia PM Vows Big Budget Cut, Fails To Detail - 19:12 23Oct09 RTRS-WRAPUP 2
Kerja Kita, Kerja Dia
Siaran Parlimen
SPRM
Salam.
SPRM hari ini dikejutkan apabila pakar forensik Thailand, Dr. Porntip (Porn?) Rojanasunan mengatakan kematian TBH 80% disebabkan oleh "pre-fall injuries or homicide, rather than suicide".
Dan mengikut laporan The Edge, keluarga TBH melalui peguam belanya Govind Deo menimbangkan kemungkinan untuk menggali semula kubur TBH untuk post-moterm kali kedua. Kasihan SPRM. Baru nampak nak selesai, tiba-tiba ada u-turn.
Dan keluarga TBH pula, sungguh-sungguh benar mencari keadilan untuk TBH. Mungkin benar kata orang, setiap 'keadilan' itu adaharganya.
Moga-moga jadi pengajaran kepada SPRM. Setakat siasat salah-guna kuasa, salah-guna peruntukan, rasuah, janganlah sampai fizikal. Dan jangan pula buat pendakwaan terpilih.
Dalam kes TBH Lwn SPRM ini, apa yang dibicarakan? Punca kematian TBH ke atau Pendakwaan terpilih SPRM?
Salam.
'Dosa' Yang Berat Adalah 'Dosa' Melompat
Hari-Hari Tanpa Pergolakan Politik
Kata - Kata Munafik
Malaysia PM failing to win back voters - Reuters
Isa Samad: 'Hero' N9
Kenalkah Hassan Ali, Isa Samad & Ali Rustam Siapa Lawan Mereka Yang Sebenarnya?
Sempena Laporan Indeks Rasuah Oleh Transparency-International Malaysia (TI-M)
Pemimpin Yang Banyak Mempengaruhi Cara Hidup & Cara Kita Berfikir; Tun. M
Sebagai Ahli Politik, Mengenal Diri Itu Penting
Dalil Akliah Kalau Kita bercakap Hal-Hal Sabar Di Bulan Ramadhan
Kenapa kita masih perlu berlembut? Entah. Inilah kelebihan bangsa Melayu. Sabarnya tiada batasan. Melayu, sabar. Saling kena mengena. Macam Brasil dengan bolasepak. Namun, perlu diingat, sabar juga bukan ukuran kualiti seorang Melayu. Sabar, dalam satu ketika satu kecacatan. Kecacatan genetik.
Hang Tuah memilikinya. Jebat juga memilikinya. Cuba timbang baik-baik sabar Tuah dan Jebat. Tuah sabar menerima musibah, walau musibah datang dari penguasa jahannam. Jebat juga bersabar, sudah lamanya dia bersabar, hingga ia bangun menetang penindasan, ketidakadilan dan kezaliman. Yang adil, disembah, yang zalim disanggah. itu laungan Jebat dulu. Dan, orang melayu bangga dengan laungan ini.
Orang UMNO suka sangat kalau hal-hal Tuah dan Jebat. Dalam UMNO banyak sangat perderhaka, pengkhianat, dan Hang Setia. Kasihan.
Dalam PAS banyak orang alim. Ulama.
Nampak tak perbezaan akliahnya?
Lagi-Lagi Perpaduan
- Mungkin kerana insiden kepala lembu, mungkin kerana pilihanraya kecil Bagan Pinang, mungkin kerana semangat Ramadhan, mungkin kerana ada 'survey' baru, mungkin kerana semangat satu Malaysia yang sudah mula berakar-umbi, UMNO, melalui DS Najib, menadah tangan menjemput PAS untuk perpaduan umat Melayu.
- UMNO secara 'sukarela'nya menawarkan perdamaian dan penyatuan utuh umat Melayu, demi untuk kebaikan orang Melayu itu sendiri. Namun, ada syarat. Syaratnya, janganlah dihina lagi UMNO. Tunjukkanlah UMNO ini sebahagian daripada kamu, wahai PAS, dan PAS itu sebahagian juga dari kami, UMNO.
- Dulu, UMNO kata pengkhianat Melayu ialah Anwar Ibrahim. Dialah orangnya yang memecah-belahkan umat Melayu. UMNO secara tak langsung mengakui sokongan kepada DSAI kuat. UMNO seharusnya 'memujuk-mujuk' untuk bergabung dengan DSAI dulu, baru memikirkan untuk bergabung dengan PAS.
