dupavisitometer

gadoh: filem wajib tengok untuk perkasa



poster gadoh 2009


jalan cerita filem ini ringan. subjeknya berat. mesejnya berat. jadi cerita ini perlu dipersembahkan dengan jujur. tidak ada cara lain dan tidak mungkin dengan cara lain. sebab, ini cerita real. cerita pasal racial prejudice. pasal perkauman. pasal racial confrontation. pasal social distress. pasal social contract. pasal melayu perasan superior. pasal cina perasan superior. pasal kaum pendatang. pasal aku. pasal engkau. pasal lim guan eng. pasal sammy vellu. pasal umno. pasal dap. pasal perkasa. pasal makkal sakhti.

ini cerita serius pasal masa depan malaysia.





disebalik cerita gadoh ini ada buah tangan yang boleh kita simpan dalam minda, dan hadam bila kita kena racun perkauman, yang diberi dan disuap oleh mereka-mereka yang melihat racial prejudice sebagai elemen divide & rule yang efektif untuk mencapai apa sahaja yang mereka hendak capai di dalam masyarakat berbilang kaum ini.

melalui cerita ini, aku melihat sekolah sebagai malaysia tanahairku. aku melihat guru-guru sebagai  pemimpin yang terperangkap dengan sistem universal yang telah mereka sempitkan sendiri dengan sikap prejudis mereka sendiri.

aku melihat subjek racial hatred yang digambarkan di dalam filem ini melalui sekumpulan pelajar melayu dan cina yang sentiasa tegang, dan pelajar india dan pelajar perempuan yang digambarkan sebagai golongan minoriti yang tersepit di tengah-tengah, adalah refleksi nukleus realiti individu yang berkembang menjadi masyarakat. masyarakat yang keliru mengenai bagaimana setiap masalah yang timbul selalunya akan berakhir sebagai sesuatu yang dilabel sebagai perkauman dan super-sensitif oleh 'pemimpin' mereka sendiri. akhirnya masyarakat jugalah yang terperangkap di dalam ruang bicara dan pemahaman yang buta dan sempit.

di sinilah peranan kelab teater 'budak-budak jahat' yang diterajui oleh en. azman, seorang yang tebal dengan azam dan iltizam untuk re-define apa yang dimaksudkan dengan bangsa malaysia. di dalam filem ini, realiti dipersembahkan secara perlahan dengan plot-plot penceritaan yang ringkas dan kemas, dengan dialog yang minimal.


filem ini adalah kolobrasi pengarahan aktivis tersohor tanahair, namron (aku rasa dia tersohor), dan brenda danker. filem ini khabarnya tak lepas untuk tayangan, entah atas sebab apa. lepas menonton barangkali kita faham kenapa ianya tak lulus tayangan. bagi siapa yang terlepas, boleh tengok di youtube. zaman internet gini, ada lagi undang-undang kuno tak boleh tayang?

filem ini filem terbaik untuk tahun 2009. dicadangkan untuk tontonan semua ahli-ahli perkasa. sebab sebelum perkasa tertubuh, filem ini dah dikeluarkan untuk kritik manusia-manusia yang memegang dogma sempit perkauman, yang tidak boleh membezakan apa itu perkauman, apa itu semangat kebangsaan dan hidup bermasyarakat.

lagi review pasal gadoh 2009:
































































































































































































No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...