- Mungkin, DSAI tahu tipu-muslihat UMNO dan perpaduan cara UMNO. Cara projek, cara rasuah, cara tindas-menindas, cara berpolitik dengan duit. Mungkin sebab itu UMNO tidak mahu menghulur salam perpaduan kepada DSAI. Sebaliknya, salam perpaduan dihulur kepada PAS. Sudah masuk kali kedua.
- PAS jangan cepat ghairah dengan salam tersebut. PAS masih hijau dalam 'game' gabung-bergabung ini. UMNO sudah punya game ini selama 50 tahun lebih. PAS punya istiqamah dalam perjuangan. UMNO punya sikap opportunis dalam berjuang. PAS-UMNO taakan boleh jadi orang-orang ansar dan muhajirin.
- Kalau PAS bergabung dengan UMNO, kemudian bergabung dengan PKR, orang melayu akhirnya mengamalkan semangat Asabiyyah yang tulen. Dan Allah (S.W.T) boleh sahaja menjadikan kita semua penyokong UMNO, tetapi yakinlah, kita akan tetap berselisih pedapat dan saling pecat-memecat.
Mempalit Lumpur, Jangan Terpalit ke Muka Mak-Ayah Sendiri
Qamar Bani Hasyim
- Sepanjang bulan puasa (kenapa kena bulan puasa?) Astro Oasis menyiarkan drama bersiri 'Qamar Bani Hasyim' untuk tontonan seisi keluarga. Running show pukul 2 & 6 petang, re-runs pukul 1130 malam. Kalau sesiapa yang rajin layan terawih dari Makkatul Mukarramah dan Madinatul Munawwarah (Kalau tak pi semayang terawih tak guna jugak), boleh sambung dengan re-runs Akademi al-Quran kat TV9.
- Drama berkisarkan sejarah perjuangan Rasul Junjungan (S.A.W) menegakkan syiar Islam dari kitab sejarah Bani Hasyim.
- Perangai kuffar kafir quraisy tu nampaknya ada sikit-sikit macam kat kadiaq pasemboq, Muh Sembap, Ali At-Taqwa dan Mah Bijan Malaysia.
- Wallahu'alam. Allah sahaja yang maha mengetahui.
- Ada kesempatan tengoklah drama Qamar Bani Hasyim ini. Jangan asyik terkinja-kinja 'Jangan Lupa Lirik Ja.
Ramadhan, Merdeka Dan Pilihanraya Kecil
- Kalau kamu habis terawih awal, boleh sambung mengikuti siaran langsung sunat terawih dari Masjid Jalan Duta oleh Radio IKIM.
- Alangkah bagus jika ada stesen TV yang siarkan secara langsung sunat terawih tersebut.
- Atau mengikuti siaran langsung sunat terawih dari Masjidil-haram, Mekah. Jika bernasib baik, kamu dapat mengikuti solat yang diimamkan oleh Sheikh Sudais, di TV1 dan TV9.
- Atau mengikuti siaran langsung sunat terawih dari Masjid-Nabawi, Madinah di Astro Oasis.
Dalam musim Merdeka, ada baiknya kita memikirkan:-
- Segala bentuk mak-nenek penindasan dan ketidakadilan yang dikenakan kepada kamu.
- apabila kamu berfikir, maka kamu akan sedar, siapa sebenarnya musuh kamu. mereka berwarna merah putih.
Pilihanraya Kecil N11:-
- perhatikan segala kacau bilau yang terjadi.
- Calon ada imej yang tercalar, isu isteri ke-2 pun belum selesai lagi.
- Rumahtangga dan politik memang senjata ampuh. Cuma tak sangka ianya akan didedahkan oleh PAS. Yang berbinikan kemboja apa cerita. Ustaz Rambut panjang apa cerita. Hal rumahtangga, UMNO-PAS macam ada persamaan.
- Mungkin boleh jadi kerajaan ahli suka kawin dua.
- Hai, dunia, dunia.
Tetamu Dari Iraq
- hari ini, telefonis menyampaikan pesan, "En. Lie, ada 'buyer' dari Iraq, mahu bertanyakan perihal belian baru, ke Iraq. Dia menunggu di bilik tetamu". "Ok, saya datang sekarang'. Orang Iraq, Bagaimanakah rupanya?
- Sampai di bilik tetamu, daun pintu diselak. berdiri dihadapanku, Abdoul Khalil Khaira'. Separuh Abad, wajahnya, entah mengapa, deritanya terpancar.
- "Assalamua'laikum, my brother", dia menyapa. "Wa'laikummussalam". "Ahlan-Wa-Sahlan". Ini Sapaan 'standard' kalau aku jumpa orang Arab. 'How is my ikhwan in Iraq?".
- Aku salah tanya, yang tiba-tiba membuatkan dadaku panas. Terharu. tiba-tiba ruang bilik tetamu itu jadi sepi. Derita sudah mengambil tempat.
- "Malaysia, is a grateful country". "We will never see this kind of peace again in Iraq." Apa yang boleh aku buat, melainkan tenggelam dalam kesedihan dan ratapan perasaan Khalil. Kasihan. Moga-moga rahmat Allah bersama-sama saudara-saudaraku nun jauh di Iraq.
- perlahan-lahan aku jadi sentimental.
Control & Power
Jalan Raya
- Jalan raya sama juga dengan lagu 'batu' oleh Sweet Charity. Merakam peristiwa dan keadaan. Jalan dan batu jalan sebagai saksi zaman. Cuma ia tak bercakap. Bila ia tak bercakap, ia tak boleh dijadikan saksi di mahkamah. Tapi jangan salah anggap, saksi tak boleh cakap tapi sifat sama macam batu ada juga yang pernah turun-naik mahkamah. tilam, contohnya.
- Antara yang disaksikan oleh jalan-jalan dan batu-batu jalan itu adalah perarakan. Dan juga demonstrasi. Demonstrasi emosi. Ada yang kata demonstrasi itu tempat melepas demon yang stress. Masalah dalaman. Masalah kejiwaan.
- Dan, sebagai layaknya rakyat yang prihatin dan bermaruah, demonstator-demonstator akan turun ke jalan-jalan tanpa jemu, demi perjuangan untuk kemerdekaan fikiran, jiwa dan emosi, dan juga demi kesucian keadilan. Ya, dunia kini semakin tidak adil. Bukannya dunia dulunya adil, cuma sekarang semakin nampak ketidakadilannya.
- Tuhan itu adil, khalifah yang diamanahkan tuhan untuk menjaga bumi dengan keadilan itulah yang membuang sifat adil dalam diri mereka sendiri. Lalu mereka menjadi penindas dan penakut, penakut yang takut dengan ketakutan yang mereka sendiri cipta yang bersifat entah apa-apa. Takut kena siasat SPRM, contohnya.
- Dan, kerajaan juga boleh membuat duit dengan siri-siri aktif demonstrasi kebelakangan ini. Kerajaan boleh membenarkan siri-siri demonstrasi, dengan syarat, penganjur perlu meletakkan deposit. Berapa? ikut kadar kerajaanlah. 80 kali guna tol boleh 20 persent diskaun, inikan pula demonstrasi. Sebaik-baiknya, jangan ada diskaun. Baru payah sikit 'organizer' nak 'rally' demonstrasi.
- Kemudian buat ikut lokasi dan waktu puncak. Kalau ada masa-masa inkues, tuduhan-tuduhan yang separuh gila, kerajaan boleh menaikkan rate demonstrasi.
- Kalau tengah K.L, aku congak RM 10 juta pun pembangkang bayar. Pantai Morib aku rasa murah sikitlah, walaupun lepas demonstrasi, demonstrator-demonstrator boleh lepak barbeque, mandi laut. FRU pun tak payah nak buat air pemedih mata, boleh guna air laut. Jimat! Jimat!
- Kita satu Malaysia, nak lawan-lawan buat apa. Kita ada hak dalam demokrasi, gunakanlah sebaik-baiknya.
Beras: Ramai Yang Terkejut Bila Cina Hong Kong Punya Saham Terbesar Dalam Bernas
- Ini lagi satu perkara paling mangkuk dilaporkan oleh akhbar hari ini. Semua orang, semuanya 'konon-konon'nya terkejut dengan penguasaan 37% syarikat Wang dalam Bernas yang menjaga bekalan Beras nasional.
- Itu yang dah terjual ke orang asing. Yang sama-sama sendiri songlap, tutup ramai-ramai, entah ke mana. Rakyat boleh buat inkues sendiri. Macam inkues TBH.
- Inkues dalam kepala sendiri lebih baik. Dalam aasyik buat inkues sendiri-sendiri, timbang-timbangkan pengaruh Chan Ho Nam dalam syarikat Hong Kong itu.
- Jangan timbangkan Don Corleone, Don Corleone tak main beras, dia main 'entertainment' dan 'Poltician & Judges'.
- Like a dime and nickel in your pocket.
To Money Borrower From Money Lender
Dear Money borrower;
I've prepared. I have never been too sure until now. I'm afraid. Really afraid. Terrified actually. But i manage to put myself together. Sorry, it's get personal this time. Really personal.
I'm looking for answers. I do not like to be left in guessing. When i start guessing here and there, i will end up wondering. When i start to wonder, most likely i will wasting my time, my thought and my emotions.
So, my dearest money borrower, I do appreciate if you listen. Above all, to understand. Avoiding is not a solution. We need to discuss.
I you agree to pay, please let me know.
I you do not want to pay, just ask for a waiver.
Regards;
Money lender
Would You Be The Other Guy
- Many of our girlfriends, special one, wife-to-be, love-of-my-life-kind-a-girl, sometimes, could be quite demanding. We have been asked to be like this, to do like that, to speak only this, to wear a kind of this, to make us felt better of ourselves. Do they?
- and, we as a responsible gentleman, follow without question. As time passes by, we feel a bit discomfort in ourselves. Girls do hope her love ones to change. Unfortunately, they never change, they just tolerate.
- And, when the component of tolerate is breaking-down, the toleration itself follow. Guys always follow its habit.
- Then guys, by the time your love one say, i would be lucky if you'll be like this guy, that guy, statistically there'll be dead end with you and her.
- Do not tolerate, and do not change. you'll never be the other guy.
Love: The Meanest And The Deepest
- Once upon a time, there is one guy living alone in a city. it has been 5 years since the girl of his life left him for another man. He really thinks his girl has make a terrible mistakes by choosing that man,instead of him.
- He is prepared to give it all, yet he gain nothing at all in the end. Poor guy. Until now, whoever outthere find a chance to talk to this guy, they will sense his undying love, which is he always quote, 'forever n ever'. What a stupid guy he is.
- Love can be very strange. painful. mean. wasting everything.
- But, we still can feel the love to the deepest.
- Strange, No?
Panglima Melayu (PM) Dan 85,000 Pengguna Tol-Nya
- Panglima Melayu (PM) Dan Timbalan Panglima Melayu (TPM) kini punya sebab untuk bersorak dan bersorai. Satu, kerana lulus ujian pertapaan 111 hari dengan tamat sempurna hikmat ber-sebelas. Hikmat yang terbesar adalah hikmat guna-tol-pulang-balik-20-persen-nya. Sungguh baik cadangan dan ilham ini.
- Manakala, TPM pula sibuk bertapa dan berlatih secara praktikal untuk memecah-belahkan pokok ciku yang utuh. Walaupun TPM itu gagal untuk meruntuhkan pokok ciku itu, TPM hendak dikira menang juga, walaupun hanya tinggal 65 ranting kayu bermanek dan berurai-uraian yang gagal dicabut oleh TPM.
- Berbalik kepada cadangan pemberian faedah kepada 85,000 orang tadi, barangkali PM terlupa, yang mengguna tol sepanjang musim keraian adalah 1.7 juta orang. 85,000 itu dari 1.7 juta pengguna berapa kerat sangat? itupun hanya diberi 20 persence. sebahagian besar 1.7 Juta orang itu pasti menggunakan tol itu kurang dari 80 kali.
- Apajadah nak lalu tol sampai 80 kali sebulan. Melainkan terpaksa. Entah, makin tinggi duduk, makin mengecut tahap pena'akulannya, agaknyalah. Hanya Tuhan Maha Mengetahui.
- TPM, terima kasih kerana banyak berkorban sepanjang musim PRK dan yang penting, Kalah!!! Apa boleh buat, kalau tak sedar-sedar diri lagi entahlah.
Media Massa Ekstremis: Mencari kesederhanaan
- Media Massa (Mass Media) itu termasuklah apa sahaja bentuk komunikasi yang mampu menghantar mesej dari satu titik ke satu titik. Titik itu boleh jadi orang, tiang lampu, 'kuali Astro'. Medianya boleh jadi bahasa isyarat, bahasa tubuh, bahasa pertuturan, audio, visual, internet dan sebagainya.
- Dan, media setelah diuji sejak berabad lamanya merupakan satu alat propaganda yang paling utuh dan senjata yang paling ampuh. Untuk memusnahkan dunia, atau membaikpulih dunia, kuasailah media. Contohnya, penguasaan media oleh orang-orang Yahudi.
- Selepas ber-evolusi dan ber-inovasi, media semakin berkembang, maklumat dan mesej membanjir ke dalam masyarakat. Ia tidak dapat disekat-sekat dan dibendung-bendung. Jika ada pihak yang cuba membendung, maka ia sedang membuat kerja-kerja bodoh.
- Ini juga sampai ke Malaysia ini, dan sebagai bukti, masyarakatnya sudah dibanjiri maklumat. Semuanya sudah global. Politik juga begitu. Dek dengan kebanjiran maklumat ini, politik kita tidak lagi jadi politik teladan, tetapi lebih terarah kepada politik persepsi. dan malang, persepsi yang ditimbulkan sama pula dengan teladan yang ditunjukkan.
- Artis apatah lagi, bertambah hanyut dengan telnologi. Barangkali ini harganya sebuah kemajuan. Manusia jadi bingung dengan teknologi itu sendiri. Dulu, katanya orang sibuk mengata itu dan ini, sekarang bukan orang yang mengata, tetapi orang menengok sendiri ke 'you tube'.
- Namun, untuk mencari sebuah media yang benar-benar bebas, yang tidak berat sebelah selarang amatlah sukar. tengok akhbar dan web-portal pro pembangkang, himpit rapat kerajaan. Kalau tengok pula yang pro-kerajaan himpit pembangkang bagai nak gila. Web-rasmi kerajaan pula nampaknya 'semak' dan terlebih 'tidur' untuk membetulkan persepsi. Orang suka kepada bukti, data dan angka. Bukan yang dimanupulatif, tetapi yang benar dan rasional. Disitulah ruang untuk aktiviti media yang benar-benar bebas.
- Media terbesar yang ada di Malaysia ini rata-ratanya dimiliki oleh parti-parti politik, didanai oleh parti politik dan si simpati kepada parti politik. Oleh sebab itulah media kita ini nampak sangat diunggun apikan oleh berita-berita politik.
- Mereka ekstremis, bukan moderat dan dan bersederhana dalam melaporkan berita, maklumat ataupun pengetahuan yang kita mahu.
Transformers: Revenge Of The Fallen
- Akhirnya, dengan segala 'vibe' dan strategi pemasaran yang kompleks dan licin, Transformers: Revenge Of The Fallen dibuka tayangannya hari ini. Hujung minggu ini bakal menyaksikan pawagam-pawagam seluruh tanahair (Pawagam majoritinya ada di K.L ) akan penuh sesak.
- Revenge Of The Fallen ini adalah bayangan untuk sengketa lama makhluk robotik organik sejak berkurun-kurun lamanya. Kisah persengketaan ini macam biasa dengar.
- Cuma dalam Transformer tiada plot untuk membentuk kerajaan Perpaduan. Yang ada hanya persengketaan abadi, kasih yang takkan mungkin terjalin lagi. Mungkin lama-lama kita akan tahu, apakah sebenarnya dosa Optimus Prime kepada 'The Fallen'.
- Tidak diberikan gambaran berapa kos peperangan robotik-organik ini sepanjang kempen 'aku-kusnahkan-kau, kau-musnahkan-aku' berlangsung.
Kerajaan Perpaduan: Paksi Perjuangan Jangan Sekali-kali Di Kompromi
- Akhirnya, mana yang terang lagi bersuluh, mana yang jatuh, lagi ditimpa tangga. Begitulah keadaannya pasca idea Kerajaan Perpaduan (KP) yang begitu banyak mensensasikan iklim politik tanahair. Klik sini
- Yang pasti, bagaikan biduk yang lalu, kiambang bertaut jua. Yang terserlah adalah paksi perjuangan. UMNO dengan Melayu. PAS dengan Islam. Semuanya ciri-ciri penting survival Melayu di persada dunia. Perpaduan atas nama Islam itu lebih baik daripada perpaduan atas nama Melayu.
- Dan, yang mengkhianat dan menghancurkan melayu ke tahap hari ini adalah sekumpulan orang yang berjuang atas paksi Melayu, kerana mereka ditunggang gelojoh kuasa dan nafsu.
- Dan hingga ke hari ini, yang berpaksi Islam terus Istiqamah dengan seruan Al-Quran dan As-sunnahnya.
- Barangkali kita dapat menilai dengan sebaik-baik penilaian. Wallahua'lam.
Canggung Medonan: Peralihan Isi Hiburan Perdana Yang Perlu
- Setujukah kita dengan pandangan yang begini: Program-program hiburan kita kini amatlah canggung pengisiannya?. jawapannya, banyak bergantung kepada kesukaan bentuk hiburan kita, samada kita amat meminati musik, lakonan, komedi, romantisme, soap-opera dan sebagainya. Adakah itu sahaja? jika begitu, jelas apa yang dihidangkan oleh TV-TV kita adalah amat terhad.
- Agaknya, itulah sebabnya KERAjaan berminat untuk menyediakan satu saluran TV berunsurkan Islam, ala-ala Radio IKIM untuk memenuhi tuntutan keagamaan diri kita dan juga mempotretkan imej yang reaktif-sensitif KERAjaan. Hasrat itu boleh dibaca sini.
- Ini juga akan menimbulkan persoalan, adakah apa yang ditawarkan oleh TV kita kini kurang pengisian Islami-nya, dan jika ada pun ianya mirip kepada canggung medonan? Adakah banyak yang mengarut? Banyakkah yang sampah? Banyakkah propaganda yang dipacu oleh berapa banyak dana? dan semata-mata memenuhi tuntuan komersil?
- Tuntutan komersil secara lumrahnya hanya boleh jadi komersil bila ianya bercirikan hedonisme. Dan setakat hari ini, hedonisme adalah lawan kepada unsur-unsur ISlami dalam kerangka hiburan kita. Sekurang-kurangnya dalam tulisan ini.
- Contohnya, rancangan hiburan Jangan Lupa Lirik (JLL). JLL menawarkan pemilihan peserta secara rawak dan perserta dikehendaki mengingati lirik-lirik lagu yang dikosongkan. begitu juga dengan rancangan Tom-Tom Bak (TTB). TTb kononya mencungkil bakat anak-anak kecil dalam nyanyian dan satu rancangan yang baik untuk mengukuhkan keyakinan diri, keupayaan bersosial dan bergembira dalam suasana yang cukup gembira.
- Mengapa tidak, kita adakah satu rancangan yang mirip JJL, tetapi diubah daripada lagu kepada mengingati surah-surah Lazim, dari juzuk yang ke 30 itu, yang ada 38 surah itu. Tawarkan hadiah wang tunai, tetapi pemenang hendaklah menginfakkan hadiah kemenangan itu kepada badan-badan amal taua apa jua bentuk amal dan sedekah jariah. Itu pasti lebih baik.
- Juga TTB, mengapa tidak diajarkan anak-anak itu bacaan-bacaana mudah dalam sembahyang, dan juz amma. Yang pasti, konsep hiburannya sama, pengisiannya sahaja yang lain. Mengapa tidak?
- Kita mungkin orang yang kurang baik dan kurang ilmu agama, tetapi sebagaimana fitrah manusia, kita pasti boleh mengakui mana yang baik dan mana yang buruk. Itulah fitrahnya. Yang mengelak fitrah hanya orang-orang yang termakan bisikan syaitan. Wallahu'alam.
Breaking The Magician's Code.
- Sekarang, Astro AXN 701, ada siri mingguan khas 'Breaking The Magician's Code', yang mededahkan trick n Tales para-para magician's untuk tatapan umum dan membelah mulut kita dengan perkataan 'o, macam tu rupanya' apabila sang magician bertopeng mendedahkan trick n talesnya.
- Buat Ahli-ahli PAS yang sedang gundah gulana dengan idea Kerajaan Perpaduan sekarang, dicadangkan agar menonton siri tersebut untuk memahami dan membaca helah-helah politik dan jampi-jampi politik yang sedang dikenakan kepada mereka ketika ini.
- Diharapkan, Ahli-ahli PAS menjadi lebih bijak untuk meneka dan menjangka strategi lawan politik mereka, yang nampaknya terlalu advance untuk mereka, sedangkan mereka masih lagi lembap untuk menongkah dan bertindakbalas kepada strategi yang dikenakan kepada mereka. Ya, mereka sering diperangkap, dan amatlah malang jika mengizinkan diri mereka terperangkap sama.
- Dalam sibuk-sibuk isu Kerajaan Perpaduan, keluar pula cadangan untuk mengharamkan SIS. Bukankah seperti ada yang tak kena dengan cadangan ini, pada ketika lawan cuba memecahkan mereka dengan isu kerajaan perpaduan.
- Punyalah advance strategi politik lawan, sampaikan boleh membuatkan PAS pula yang 'under-pressure' untuk menjadikan kerajaan Perpaduan ini satu kenyataan dalam mahar yang amat mahal, iaitu menuju pecah dan belah.
- Lawan politik mereka kemudiannya menunggu dengan strategi pecah dan perintah, macam dulu-dulu.
Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS
- Siapa yang lebih jujur dan beria-ia untuk kerajaan perpaduan? PAS atau UMNO. UMNO tidak memulakan gerak. Kalau pun benar ada pinangan UMNO ketika majoriti lemah di Perak dan Selangor pasca PRU 12, pinangan UMNO itu lebih kepada usaha untuk mengekalkan kuasa yang terlucut dengan bertopengkan penyatuan umat Melayu. Sedangkan Melayu tidak menolak UMNO, minoriti yang menolak BN.
- Siapa yang akan lebih untung dengan idea 'Kerajaan Perpaduan' ini? di satu sisi adanya UMNO, yang remuk dengan masalah dalaman, masalah rasuah politik, masalah akhlak dan sahsiah kepimpinan. Dan di satu sisi lain adanya PAS, yang dasar perjuangannya telah menembos tembok perkauman dan taboo keagamaan. UMNO sebuah parti yang flip-flop, hilang kuasa hilang semua. Sedangkan PAS yang istiqamah dengan tarbiyyah Islamiah, berpaksikan taqwa.
- Budak jahat campur budak baik, belum tentu jadi baik, tetapi budak baik campur budak jahat ada peluang jadi budak jahat, sebab 'peer pressure'.
Sekarang bukan masanya untuk PAS untuk berbaik-baik dengan UMNO. Ini masanya PAS bangun dan mendapatkan kuasa yang muktamad. Bila sudah dapat nanti barulah tawarkan kerajaan perpaduan kepada UMNO.
Kemudian, kerajaan perpaduan itu belalah dengan bersungguh-sungguh bangsa Melayu yang UMNO telah lupakan 25 tahun yang lalu.
Penyelewengan Dan Ketirisan Kontrak-Kontrak Lumayan Kerajaan
- Akhbar proksi MCA, 'The Star' hari melaporkan kos MRR 2 dalam 12 pakej pembinaanya dan pemulihannya berjumlah RM 880 juta.
- Juga, skandal penyelewengan PKFZ yang berjumlah lebih RM 10 Billion, yang sedang dalam siasatan suruhanjaya khas.
- PKFZ dan MRR2 adalah antara projek-projek lumayan Kerajaan yang sering dipertikai dan kontroversi kebelakangan ini. Mungkin dek kerana dasar ketelusan dan konsep pengurusan 'Rakyat di Utamakan', projek-projek ini menjadi sedikit 'panas'. Agaknyalah.
- Kita juga perlu yakin, ada lagi projek-projek lumayan kerajaan yang masih banyak sedang duduk diam di 'lubuknya' menuggu dengan sabar untuk dibaham 'buaya'.
- Juga, kita perlu yakin ada banyak lagi projek-projek lumayan kerajaan yang kandas ditengah jalan yang tak siap tetapi di 'full claim' oleh pemenang tender dan kontraktor-kontraktornya. Ini persepsi, jadi mungkin betul dan mungkin juga tidak. Mungkin ada juga projek lumayan kerajaan yang sebenarnya tidak berapa lumayan, tetapi di 'naiktarafkan' jadi lumayan.
- Jadi, bila kita yakin dengan sepenuhnya akan perkara-perkara ini, adakah kita sepatutnya sedar yang tanahair kita ini sedang diuruskan oleh orang-orang yang buruk amanahnya?
- Mana-mana kontrak yang tidak amanah dan telus, adalah haram, ditambah pula dengan unsur rasuah. Ada lebih kurang RM 11 billion duit haram sedang berpusing-pusing dalam tanahair kita ini. Itu yang kita ketahui, yang tidak kita ketahui kita serahkanlah kepada Tuhan kita yang Maha Adil dan Maha menghukum.